Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekadar sambilan apatah lagi hiburan
Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajipan bukan pilihan apalagi beban dan paksaan
Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan, bukan sekadar pelengkap pengisi program yang dipaksakan
Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, bukan sampingan
Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan, bukan su'udzon menjatuhkan
Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk dakwah ini
Aku rindu zaman ketika nasyid ghuraba menjadi lagu kebangsaan
Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian
Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi daurah dengan wang yang cukup-cukp dan peta yang tidak jelas
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berdakwah di desa sebelah
Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan alQuran terjemahan ditambah sedikit hafazan
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya
Aku rindu zaman ketika seorang murabbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya
Ya Rabb..
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami,
Ya Rabb....
Berikan kami keistiqamahan di jalan dakwah ini..
Memaparkan catatan dengan label reminder. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Mei 2011
Rabu, 26 Januari 2011
cintanya tak dapat digambarkan~
bismillahirrahmanirrahim
Tahu tak siapa yang menyayangi dan mencintai kita? tak lain tak bukan rasul Allah, Muhammad SAW. bacaan ini kipem dapat daripada majalah al islam keluaran september 2010. semua orang pasti pernah mendengarkan kisah ini, cuba kali ini, dibaca dengan mata hati, dan bayangkan kita berada di zaman itu, merasai segala yang sahabat baginda rasai.. insyaAllah pasti akan tersentuh dan cinta kita juga akan bertambah kepadanya, kerana merasai bahang cintanya pada kita. tiada kata yang dapat dinukilkan untuk gambarkan perasaan cintanya terhadap kita. selama ini mungkin kita sibuk cari perhatian dan kasih sayang sekeliling atau rasa sedih sebab tak disayangi(kipem la ni...perasan je kurang kasih sayang dan perhatian daripada mak abah masa tak matang dahulu..) sedangkan kita sangat terlupa atau mungkin tak pernah fikirkan sebelum kita lahir lagi insan agung ini begitu menyayangi kita. walaupun dunia ni buang kita, ingatlah Allah dan rasulNya sayang kat kita...
ok, tarik nafas dulu......pejam mata.....buka mata...(kalau nak lebih hayati, pastikan tidak baca dalam keadaan kenyang atau baru lepas suka..ini cerita yang menyentuh jiwa dan air hangat bakal mengalir ke pipi kalian)
mulakan!
Pagi itu suasana cukup sunyi, hening dan terasa begitu sayu. Tidak pernah mereka merasakan sedemikian. Seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku. Namun seperti biasa, pagi itu mereka sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w akan mendengar satu khutbah yang akan disampaikan oleh baginda. Saidina Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan serta Ali bin Abi Talib, mengambil tempat masing- masing. Dan sampai masanya, Rasulullah s.a.w mengatur langkah kakinya menuju ke mimbar.
Rsulullah memulakan bicaraya dengan suara yang agak terbatas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan sejak beberapa hari lalu. Namun digagahi jua kerana baginda tahu, itulah satu-satunya peluang untuknya menyampaikan amanat terakhir kepada seluruh umatnya yang AMAT disayangi.
Rasulullah memulakan khutbahnya: "Wahai umat ku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taatlah dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Quran dan sunnahku. Barangsiapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Selesai ucapan tersebut, Rasulullah menatap wajah para sahabat sedalam-dalamnya. Tatkala Rasulullah memandang Abu Bakar, terlihat mata Abu Bakar berkaca-kaca menahan air matanya dari tumpah ke pipi. Manakala Umar Al-Khattab, dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman Al-Affan, menghela nafas panjang. Dan Ali, menantu Rasulullah s.a.w hanya menundukkan kepalanya, tidak sanggup untuk bertentangan mata.
ISYARAT ITU TELAH DATANG.
Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah cukup terkesan di hati para sahabat. Tanpa perlu diumumkan, masing-masing seolah-olah faham, saat perpisahan mereka dengan Rasulullah semakin hampir!
Matahari kian tinggi, pintu rumah Rasulullah masih tertutup rapat. Di dalam rumah tersebut, Rasulullah terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang mengucapkan salam. "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?" tanya suara lembut. Fatimah yang berada di sisi Rasulullah bingkas bangun dan berkata sesuatu kepada orag tersebut. "Maaf, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Fatimah mendapati semula ayahnya. Lalu rasulullah bertanya,"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku. Baru sekali aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Rasulullah menatap puterinya itu. Dengan perlahan Rasulullah berkata,"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan nikmat yang sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,". Sebaik mendengar kata-kata tersebut, dada Fatimah terus sebak. Dia cuba menahan ledakan tangisnya.
Akhirnya Rasulullah menyuruh Fatimah menjemput 'tetamu' tersebut. Malaikat maut datang menghampiri lalu Rasulullah bertanya, "Mengapa Malaikat Jibril tidak ikut sama menemani?". Malaikat Jibril dipanggil. Sebelumnya Jibril sudah siap sedia di atas langti dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" tanya Rasulullah s.a.w. "Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Jawapan yang diberikan seolah-olah tidak dapat menggembirakan Rasulullah. Lalu Jibril bertanya, "Wahai kekasih Allah, apakah tuan tidak gembira dengan berita ini?" Rasulullah lalu bertanya, "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?". "Jangan bimbang, wahai rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga bagi seisapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat. Sampai masanya Izrail melakukan tugasnya. Dengan cukup perlahan, roh Rasulullah ditarik. Ketika itu kelihatan peluh dingin merecik di dahi baginda. Urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini," perlahan rasulullah mengaduh. Fatimah yang berada di sisi ayahnya, memejamkan matanya. Tidak sanggup dia melihat ayahnya berada dalam kesakitan. Manakala Ali, terus menundukkan kepalanya menahan kesedihan. Jibril turut memalingkan mukanya.
"Jijikkah kau melihat ku hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah kepada pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. sebentar kemudian terdengar Rasulullah berkata, "Ya Allah, dahsyatnya sakit maut ini. Timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, dan jangan kepada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan terlinganya.
"Peliharalah solat dan perliharalah orang-orang lemah di antara kamu," kata Rasulullah. Di luar rumah, tangisan para sahabat mula kedengaran. Sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummati, ummati, ummatiiiii". Sebaik sahaja lafaz itu diucapkan, berakhirlah hayat baginda. Dan Rasulullah telah meninggalkan umat Islam untuk selamanya.
(rakan serumah kipem buat penggera lagu ini untuk bangun tunaikan ibadah kepadaNya. rasa berkobar-kobar nak bangun lebih-lebih lagi bila dengar I pray to be close to you, on that day and see you smile when you see me...)
Rabu, 7 Julai 2010
cabaran masa akan datang
bismillahirrahmanirrahim
kepulangan kipem ke malaysia membawa seribu ertikepayahan pengajaran. terasa betapa kerdilnya diri ini dalam bidang dakwah apabila tanggungjawab yang dipikul selama ini selain hamba yang Esa, hanyalah musafir yang menceduk ilmu di perantauan. itupun sudah banyak keluhan eh ah uh akibat pertembungan jadual, keletihan kerana tak boleh tidur awal seperti biasa kerana ada perjumpaan di alam maya, banyak habiskan duit, tenaga dan itu, dan ini. bila pulang ke tanah air baru tersedar di dunia ini terlalu banyak tanggungjawab yang akan dipikul kipem di masa akan datang. mampukah kipem terus thabat(tabah)? harapan moga hingga saat nyawa terpisah daripada jasad dikekalkan di jalan ini. walau sesekali mengeluh tapi tak mampu dibayangkan apa akan jadi pada diri kerdil jika di hadapan mata ini tiada jalan, tapi hanya satu padang luas tanpa arah tuju yang terbentang. dengan kerja yang bakal di jawat, tanggungjawab dengan keluarga(ibu ayah adik-adik), masa dengan rakan dan mad'u, penyakit yang hanya muncul bila di malaysia. kena persiapkan mental dan fizikal daripada sekarang ni. dan sentiasa beri motivasi pada diri sendiri. kipem boleh!!insyaAllah~
artikel ini diterbitkan kerana tadi semasa menqada' bacaan email yang baru ingin membukit, dugaannya rabbi besar sungguh. baca email tanpa balas satu pun, mengambil masa 2 jam 30 minit. adik kecil masa itulah dia nak cekik kita, pijak, gigit, nak tarik mouse, nak tekan keyboard. kini baru boleh menaip dengan aman bila dia dah masuk bilik tidur. saat itu terbayangkan ikhwah akhwat yang dah ada anak. besarnya tanggungjawab dan perngorbanan antum...
surah at-taubah ayat 111-112 sangat menyentuh hati~
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman.
kipem: adik saya budak baik.
kepulangan kipem ke malaysia membawa seribu erti

Isnin, 21 Jun 2010
to beloved girls out there
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah khamis minggu lepas semua peperiksaan semester 2 untuk tahun dua telah berkhir secara rasmi. Tahun dua sangat menggembirakan kipem kerana Allah telah kurniakan 3 teman perempuan dalam kelas yang sangat baik hati dan peramah(sebab dah tukar kelas selepas puas memujuk sonsaengnim di kaunter kigaesolgae, buat muka sedih nak nangis dan jasa Ann sonsaengnim yang kasihan tengok muka saya agaknya). Kalau sebelum ini setiap kali ingin ke kelas rasa susah hati sahaja tapi untuk semester ini agak kurang tekanan. Kerana kalau kipem tak tahu buat litar, atau tak faham apa-apa, saya tanya mereka dan mereka akan jelaskan terutama si comel 김예은. Kalau mereka tak faham mereka panggil saja sesiapa untuk ajarkan saya. ^^ Tak lupa juga pelajar Malaysia yang sekelas dengan saya yang banyak membantu dari segi pelajaran.
*selingan sahaja tadi tu~
Kali ini ingin kongsikan di “rumah” ini, tentang hikmah menutup aurat dengan sempurna. Ya, tahu saya pun masih belum sempurna (mudah-mudahan makin hari makin ke arah itu) tapi nak cerita kisah benar ini. Walaupun seperti membuka aib (cerita masa zaman jahil yang tak dulu sangat) tapi mudah-mudahan diambil iktibar dan menjadi ingatan buat diri yang hina ini dan rakan muslimah yang saya sangat cinta. Sama sekali saya tidak menyindir mana-mana pihak kerana fokus atau watak utama(주인공)cerita ini adalah saya jadi jangan fikir watak sampingan itu siapa, umur berapa dan sebagainya. Fokus pada saya sahaja. =)
Kisahnya begini, saya-kipem, terus terang katakan bukanlah baik, alim, juru(ikut bahasa fatin=P). Masa sekolah menengah dahulu pakaian biasa-biasa sahaja. Mungkin pada ketika itu, saya rasa sepertinya saya dah tutup aurat, pakai tudung tapi sebenarnya pakai baju t-shirt biasa dan walaupun tahu tak tutup aurat sempurna tapi entahlah, mungkin kerana suasana sekeliling saya sama saja dengan saya dan belum sampai masa saya dibukakan mata hati olehNya.
Waktu itu, kalau keluar di Malaysia, selalulah dikacau oleh lelaki. Kacau macam di(taktahu dalam bahasa malaysia) yang lelaki buat bunyi itu, apatah orang panggil. Waktu itu saya rasa memang itu perkara biasa. Maksud saya, saya tidaklah melayan apatah lagi memandang, sakit dan panas hati adalah tapi buat-buat tak tahu sahajalah kerana saya pasti mereka bukanlah serius dan mungkin itu memang aktiviti mereka yang tiada kerja, suka duduk tepi jalan sambil tengok orang lalu lalang. Saya sangat tak suka aktiviti mereka. Rasa nak marah dan suruh balik rumah tolong mak kan lagi bagus *selingan.
Kemudian dengan kehendak Allah sedikit demi sedikit diri mula berubah dari segi pemakaian tapi jujurnya saya tak rasa perubahan besar dalam diri ini. Saya tetap insan yang melihat persekitaran yang sama tetapi rupanya persekitaran tidak memandang saya sama seperti dahulu.
Kisahnya semasa pulang cuti musim panas tahun lepas(2009), saya ke Jalan TAR(rasanya) dengan dua muslimah. Bukanlah ingin menilai atau membeza-bezakan tapi ingin jelaskan situasi yang mereka pakai lebih kurang sama macam saya yang dahulu. Memakai tudung. Kemudian kami melintasi orang ramai dan beberapa orang lelaki yang mengedarkan risalah. Dan seperti biasa dikacau dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Waktu itu saya rasa nak marahlah(dalam hati) macam biasa kan, kemudian salah seorang daripada mereka berkata kepada kami “lawanye beeeg…” dengan nada yang menggoda(sila muntah sekarang juga ). Lagilah panas darah saya yang memang sedang panas jalan waktu tengah hari buta.
Selepas melintasi mereka salah seorang daripada kami mengadu, tangannya telah dipegang oleh lelaki yang saya tak tahu yang mana satu. Saya sangat pelik sebab muslimah itu tenang saja melintasi mereka, dan cerita lepas dah beredar sebab kalau saya mungkin dah hilang kesabaran kalau dah sampai berani pegang. Kat situ juga saya jerit agaknya.
Serta merta saya sedar, saya yakin yang kata-kata (lawanye beeeg) tadi itu sama sekali bukan untuk saya.
Sebabnya saya tak bawa beg! ㅋㅋㅋ Mereka tidak memandang saya, tidak mengacau saya, dan tidak tujukan kata-kata menggelikan tekak itu kepada saya. Apa yang membezakan saya dengan mereka hingga saya dilayan sebegitu rupa tidak dilayan. Saya lihat diri saya waktu itu dalam keadaan bingung (dalam hati fikir tak lawa ke diri ini..iskisk).
Rupanya bukan sebab rupa (mana kipem tahu?? Teka je la kan, usnuzon kat diri sendiri yang saya tak buruk pun…ala rupa tak penting kan kan), tapi sebab waktu itu saya yang berbaju kurung, dikepit saudari berseluar jeans.
True story
Sekali lagi, saya bukan mahu mengata sesiapa dan saya bukan nak maksudkan saya paling baik antara mereka. Tidak sama sekali(tolong jangan fikir seperti ini…)
Sekadar ingin menyedarkan diri sendiri dan muslimah diluar sana, jika kita menjaga maruah diri ini sebagai muslimah yang sebenar-benarnya dengan menutup aurat sempurna seperti kehendak syarak, insyaAllah yang di atas sana akan jaga kita daripada perkara munkar! Jangan fikir jika dikacau ditepi jalan kerana rupa kita yang diberikan Allah itu cantik melebihi orang lain, kita panas(hot) daripada orang lain, kita jadi tumpuan tapi fikirlah apa yang membuatkan mereka(kaum adam) sampai berani melontarkan kata-kata begitu, adakah terlalu murah diri ini di mata mereka? Tidakkah diri kita dapat membuatkan mereka merasa malu untuk berbuat perkara tak baik kepada kita?
Renungkan dan ayuh mula berubah hanya keranaNya~~
p/s: kerana dirimu begitu berharga =)
~sangat suka gambar ini(서울대공원.어리니날) kalau boleh edit warna gambar mesti cantik^^~
Jumaat, 4 Jun 2010
어머니 묘에 이불덮는 효자 (anak lelaki taat yang selimutkan kubur ibu)
Bismillahirrahmanirrahim
Kipem baru saja tengok video yang sangat menyentuh hati. Tentang ibu, mak, umi, omma. Selama ini saya ambil mudah agaknya. Tak muhasabah pun bagaimana dah layan mak. Ye la, kita tahu tak boleh melawan mak, kena patuh cakap mak selagi tak bertentangan dengan Islam, semua tu cuba ikut sedaya upaya(tapi masih juga….ㅠㅠ). Lepas tengok video tadi, terdetik di hati tugas sebagai seorang anak bukan itu sahaja. Apa lagi?
……………….(fikir, fikir, fikir)
Tugas seorang anak untuk mengembirakan ibunya, tunjukkan kasih sayang pada ibu kita.
Kenapa ya susah sangat nak cakap “sayang mak, rindu mak”?(ini soalan kipem betul-betul ni. Memang tak tahu jawapan)
Kalau nak sebut, tak boleh cakap depan-depan, sebab lepas cakap mesti nangis teruk-teruk. Kenapa perlu sedih sangat ya nak cakap perkataan yang mampu gembirakan ibu kita?(tak faahaaammT.T)
Ok lah mari kita tengok dulu video ya~
Pelik tak? Pakcik Atuk berusia 70 tahun, melawat kubur ibunya 2 kali sehari dan pada hari hujan atau salji lebih kerap dia datang. Tengok macammana dia layan ibu dia yang telah tiada, sedangkan kita yang hidup ini, ada ke layan ibu kita kita yang hidup seperti itu? Waktu ibunya hidup pergi kerja pun bawa. Ya Allah betapa kasihnya anak dan ibu ini. Tengok betapa mesranya dia dan ibunya dalam video rakaman. Dia layan mak dia macam puteri tapi dia tetap kata menyesal sebab tak dapat nak layan mak dia dengan baik. Sedangkan dia bukanlah beragama Islam. Agama kita tuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa tapi apa yang kita dah buat? Sakitkan hati ibu kita sepanjang masa.
46(Al-Ahqaf):15
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menangggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata : Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu)
Sebenarnya definisi ibu itu bukan setakat insan yang melahirkan kita sahaja. Semua wanita yang dah melahirkan anak adalah ibu. Saya rasa lepas ini perlu hargai semua ibu yang ada di dunia ini. Saya nak layan baik ibu kepada ibu bapa saya. Sebab merekalah adanya ibu bapa saya dan adanya saya. Dan akhirnya segala pujian dan syukur kembali kepada Allah kerana Dialah yang mengurniakan semua ini pada kita.
앞으로 제가 엄마한테 정말로 잘 해 드릴게요.
저 때문에 울지 마시고 웃는 모습만 보일 수 있게 노력할거예요.
저 때문에 울지 마시고 웃는 모습만 보일 수 있게 노력할거예요.
평생 효녀 될수 있으면 좋겠다...
rindu mak~~
misteri tak mak kipem?(padahal takde orang gunggem punㅋ)
Wallahualam
kipem: siapa tengok video tadi nangis angkat tangan!
maaf mak sebab saya tak reti nak buat video yang terharu dan tak secumel budak ini . tapi perasaan saya sama macam dia. love you~

Sabtu, 29 Mei 2010
they left me.
Bismillahirahmanirrahim
Recently I’ve been left by two great, wonderful and the most beautiful girls in the world.
Menyakitkan.
Dan terkilan.
Girl 1
Tidakku sangka gadis itu berasal dari bumi kanggaru kerana rupa parasnya persis gadis timur tengah. Dia akan berada di sini 3 bulan. Dan menjadi guru bahasa inggeris di sebuah pusat pendidikan kanak-kanak muslim. Isnin lalu dia telah meninggalkan bumi sonata. Sedih rasanya hati ini. Mengapa aku tak menggunakan segala kesempatan yang diberiNya? Fasih berutur bahasa melayu. Sepatutnya ku dampinginya selalu, bertukar pendapat dan berkongsi tentang islam dan pengetahuan luas yang diperolehinya. Aku insan yang tergolong dalam golongan yang rugi. Sepatutnya dia menjadi tempat ku menceduk ilmu dunia dan akhirat. Selamat pulang ke pangkuan keluarga. Moga sentiasa berada dalam rahmat Allah.
Girl 2
Bertambah sayu dan duka pabila salah seorang ahli keluarga 83 kami meninggalkan kami menghadap yang Esa pada hari rabu, 26 Mei 2010 bersamaan 12 Jamadilakhir 1431 Hijrah. Perginya tak kembali lagi. Sekali lagi ku tergolong dalam golongan orang–orang yang rugi pabila insan yang bersama-sama berjuang sepanjang hampir 3 tahun tidak ku damping sewaktu adanya. Beberapa ketika itu sangat singkat, tapi amat bermakna buatku. Dari saat dia dimasukkan ke hospital Guro (성신병원) hinggalah ketika dipindahkan ke hospital (순천향대학교병원). Dia telah meninggalkan ruang yang sangat besar dalam hati 82 ahli keluarga lain dan juga warga pelajar yang menuntut di Korea. Di saat ini begitu terasa kebesaranNya. Siapa yang mampu menahan jika Dia kehendakinya. Ku harap dengan pemergianmu melenyapkan segala derita yang ditanggungmu. Semangat belajar dan ingatan tentangmu sentiasa bersama kami. Akan kami teruskan perjuangan ini. Tabahkan hati rakan-rakan sekalian. Kita berpisah hanya untuk sementara. Redhakan pemergiannya dan jangan sekali-kali alpa dengan peringatan Allah ini kepada kita yang masih hidup di dunia fana. Orang yang sangat dekat dengan kita telah pergi, tak lama lagi kita pasti menyusuli dia. Moga kita senantiasa beringat dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai.
Girl 1: It was such a great moment having you here. I’m looking forward to meet you again, sister.
Girl 2: I really regret I didn’t have even a bite of your cupcake that you kept for me. You know why, dear. Your mother is really nice and loving person. I don’t know how to express deep meaning words (how much I want to know you better, to be the one you can lean on while we are stranded here in Korea) towards you. I know there will be no second chance for me. I’m too late, right? But I believe that eventually we will meet again…there, in Jannah insyaAllah. Ukhwah fillah Abadan abada. Love and miss you sis
isn't she beautiful? i'll take care of her for you, as she is you....
Langgan:
Catatan (Atom)
Memaparkan catatan dengan label reminder. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label reminder. Papar semua catatan
7:06 PTG
|
by kipem19
Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekadar sambilan apatah lagi hiburan
Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajipan bukan pilihan apalagi beban dan paksaan
Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan, bukan sekadar pelengkap pengisi program yang dipaksakan
Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, bukan sampingan
Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan, bukan su'udzon menjatuhkan
Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk dakwah ini
Aku rindu zaman ketika nasyid ghuraba menjadi lagu kebangsaan
Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian
Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi daurah dengan wang yang cukup-cukp dan peta yang tidak jelas
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berdakwah di desa sebelah
Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan alQuran terjemahan ditambah sedikit hafazan
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya
Aku rindu zaman ketika seorang murabbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya
Ya Rabb..
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami,
Ya Rabb....
Berikan kami keistiqamahan di jalan dakwah ini..
Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajipan bukan pilihan apalagi beban dan paksaan
Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan, bukan sekadar pelengkap pengisi program yang dipaksakan
Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, bukan sampingan
Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan, bukan su'udzon menjatuhkan
Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk dakwah ini
Aku rindu zaman ketika nasyid ghuraba menjadi lagu kebangsaan
Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian
Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi daurah dengan wang yang cukup-cukp dan peta yang tidak jelas
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berdakwah di desa sebelah
Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan alQuran terjemahan ditambah sedikit hafazan
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya
Aku rindu zaman ketika seorang murabbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya
Ya Rabb..
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami,
Ya Rabb....
Berikan kami keistiqamahan di jalan dakwah ini..
10:43 PG
|
by kipem19
bismillahirrahmanirrahim
Tahu tak siapa yang menyayangi dan mencintai kita? tak lain tak bukan rasul Allah, Muhammad SAW. bacaan ini kipem dapat daripada majalah al islam keluaran september 2010. semua orang pasti pernah mendengarkan kisah ini, cuba kali ini, dibaca dengan mata hati, dan bayangkan kita berada di zaman itu, merasai segala yang sahabat baginda rasai.. insyaAllah pasti akan tersentuh dan cinta kita juga akan bertambah kepadanya, kerana merasai bahang cintanya pada kita. tiada kata yang dapat dinukilkan untuk gambarkan perasaan cintanya terhadap kita. selama ini mungkin kita sibuk cari perhatian dan kasih sayang sekeliling atau rasa sedih sebab tak disayangi(kipem la ni...perasan je kurang kasih sayang dan perhatian daripada mak abah masa tak matang dahulu..) sedangkan kita sangat terlupa atau mungkin tak pernah fikirkan sebelum kita lahir lagi insan agung ini begitu menyayangi kita. walaupun dunia ni buang kita, ingatlah Allah dan rasulNya sayang kat kita...
ok, tarik nafas dulu......pejam mata.....buka mata...(kalau nak lebih hayati, pastikan tidak baca dalam keadaan kenyang atau baru lepas suka..ini cerita yang menyentuh jiwa dan air hangat bakal mengalir ke pipi kalian)
mulakan!
Pagi itu suasana cukup sunyi, hening dan terasa begitu sayu. Tidak pernah mereka merasakan sedemikian. Seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku. Namun seperti biasa, pagi itu mereka sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w akan mendengar satu khutbah yang akan disampaikan oleh baginda. Saidina Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan serta Ali bin Abi Talib, mengambil tempat masing- masing. Dan sampai masanya, Rasulullah s.a.w mengatur langkah kakinya menuju ke mimbar.
Rsulullah memulakan bicaraya dengan suara yang agak terbatas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan sejak beberapa hari lalu. Namun digagahi jua kerana baginda tahu, itulah satu-satunya peluang untuknya menyampaikan amanat terakhir kepada seluruh umatnya yang AMAT disayangi.
Rasulullah memulakan khutbahnya: "Wahai umat ku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taatlah dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Quran dan sunnahku. Barangsiapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Selesai ucapan tersebut, Rasulullah menatap wajah para sahabat sedalam-dalamnya. Tatkala Rasulullah memandang Abu Bakar, terlihat mata Abu Bakar berkaca-kaca menahan air matanya dari tumpah ke pipi. Manakala Umar Al-Khattab, dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman Al-Affan, menghela nafas panjang. Dan Ali, menantu Rasulullah s.a.w hanya menundukkan kepalanya, tidak sanggup untuk bertentangan mata.
ISYARAT ITU TELAH DATANG.
Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah cukup terkesan di hati para sahabat. Tanpa perlu diumumkan, masing-masing seolah-olah faham, saat perpisahan mereka dengan Rasulullah semakin hampir!
Matahari kian tinggi, pintu rumah Rasulullah masih tertutup rapat. Di dalam rumah tersebut, Rasulullah terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang mengucapkan salam. "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?" tanya suara lembut. Fatimah yang berada di sisi Rasulullah bingkas bangun dan berkata sesuatu kepada orag tersebut. "Maaf, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Fatimah mendapati semula ayahnya. Lalu rasulullah bertanya,"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku. Baru sekali aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Rasulullah menatap puterinya itu. Dengan perlahan Rasulullah berkata,"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan nikmat yang sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,". Sebaik mendengar kata-kata tersebut, dada Fatimah terus sebak. Dia cuba menahan ledakan tangisnya.
Akhirnya Rasulullah menyuruh Fatimah menjemput 'tetamu' tersebut. Malaikat maut datang menghampiri lalu Rasulullah bertanya, "Mengapa Malaikat Jibril tidak ikut sama menemani?". Malaikat Jibril dipanggil. Sebelumnya Jibril sudah siap sedia di atas langti dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" tanya Rasulullah s.a.w. "Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Jawapan yang diberikan seolah-olah tidak dapat menggembirakan Rasulullah. Lalu Jibril bertanya, "Wahai kekasih Allah, apakah tuan tidak gembira dengan berita ini?" Rasulullah lalu bertanya, "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?". "Jangan bimbang, wahai rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga bagi seisapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat. Sampai masanya Izrail melakukan tugasnya. Dengan cukup perlahan, roh Rasulullah ditarik. Ketika itu kelihatan peluh dingin merecik di dahi baginda. Urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini," perlahan rasulullah mengaduh. Fatimah yang berada di sisi ayahnya, memejamkan matanya. Tidak sanggup dia melihat ayahnya berada dalam kesakitan. Manakala Ali, terus menundukkan kepalanya menahan kesedihan. Jibril turut memalingkan mukanya.
"Jijikkah kau melihat ku hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah kepada pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. sebentar kemudian terdengar Rasulullah berkata, "Ya Allah, dahsyatnya sakit maut ini. Timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, dan jangan kepada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan terlinganya.
"Peliharalah solat dan perliharalah orang-orang lemah di antara kamu," kata Rasulullah. Di luar rumah, tangisan para sahabat mula kedengaran. Sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummati, ummati, ummatiiiii". Sebaik sahaja lafaz itu diucapkan, berakhirlah hayat baginda. Dan Rasulullah telah meninggalkan umat Islam untuk selamanya.
(rakan serumah kipem buat penggera lagu ini untuk bangun tunaikan ibadah kepadaNya. rasa berkobar-kobar nak bangun lebih-lebih lagi bila dengar I pray to be close to you, on that day and see you smile when you see me...)
1:05 PG
|
by kipem19
bismillahirrahmanirrahim
kepulangan kipem ke malaysia membawa seribu ertikepayahan pengajaran. terasa betapa kerdilnya diri ini dalam bidang dakwah apabila tanggungjawab yang dipikul selama ini selain hamba yang Esa, hanyalah musafir yang menceduk ilmu di perantauan. itupun sudah banyak keluhan eh ah uh akibat pertembungan jadual, keletihan kerana tak boleh tidur awal seperti biasa kerana ada perjumpaan di alam maya, banyak habiskan duit, tenaga dan itu, dan ini. bila pulang ke tanah air baru tersedar di dunia ini terlalu banyak tanggungjawab yang akan dipikul kipem di masa akan datang. mampukah kipem terus thabat(tabah)? harapan moga hingga saat nyawa terpisah daripada jasad dikekalkan di jalan ini. walau sesekali mengeluh tapi tak mampu dibayangkan apa akan jadi pada diri kerdil jika di hadapan mata ini tiada jalan, tapi hanya satu padang luas tanpa arah tuju yang terbentang. dengan kerja yang bakal di jawat, tanggungjawab dengan keluarga(ibu ayah adik-adik), masa dengan rakan dan mad'u, penyakit yang hanya muncul bila di malaysia. kena persiapkan mental dan fizikal daripada sekarang ni. dan sentiasa beri motivasi pada diri sendiri. kipem boleh!!insyaAllah~
artikel ini diterbitkan kerana tadi semasa menqada' bacaan email yang baru ingin membukit, dugaannya rabbi besar sungguh. baca email tanpa balas satu pun, mengambil masa 2 jam 30 minit. adik kecil masa itulah dia nak cekik kita, pijak, gigit, nak tarik mouse, nak tekan keyboard. kini baru boleh menaip dengan aman bila dia dah masuk bilik tidur. saat itu terbayangkan ikhwah akhwat yang dah ada anak. besarnya tanggungjawab dan perngorbanan antum...
surah at-taubah ayat 111-112 sangat menyentuh hati~
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman.
kipem: adik saya budak baik.
kepulangan kipem ke malaysia membawa seribu erti
artikel ini diterbitkan kerana tadi semasa menqada' bacaan email yang baru ingin membukit, dugaannya rabbi besar sungguh. baca email tanpa balas satu pun, mengambil masa 2 jam 30 minit. adik kecil masa itulah dia nak cekik kita, pijak, gigit, nak tarik mouse, nak tekan keyboard. kini baru boleh menaip dengan aman bila dia dah masuk bilik tidur. saat itu terbayangkan ikhwah akhwat yang dah ada anak. besarnya tanggungjawab dan perngorbanan antum...
surah at-taubah ayat 111-112 sangat menyentuh hati~
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman.
kipem: adik saya budak baik.
12:45 PG
|
by kipem19
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah khamis minggu lepas semua peperiksaan semester 2 untuk tahun dua telah berkhir secara rasmi. Tahun dua sangat menggembirakan kipem kerana Allah telah kurniakan 3 teman perempuan dalam kelas yang sangat baik hati dan peramah(sebab dah tukar kelas selepas puas memujuk sonsaengnim di kaunter kigaesolgae, buat muka sedih nak nangis dan jasa Ann sonsaengnim yang kasihan tengok muka saya agaknya). Kalau sebelum ini setiap kali ingin ke kelas rasa susah hati sahaja tapi untuk semester ini agak kurang tekanan. Kerana kalau kipem tak tahu buat litar, atau tak faham apa-apa, saya tanya mereka dan mereka akan jelaskan terutama si comel 김예은. Kalau mereka tak faham mereka panggil saja sesiapa untuk ajarkan saya. ^^ Tak lupa juga pelajar Malaysia yang sekelas dengan saya yang banyak membantu dari segi pelajaran.
*selingan sahaja tadi tu~
Kali ini ingin kongsikan di “rumah” ini, tentang hikmah menutup aurat dengan sempurna. Ya, tahu saya pun masih belum sempurna (mudah-mudahan makin hari makin ke arah itu) tapi nak cerita kisah benar ini. Walaupun seperti membuka aib (cerita masa zaman jahil yang tak dulu sangat) tapi mudah-mudahan diambil iktibar dan menjadi ingatan buat diri yang hina ini dan rakan muslimah yang saya sangat cinta. Sama sekali saya tidak menyindir mana-mana pihak kerana fokus atau watak utama(주인공)cerita ini adalah saya jadi jangan fikir watak sampingan itu siapa, umur berapa dan sebagainya. Fokus pada saya sahaja. =)
Kisahnya begini, saya-kipem, terus terang katakan bukanlah baik, alim, juru(ikut bahasa fatin=P). Masa sekolah menengah dahulu pakaian biasa-biasa sahaja. Mungkin pada ketika itu, saya rasa sepertinya saya dah tutup aurat, pakai tudung tapi sebenarnya pakai baju t-shirt biasa dan walaupun tahu tak tutup aurat sempurna tapi entahlah, mungkin kerana suasana sekeliling saya sama saja dengan saya dan belum sampai masa saya dibukakan mata hati olehNya.
Waktu itu, kalau keluar di Malaysia, selalulah dikacau oleh lelaki. Kacau macam di(taktahu dalam bahasa malaysia) yang lelaki buat bunyi itu, apatah orang panggil. Waktu itu saya rasa memang itu perkara biasa. Maksud saya, saya tidaklah melayan apatah lagi memandang, sakit dan panas hati adalah tapi buat-buat tak tahu sahajalah kerana saya pasti mereka bukanlah serius dan mungkin itu memang aktiviti mereka yang tiada kerja, suka duduk tepi jalan sambil tengok orang lalu lalang. Saya sangat tak suka aktiviti mereka. Rasa nak marah dan suruh balik rumah tolong mak kan lagi bagus *selingan.
Kemudian dengan kehendak Allah sedikit demi sedikit diri mula berubah dari segi pemakaian tapi jujurnya saya tak rasa perubahan besar dalam diri ini. Saya tetap insan yang melihat persekitaran yang sama tetapi rupanya persekitaran tidak memandang saya sama seperti dahulu.
Kisahnya semasa pulang cuti musim panas tahun lepas(2009), saya ke Jalan TAR(rasanya) dengan dua muslimah. Bukanlah ingin menilai atau membeza-bezakan tapi ingin jelaskan situasi yang mereka pakai lebih kurang sama macam saya yang dahulu. Memakai tudung. Kemudian kami melintasi orang ramai dan beberapa orang lelaki yang mengedarkan risalah. Dan seperti biasa dikacau dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Waktu itu saya rasa nak marahlah(dalam hati) macam biasa kan, kemudian salah seorang daripada mereka berkata kepada kami “lawanye beeeg…” dengan nada yang menggoda(sila muntah sekarang juga ). Lagilah panas darah saya yang memang sedang panas jalan waktu tengah hari buta.
Selepas melintasi mereka salah seorang daripada kami mengadu, tangannya telah dipegang oleh lelaki yang saya tak tahu yang mana satu. Saya sangat pelik sebab muslimah itu tenang saja melintasi mereka, dan cerita lepas dah beredar sebab kalau saya mungkin dah hilang kesabaran kalau dah sampai berani pegang. Kat situ juga saya jerit agaknya.
Serta merta saya sedar, saya yakin yang kata-kata (lawanye beeeg) tadi itu sama sekali bukan untuk saya.
Sebabnya saya tak bawa beg! ㅋㅋㅋ Mereka tidak memandang saya, tidak mengacau saya, dan tidak tujukan kata-kata menggelikan tekak itu kepada saya. Apa yang membezakan saya dengan mereka hingga saya dilayan sebegitu rupa tidak dilayan. Saya lihat diri saya waktu itu dalam keadaan bingung (dalam hati fikir tak lawa ke diri ini..iskisk).
Rupanya bukan sebab rupa (mana kipem tahu?? Teka je la kan, usnuzon kat diri sendiri yang saya tak buruk pun…ala rupa tak penting kan kan), tapi sebab waktu itu saya yang berbaju kurung, dikepit saudari berseluar jeans.
True story
Sekali lagi, saya bukan mahu mengata sesiapa dan saya bukan nak maksudkan saya paling baik antara mereka. Tidak sama sekali(tolong jangan fikir seperti ini…)
Sekadar ingin menyedarkan diri sendiri dan muslimah diluar sana, jika kita menjaga maruah diri ini sebagai muslimah yang sebenar-benarnya dengan menutup aurat sempurna seperti kehendak syarak, insyaAllah yang di atas sana akan jaga kita daripada perkara munkar! Jangan fikir jika dikacau ditepi jalan kerana rupa kita yang diberikan Allah itu cantik melebihi orang lain, kita panas(hot) daripada orang lain, kita jadi tumpuan tapi fikirlah apa yang membuatkan mereka(kaum adam) sampai berani melontarkan kata-kata begitu, adakah terlalu murah diri ini di mata mereka? Tidakkah diri kita dapat membuatkan mereka merasa malu untuk berbuat perkara tak baik kepada kita?
Renungkan dan ayuh mula berubah hanya keranaNya~~
p/s: kerana dirimu begitu berharga =)
~sangat suka gambar ini(서울대공원.어리니날) kalau boleh edit warna gambar mesti cantik^^~
6:21 PTG
|
by kipem19
Bismillahirrahmanirrahim
Kipem baru saja tengok video yang sangat menyentuh hati. Tentang ibu, mak, umi, omma. Selama ini saya ambil mudah agaknya. Tak muhasabah pun bagaimana dah layan mak. Ye la, kita tahu tak boleh melawan mak, kena patuh cakap mak selagi tak bertentangan dengan Islam, semua tu cuba ikut sedaya upaya(tapi masih juga….ㅠㅠ). Lepas tengok video tadi, terdetik di hati tugas sebagai seorang anak bukan itu sahaja. Apa lagi?
……………….(fikir, fikir, fikir)
Tugas seorang anak untuk mengembirakan ibunya, tunjukkan kasih sayang pada ibu kita.
Kenapa ya susah sangat nak cakap “sayang mak, rindu mak”?(ini soalan kipem betul-betul ni. Memang tak tahu jawapan)
Kalau nak sebut, tak boleh cakap depan-depan, sebab lepas cakap mesti nangis teruk-teruk. Kenapa perlu sedih sangat ya nak cakap perkataan yang mampu gembirakan ibu kita?(tak faahaaammT.T)
Ok lah mari kita tengok dulu video ya~
Pelik tak? Pakcik Atuk berusia 70 tahun, melawat kubur ibunya 2 kali sehari dan pada hari hujan atau salji lebih kerap dia datang. Tengok macammana dia layan ibu dia yang telah tiada, sedangkan kita yang hidup ini, ada ke layan ibu kita kita yang hidup seperti itu? Waktu ibunya hidup pergi kerja pun bawa. Ya Allah betapa kasihnya anak dan ibu ini. Tengok betapa mesranya dia dan ibunya dalam video rakaman. Dia layan mak dia macam puteri tapi dia tetap kata menyesal sebab tak dapat nak layan mak dia dengan baik. Sedangkan dia bukanlah beragama Islam. Agama kita tuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa tapi apa yang kita dah buat? Sakitkan hati ibu kita sepanjang masa.
46(Al-Ahqaf):15
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menangggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata : Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu)
Sebenarnya definisi ibu itu bukan setakat insan yang melahirkan kita sahaja. Semua wanita yang dah melahirkan anak adalah ibu. Saya rasa lepas ini perlu hargai semua ibu yang ada di dunia ini. Saya nak layan baik ibu kepada ibu bapa saya. Sebab merekalah adanya ibu bapa saya dan adanya saya. Dan akhirnya segala pujian dan syukur kembali kepada Allah kerana Dialah yang mengurniakan semua ini pada kita.
앞으로 제가 엄마한테 정말로 잘 해 드릴게요.
저 때문에 울지 마시고 웃는 모습만 보일 수 있게 노력할거예요.
저 때문에 울지 마시고 웃는 모습만 보일 수 있게 노력할거예요.
평생 효녀 될수 있으면 좋겠다...
rindu mak~~
misteri tak mak kipem?(padahal takde orang gunggem punㅋ)
Wallahualam
kipem: siapa tengok video tadi nangis angkat tangan!
maaf mak sebab saya tak reti nak buat video yang terharu dan tak secumel budak ini . tapi perasaan saya sama macam dia. love you~
maaf mak sebab saya tak reti nak buat video yang terharu dan tak secumel budak ini . tapi perasaan saya sama macam dia. love you~
12:16 PG