Bismillahirahmanirrahim..
“Jika ada soalan boleh kemukakan sekarang”. Dewan senyap seketika. Pertanyaan sama diulang sekali lagi. Selang beberapa ketika, “Ya silakan”. Semua mata tertumpu ke arah belakang. Rupa-rupanya pelajar yang bertanyakan soalan betul-betul berada di belakangku. “Ya, Dhia Syarafana(nama sebenar dirahsiakan) , pelajar perubatan tahun 4, di Monash University, Australia”. Terkesima. Selepas pelajar tersebut duduk dan soalannya telah dijawab, kipem menegurnya “Wah, hebatnya akak. Dr A kenal akak tu..” Dia tersenyum lalu mengajarku erti kehidupan dengan satu ayat ringkas.
Subhanallah… Peristiwa berlaku hampir setahun lalu masih segar di ingatan. Kak Dhia, seorang yang berperwatakan sangat lembut dan tenang. Tidak sama sekali ku sangka dia merupakan satu figura hebat hingga dikenali oleh seorang tokoh terkemuka seperti Dr A. Ku lihat sepertinya dia akan bersikap diam dan senyap dalam majlis yang dihadiri ikhwah dan akhawat itu tapi sikapnya berani tampil bangun menjadi orang pertama yang bangkit mengemukakan soalan sebelum disusuli seorang akhawat dan kemudiannya beberapa ikhwah begitu mengagumkan kipem. Kerana diri ini kalau ada soalan yang nak ditanya, sebelum bangun bersuara lagi jantung berdetak kencang, tangan berpeluh hinggakan akhirnya tak jadi nak tanya soalan(teruknya kipem niii). Dialah yang sanggup memberikan tempat tidurnya padaku di kem tersebut gara-gara kakiku mengalami kecederaan semasa selepas melakukan aktiviti di dalam hutan. Kak Dhia mengajarku erti menjadi seorang akhawat. Melalui ayat Kak Dhia, satu perkataan yang begitu berbekas pada diri ini, iaitu PROMOSI.
Melalui jawapannya, dapat ku ungkaikan bahawa seorang akhawat harus pandai promosikan diri. Tidak sama sekali untuk meraih populariti. Ketika itu ku masih kurang memahami konsep “promosi” dan kaitannya peribadi seorang akhawat. Bukankah akhawat perlu ada rasa malu? Ya! Memang sangat perlu. Hatta Rasulullah S.A.W juga sangat tebal sifat malunya hinggakan baginda lebih malu berbanding anak dara di sebalik tabir. Akan tetapi, jangan disalah tafsir erti malu wahai akhawat. Malu bukan bererti senyap seribu bahasa di saat pandangan dan suara kita diperlukan. Malu bukan bererti akhawat tidak didengari dan hanya menuruti tanpa sebarang budi bicara. Itu bukan malu yang diajar dalam islam!
Promosi. Perkataan yang sering berlegar dalam benak fikiranku sejak malam di mana perkataan itu diungkapkan Kak Dhia. Kadang hingga ketika ku melipat sejadah perkataan itu menjengah dan membuatku berfikir dalam. Dikenali kerana promosi diri dan popular kerana mencari publisiti dua perkara bagai langit dan lapisan teras bumi paling dalam. Daripada pengamatan kipem yang sangat kurang ilmu ini, untuk kita mempromosi sesuatu kita harus mempunyai kualiti dan keistimewaan yang tidak ada pada yang lain untuk diketengahkan. Lain pula dengan popular yang boleh diperoleh walau tanpa kualiti dan keistimewaan yang unik. Popular dinilai melalui lahiriah manakala pendekatan promosi dinilai melalui aspek tersendiri yang lebih menjurus kepada ciri dalaman luar biasa yang tidak dimiliki dalam kebanyakan.
Peristiwa itu membuatkan kipem merenung sikap diri sendiri. Dahulu, kipemlah orang yang malu tidak bertempat itu. Bila diminta pendapat, senyap. Bila ditanya soalan, senyum. Walhal orang yang bertanya ingin jawapan tapi kipem tak beri apa-apa respon langsung. Pastinya orang yang bertanya soalan sakit jiwa raga dengan sikap orang seperti kipem (kalau kena pada diri sendiri, kita tanya soalan orang tak jawab pasti kita juga mengalami perasaan yang sama bukan?).
Seorang akhawat harus menjadi yang paling malu sekali berbanding rakan-rakan perempuannya yang lain, dengan syarat, malu yang bertempat. Malu melakukan maksiat, malu berbual bergaul bebas, malu melakukan perbuatan haram, malu untuk menunjuk perhiasan diri pada yang bukan hak, malu untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah, malu jika tidak rasa tercabar jika rakan menghadap ilahi melebihi diri kita, malu jika kalamullah tidak dilazimi lidah dan sebagainya.
Lihatlah bagaimana akhawat di Palestin begitu bersemangat menceritakan kisah hidup mereka pada wartawan untuk membuka mata dunia tentang kekejaman zionis. Tidak sama sekali mereka menyorok di dapur dengan alasan malu.
Akan tetapi seorang akhawat tidak harus malu bangkit jika maruahnya diinjak, tidak harus malu berkongsi idea dan pandangannya, tidak harus malu untuk bangun bertanya, tidak harus malu dalam menuntut ilmu, dalam erti kata lain tidak harus malu pada tempat yang tidak sepatutnya! Tidak seharusnya seorang perempuan itu tanpa segan silu mempamerkan lenggok suaranya, gambar dan kecantikan perhiasannya pada yang bukan hak. Bukanlah kebebasan individu yang diperjuangkan sebenarnya tetapi hakikatnya minda telah terpenjara dan diri telah dieksploitasi oleh definisi kebebasan yang dicipta kamus Barat.
Maka kerana itu buanglah perasaan malu tidak pada tempatnya. Bersedia mempromosi diri dengan peribadi unik dan kebolehan diri anda! Usah dikisahkan komentar dan usikan nakal kerana yang paling penting adalah neraca Allah, bukan neraca manusia.
mari kita tonton videa ini yang bertajuk "malu yang dikeji" dan mengambil ibrah daripadanya^^
Wallahua’lam
| love this picture as much as i love this cute little kid! |


Setuju. Setuju. Sangat Setuju.
Jazakillah atas perkongsian^^
Amat bermakna dan membuka mata saya.
Rupanya cik kipem menyepi bukan sebarang sepi,
menyepi membawa erti. :)
Nadzipah
waiyyaki^_^
menyepi di blog sementara sebab perasan sibuk =p
terima kasih sebab tinggalkan komen di sini ~~<3
baru jumpe blek blog. maklumlah, dah lama tinggalkan dunia blog. jd sume link blog2 feveret dah x da. we want more cik kipem.^^