bismillahirrahmanirrahim
tamat periksa isnin lepas, saya dan beberapa orang kawan pergi ke pejabat jurusan kami untuk memohon praktikal cuti musim sejuk. kata kakak itu datang balik hari isnin minggu depan 21 haribulan pukul 10 pagi. pagi ini kami pun kembali seperti yang diarahkan dan disuruh tunggu di sebuah kelas kosong.
출석부터 불러 볼게요..
dah mula kerja hari ini rupanya. kami tak bersedia langsung. tak sangka, tergamam, terkejut lagi sebenarnya sampai sekarang. tanpa sebarang informasi kami kena kerja mula hari ini. tak sedia langsung hati dan minda.
walaubagaimanapun, hati kecil ini lega kerana tak perlu fikir untuk buat praktikal pada cuti akan datang. berat sebenarnya berdepan dengan dugaan sejuk di luar rumah. sedap lagi duduk di rumah yang hangat dan selesa tapi kena la berkorban sikit.

persiapkanlah hati keluar pagi-pagi meredah sejuk ya kipem~^^
p/s:
1.gambar pertama yang diambil diedit oleh saya. tak cantik tapi boleh lah kan untuk budak baru belajar macam saya?
2.dalam bas terdengar suara budak menangis, merengek-rengek seperti di Malaysia, di rumah terdengar suara (mungkin dua orang?)kanak-kanak gelak bergurau senda sesama mereka. rindu sangat pada adik-adikkah, kipem??