Bismillahirrahmanirrahim
Satu hari selepas pulang dari satu tempat di mana ilmu berkembang pesat , kawan kipem hulurkan satu risalah mingguan(mungkin) keluaran Universiti Hongik bertajuk “say yes” atau dalam bahasa Malaysia katakan ya.
Katakan ya untuk apa?
Apabila anda mempunyai peluang atau diajak oleh rakan untuk menyertai kelab baru (seperti kelab menjaga bayi, atau kelab bahasa korea), untuk mencuba aktiviti baru (bercakap bahasa inggeris bersama kawan korea, ke forum atau aktiviti yang dianjurkan mana-mana persatuan, berkelah, atau mendaki gunung-등산), atau menjelajah tempat baru, katakan ya. Anda tidak tahu siapa yang bakal anda jumpa, atau apa yang bakal anda lihat, atau apa yang bakal anda pelajari. Jangan halang diri anda daripada memperoleh pengalaman yang mungkin membawa anda mengenali sesuatu yang baru tentang dunia, atau mungkin juga tentang diri anda. Anda tak tahu apa akan jadi jika anda katakan ya. Tapi anda pasti apa akan jadi jika anda kata tidak. Anda akan lakukan perkara yang sama, di tempat yang sama, bersama dengan orang yang sama berkali-kali. Ianya mungkin selesa dan menyenangkan, tapi ianya bukanlah cara untuk membangunkan diri anda.
Katakan ya. Ingatlah bahawa tiada siapa yang muhasabah tentang hidup mereka dan berkata “ saya rasa menyesal sebab saya lakukan banyak sangat perkara hebat”. Hiduplah dengan kehidupan yang penuh dengan kisah yang berbaloi diingati.
Sekian^^
lokasi: 명동
둘이 완전 귀엽다.


nak pergi jugak
mai la~~