Memaparkan catatan dengan label 파이팅. Papar semua catatan

Ahad, 4 Disember 2011

Tak perlu malu promosi diri?

Dicatat oleh kipem19 di 11:13 PTG 3 ulasan
Bismillahirahmanirrahim..

“Jika ada soalan boleh kemukakan sekarang”. Dewan senyap seketika. Pertanyaan sama diulang sekali lagi. Selang beberapa ketika, “Ya silakan”. Semua mata tertumpu ke arah belakang. Rupa-rupanya pelajar yang bertanyakan soalan betul-betul berada di belakangku. “Ya, Dhia Syarafana(nama sebenar dirahsiakan) , pelajar perubatan tahun 4, di Monash University, Australia”. Terkesima. Selepas pelajar tersebut duduk dan soalannya telah dijawab, kipem menegurnya “Wah, hebatnya akak. Dr A kenal akak tu..” Dia tersenyum lalu mengajarku erti kehidupan dengan satu ayat ringkas.

Subhanallah… Peristiwa berlaku hampir setahun lalu masih segar di ingatan. Kak Dhia, seorang yang berperwatakan sangat lembut dan tenang. Tidak sama sekali ku sangka dia merupakan satu figura hebat hingga dikenali oleh seorang tokoh terkemuka seperti Dr A. Ku lihat sepertinya dia akan bersikap diam dan senyap dalam majlis yang dihadiri ikhwah dan akhawat itu tapi sikapnya berani tampil bangun menjadi orang pertama yang bangkit mengemukakan soalan sebelum disusuli seorang akhawat dan kemudiannya beberapa ikhwah begitu mengagumkan kipem. Kerana diri ini kalau ada soalan yang nak ditanya, sebelum bangun bersuara lagi jantung berdetak kencang, tangan berpeluh hinggakan akhirnya tak jadi nak tanya soalan(teruknya kipem niii). Dialah yang sanggup memberikan tempat tidurnya padaku di kem tersebut gara-gara kakiku mengalami kecederaan semasa selepas melakukan aktiviti di dalam hutan. Kak Dhia mengajarku erti menjadi seorang akhawat. Melalui ayat Kak Dhia, satu perkataan yang begitu berbekas pada diri ini, iaitu PROMOSI.

Melalui jawapannya, dapat ku ungkaikan bahawa seorang akhawat harus pandai promosikan diri. Tidak sama sekali untuk meraih populariti. Ketika itu ku masih kurang memahami konsep “promosi” dan kaitannya peribadi seorang akhawat. Bukankah akhawat perlu ada rasa malu? Ya! Memang sangat perlu. Hatta Rasulullah S.A.W juga sangat tebal sifat malunya hinggakan baginda lebih malu berbanding anak dara di sebalik tabir. Akan tetapi, jangan disalah tafsir erti malu wahai akhawat. Malu bukan bererti senyap seribu bahasa di saat pandangan dan suara kita diperlukan. Malu bukan bererti akhawat tidak didengari dan hanya menuruti tanpa sebarang budi bicara. Itu bukan malu yang diajar dalam islam!

Promosi. Perkataan yang sering berlegar dalam benak fikiranku sejak malam di mana perkataan itu diungkapkan Kak Dhia. Kadang hingga ketika ku melipat sejadah perkataan itu menjengah dan membuatku berfikir dalam. Dikenali kerana promosi diri dan popular kerana mencari publisiti dua perkara bagai langit dan lapisan teras bumi paling dalam. Daripada pengamatan kipem yang sangat kurang ilmu ini, untuk kita mempromosi sesuatu kita harus mempunyai kualiti dan keistimewaan yang tidak ada pada yang lain untuk diketengahkan. Lain pula dengan popular yang boleh diperoleh walau tanpa kualiti dan keistimewaan yang unik. Popular dinilai melalui lahiriah manakala pendekatan promosi dinilai melalui aspek tersendiri yang lebih menjurus kepada ciri dalaman luar biasa yang tidak dimiliki dalam kebanyakan.

Peristiwa itu membuatkan kipem merenung sikap diri sendiri. Dahulu, kipemlah orang yang malu tidak bertempat itu. Bila diminta pendapat, senyap. Bila ditanya soalan, senyum. Walhal orang yang bertanya ingin jawapan tapi kipem tak beri apa-apa respon langsung. Pastinya orang yang bertanya soalan sakit jiwa raga dengan sikap orang seperti kipem (kalau kena pada diri sendiri, kita tanya soalan orang tak jawab pasti kita juga mengalami perasaan yang sama bukan?).

Seorang akhawat harus menjadi yang paling malu sekali berbanding rakan-rakan perempuannya yang lain, dengan syarat, malu yang bertempat. Malu melakukan maksiat, malu berbual bergaul bebas, malu melakukan perbuatan haram, malu untuk menunjuk perhiasan diri pada yang bukan hak, malu untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah, malu jika tidak rasa tercabar jika rakan menghadap ilahi melebihi diri kita, malu jika kalamullah tidak dilazimi lidah dan sebagainya.
Lihatlah bagaimana akhawat di Palestin begitu bersemangat menceritakan kisah hidup mereka pada wartawan untuk membuka mata dunia tentang kekejaman zionis. Tidak sama sekali mereka menyorok di dapur dengan alasan malu.

Akan tetapi seorang akhawat tidak harus malu bangkit jika maruahnya diinjak, tidak harus malu berkongsi idea dan pandangannya, tidak harus malu untuk bangun bertanya, tidak harus malu dalam menuntut ilmu, dalam erti kata lain tidak harus malu pada tempat yang tidak sepatutnya! Tidak seharusnya seorang perempuan itu tanpa segan silu mempamerkan lenggok suaranya, gambar dan kecantikan perhiasannya pada yang bukan hak. Bukanlah kebebasan individu yang diperjuangkan sebenarnya tetapi hakikatnya minda telah terpenjara dan diri telah dieksploitasi oleh definisi kebebasan yang dicipta kamus Barat.

Maka kerana itu buanglah perasaan malu tidak pada tempatnya. Bersedia mempromosi diri dengan peribadi unik dan kebolehan diri anda! Usah dikisahkan komentar dan usikan nakal kerana yang paling penting adalah neraca Allah, bukan neraca manusia.

mari kita tonton videa ini yang bertajuk "malu yang dikeji" dan mengambil ibrah daripadanya^^

Wallahua’lam

love this picture as much as i love this cute little kid!

Jumaat, 26 Ogos 2011

Dicatat oleh kipem19 di 8:00 PG 4 ulasan

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ini malam 27 ramadhan..moga kita semua tingkatkan prestasi ibadah kita insyaAllah~

p/s : pagi tadi dalam perjalanan pulang ke rumah. Berjalan bertentangan dengan 2 lelaki korea. Lepas belok ke kiri, mendengar jeritan 덥다 진짜 덥다..지겹다..지겨워!

*왠지모르겠지만나에대한말인것같기두하구.말없이지나갔지만..감정을상했다ㅜㅜ*

teringat kisah rasulullah di bandar thaif. tak dapat nak bayangkan jika diri yang lemah ini yang diuji begitu..sungguh rasulullah insan terpuji~

apa yang kipem mampu buat adalah memanjatkan doa agar mereka diberi petunjuk oleh Allah 

sungai di ulu yam..bersih sampai ada ikan berenang-renang bersama kami(bukan sungai yang orang ramai selalu datang tapi yang eksklusifㅋㅋ)  *homesick mode*

Rabu, 25 November 2009

i think it's about time..no, no, i'm sure the time is now.

Dicatat oleh kipem19 di 8:53 PG 5 ulasan
I have been so far away

From the journey I supposed to go

I have been so far

From the destiny I meant to be

I have been so far

From my rabb

From His messenger

From my family

From my loved ones (not enough space to mention all of you =P)

I have realized my changes from the beginning

But yet, never have the determination to turn myself back to normal

I have thought deeply

Not just a thought,

that will fly away with the wind,  that will flow away with the stream, that will fade away by the time

But it should be followed by acts

I think this is the time

To get back on track.

Enough with what I have done,
what I have said,
what I have promised,
what I have dreamt,

Don’t ever look back

Don’t ever lick back what you have spit

Don’t ever walk back, nadzirah.

Just look forward and aim for what you meant to.

Selasa, 24 November 2009

untukmu bergelar sahabat

Dicatat oleh kipem19 di 5:07 PG 0 ulasan
bismillahirrahmanirrahim..

saat ini kenangan bersamamu menerjah ke kotak fikiranku..

pintu ingatan diketuk bertalu-talu dengan senyumanmu, tawamu.

awak, saya rindu sangat awak..

saat dunia tak menerima siapa saya

saat dunia mengentam hebat perilaku saya

saat dunia mencaci hina kata-kata saya

saya sentiasa ingin kembali ke pangkuan awak

saat ini, saya mahu sekali menangis di bahu awak

awak tak pernah sekali pun menolak saya saat saya perlukan awak

awak sentiasa ada masa untuk saya,

awak sentiasa ada tenaga untuk saya,

awak sentiasa ada kata-kata untuk saya

walaupun saya  pernah buang awak berkali-kali.

sahabat, saya insan hina di dunia ini..

saya perlukan awak di sisi, sekarang, saat ini...

5 pagi korea dan 4 pagi malaysia..

tolong dengar jeritan batin saya,

tolong ubat luka hati saya,

tolong bina kembali semangat saya,

masa akan ubat segalanya...tapi dengan usaha mengubatinya

kalau hanya dibiarkan, mungkin akan bertambah parah

saya tahu Dia ada untuk saya..

saya tahu awak juga ada untuk saya kan?

you are soOooOo beautiful~~^^
wondering when i could meet you again, kacang!!
missing your cute little face(mine is smaller right? but no doubt yours are cuter! ^,^)

Rabu, 7 Oktober 2009

ramadhan sia-sia

Dicatat oleh kipem19 di 12:56 PG 0 ulasan
bismillahirrahmanirrahim..

ini bukan kenyataan bahawa bulan ramadhan itu sia-sia, tapi ramadhanku, kali ini, sia-sia..
tak sedar kehadirannya, tak terasa pemergiannya..kini baru ku terhegeh-hegeh pada ramadhan..alangkah sia-sianya..benar kata orang, bila tiada baru kita terasa..

rindu sangat....

mana taknya, ramadhan laluku, waktu malam ku habiskan dengan menonton youtube, segala video kumpulan kegemaranku habis diselongkar.
waktu siang tak tengok, konon sebab berpuasa, jaga pandangan.
habis tu malam? teruknya diri iniㅠㅠ 

ramadhan laluku..

puasa macam tak puasa saja. bila balik korea ni, lepas subuh baru tidur, kemudian lambatlah bangunnya. bangun saja, tunaikan solat zuhur, asar, kamudian dah maghrib.

sasaran berapa juzuk boleh habiskan pun tiada..
sama saja kelajuan helaian kalamullah seperti bulan lain..malah mungkin berkurang(t.e.r.u.k!)

tiba-tiba(perkataan ni sebenarnya tak boleh digunakan. sebab bukan tiba-tiba pun) habis dah ramadhan..

ramadhan itu seolah seperti sebuah sekolah, di mana waktu tamatnya tempoh ramadhan, kita sepatutnya belajar sesuatu daripadanya, peroleh sesuatu agar dapat menempuh cabaran seterusnya.

tapi...alhamdulillah walau saya tak dapat gunakan peluang itu, saya masih diberi kesempatan untuk sedar hari ini.

mudah-mudahan dengan pemergian ramadhan, mengingatkan hatiku ini sentiasa. nak buat sesuatu jangan tangguh.

i.b.a.d.a.h
k.e.r.j.a.s.e.k.o.l.a.h
k.e.i.n.g.i.n.a.n

jangan sia-siakan amanah Allah kepadamu..gunakan masa ini sebaiknya~

파이팅!

Jumaat, 25 September 2009

u.s.a.h.a = b.e.r.j.a.y.a

Dicatat oleh kipem19 di 1:16 PG 0 ulasan
bismillahirrahmanirrahim

sedang menyiapkan kerja calculus. berhenti berehat beberapa ketika. saya tak mampu nak belajar seperti orang lain. sikit je belajarnya, selebihnya- youtube, ym dan sebagainya. lagha2. tengok youtube tadi, tentang beberapa orang yang boleh dikatakan berjaya sekarang dalam bidang mereka. jawapan kepada kejayaan yang mereka kecapi sekarang - u.s.a.h.a. dalam bahasa korea, mereka dalam kalangan yolshimi hanen saramdel.

kenapa saya ni tak mampu nak jadi seperti mereka ya? bagaimana nak kecapi sesuatu tanpa usaha. insaflah, insaflah, insaflah. 

apa yang perlu ku lakukan sekarang ialah usaha sehabis mungkin. yolshimi haranen marya!

insyaAllah, Allah akan bantu. jangan putus asa~~ phogi hamyon an dwae!

gembira=kipem! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal