Jumaat, 25 September 2009

u.s.a.h.a = b.e.r.j.a.y.a

Dicatat oleh kipem19 di 1:16 PG 0 ulasan
bismillahirrahmanirrahim

sedang menyiapkan kerja calculus. berhenti berehat beberapa ketika. saya tak mampu nak belajar seperti orang lain. sikit je belajarnya, selebihnya- youtube, ym dan sebagainya. lagha2. tengok youtube tadi, tentang beberapa orang yang boleh dikatakan berjaya sekarang dalam bidang mereka. jawapan kepada kejayaan yang mereka kecapi sekarang - u.s.a.h.a. dalam bahasa korea, mereka dalam kalangan yolshimi hanen saramdel.

kenapa saya ni tak mampu nak jadi seperti mereka ya? bagaimana nak kecapi sesuatu tanpa usaha. insaflah, insaflah, insaflah. 

apa yang perlu ku lakukan sekarang ialah usaha sehabis mungkin. yolshimi haranen marya!

insyaAllah, Allah akan bantu. jangan putus asa~~ phogi hamyon an dwae!

Isnin, 21 September 2009

masa: 2 syawal, lokasi berbeza.

Dicatat oleh kipem19 di 5:58 PTG 0 ulasan
bismillahirrahmanirrahim

2 syawal 1430

lokasi=3-414

rasanya hampir 8 jam hujan masih belum berhenti. kelas saya pukul 2 petang. sedang siap-siap ke kelas, kawan lain dah balik pun dari kelas. isk, isk..kenapa kelas saya selalu sangat mula petang(tak mengapa, ada hikmah tu).

pergi kelas dengan hati yang sangat berat. hujan lagi. suhu akan turun mendadak. hujan alamatnya perubahan musim. oh saya sangat suka musim luruh.

dalam perjalanan terserempak dengan kyosu(pensyarah). alhamdulillah dia tak masuk kelas lagi.hihi. percepatkan langkah dan terus ke kelas. apakah ini? haritu kalau tak silap dengar kyosu kata kelas tu 47 orang. ke 57 ntah. tak berapa ambil kisah. kerusi dalam kelas tu berapa? kenapa nampak semua tempat penuh je. dah la saya seorang je perempuan T.T jenuh mata melilau. tak ada. nasib baik kat belakang ada dua kerusi yang tak berpenghuni. mereka letak beg atas meja, ingatkan tempat orang. bila saya mendekati meja tu, mereka pun angkat beg. bermulalah 3 jam kaku saya.

waktu rehat orang lain bersembang, keluar, macam-macam la. saya tengok kiri kanan, atas bawah. rasa sangat bosan, keluar cari tandas. boleh pula tingkat tu tak ada tandas perempuan, lelaki je ada. tak adil, tak adil. macam kata budak batch- racist. 

mula la nak rindu 4 orang kawan perempuan korea sekelas dengan saya sem dulu. kalau waktu rehat sejam dua, diorang datang rumah, makan-makan, masak, sembang-sembang. kadang walau tak bersembang dalam kelas pun, tak rasa kekok sangat, sebab tau diorang ada. sem ni diorang semua tak ada. ada yang hyuhak(rehat daripada belajar) sebab nak kerja. ada yang tukar jongong(bidang). tinggal la saya seorang.

2 syawal 1430

lokasi= kedah

mesti adik-adik tengah sibuk beraya, makan kuih raya, air oren, air sirap, air gas, pakai baju raya lagi..

suasana yang berbeza ni membuatkan saya sedar di mana saya berpijak. lain sungguh. pengalaman ni tentu akan selalu bermain di kotak fikiran bila pulang ke tanah air. (banyak dah melalut ni)

pertama kali

Dicatat oleh kipem19 di 12:16 PTG 0 ulasan
bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, setelah sekian lama dapat juga hasilkan sebuah blog sendiri..

tak nak banyak tulis sangat, nanti diri sendiri tak larat baca.

cukup sekadar catatan ringkas yang nak dikongsi bersama.

mudah-mudahan dapat manfaat dan pengajaran daripada penulisan ini, insyaAllah.

blog ni bukan sekadar kipem(gembira) sahaja sebenarnya..macam-macam ada...hihi...

selamat berblog, kipem19~~!

gembira=kipem! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal