Bismillahirrahmanirrahim
Kipem baru saja tengok video yang sangat menyentuh hati. Tentang ibu, mak, umi, omma. Selama ini saya ambil mudah agaknya. Tak muhasabah pun bagaimana dah layan mak. Ye la, kita tahu tak boleh melawan mak, kena patuh cakap mak selagi tak bertentangan dengan Islam, semua tu cuba ikut sedaya upaya(tapi masih juga….ㅠㅠ). Lepas tengok video tadi, terdetik di hati tugas sebagai seorang anak bukan itu sahaja. Apa lagi?
……………….(fikir, fikir, fikir)
Tugas seorang anak untuk mengembirakan ibunya, tunjukkan kasih sayang pada ibu kita.
Kenapa ya susah sangat nak cakap “sayang mak, rindu mak”?(ini soalan kipem betul-betul ni. Memang tak tahu jawapan)
Kalau nak sebut, tak boleh cakap depan-depan, sebab lepas cakap mesti nangis teruk-teruk. Kenapa perlu sedih sangat ya nak cakap perkataan yang mampu gembirakan ibu kita?(tak faahaaammT.T)
Ok lah mari kita tengok dulu video ya~
Pelik tak? Pakcik Atuk berusia 70 tahun, melawat kubur ibunya 2 kali sehari dan pada hari hujan atau salji lebih kerap dia datang. Tengok macammana dia layan ibu dia yang telah tiada, sedangkan kita yang hidup ini, ada ke layan ibu kita kita yang hidup seperti itu? Waktu ibunya hidup pergi kerja pun bawa. Ya Allah betapa kasihnya anak dan ibu ini. Tengok betapa mesranya dia dan ibunya dalam video rakaman. Dia layan mak dia macam puteri tapi dia tetap kata menyesal sebab tak dapat nak layan mak dia dengan baik. Sedangkan dia bukanlah beragama Islam. Agama kita tuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa tapi apa yang kita dah buat? Sakitkan hati ibu kita sepanjang masa.
46(Al-Ahqaf):15
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menangggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata : Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu)
Sebenarnya definisi ibu itu bukan setakat insan yang melahirkan kita sahaja. Semua wanita yang dah melahirkan anak adalah ibu. Saya rasa lepas ini perlu hargai semua ibu yang ada di dunia ini. Saya nak layan baik ibu kepada ibu bapa saya. Sebab merekalah adanya ibu bapa saya dan adanya saya. Dan akhirnya segala pujian dan syukur kembali kepada Allah kerana Dialah yang mengurniakan semua ini pada kita.
앞으로 제가 엄마한테 정말로 잘 해 드릴게요.
저 때문에 울지 마시고 웃는 모습만 보일 수 있게 노력할거예요.
저 때문에 울지 마시고 웃는 모습만 보일 수 있게 노력할거예요.
평생 효녀 될수 있으면 좋겠다...
rindu mak~~
misteri tak mak kipem?(padahal takde orang gunggem punㅋ)
Wallahualam
kipem: siapa tengok video tadi nangis angkat tangan!
maaf mak sebab saya tak reti nak buat video yang terharu dan tak secumel budak ini . tapi perasaan saya sama macam dia. love you~
maaf mak sebab saya tak reti nak buat video yang terharu dan tak secumel budak ini . tapi perasaan saya sama macam dia. love you~


mama aina xksik lollipop pun tyme aina nges~
hee..wokies nad..pasni xmo sdeyh da pas ckp cmtu kat mak..~
penat saja taip komen haritu tak tersimpan rupanya+_+
tape la aina mama aina dan mak nad tak bagi lolipop tapi mereka bagi kita makan nasi sampai jadi sihat dan kuat macam sekarang.
oooh tuu....노력할게^^
semoga kipem dpt terus berbakti pd ibu kipem dan jadi anak yang solehah :)
ameen..... terima kasih doakan! :)