Bismillahirrahmanirrahim
Lama betul kipem tak duduk depan komputer dalam jangka masa lama hingga membenarkan kipem menghantar artikel(tiputiputipu..ampun~)
Banyak sangat perkara yang dilalui sepanjang kehilangan kipem di teratak ini. Pulang ke Malaysia, main dengan adik-adik, lepas rindu dengan mak abah nyai tok tokwan makcik paksu mak usu kak sham kak bila mira apit yang sangat comel, ramadhan yang sangat best(puas hati sangat dan berazam tahun depan nak lagi best!) , ukhwah dengan saudari seislam yang sangat nikmat, tak lupa kawan kecil kipem yang dari kuantan sampai gombak tak berhenti bersembang dan gelak sama-sama(sepanjang perkenalan selama 5 tahun, kami baru berjumpa 4 kali), macam-macam-macam lagi lah!
Dalam banyak banyak banyak cerita kali ini kipem rasa nak kongsikan cerita masa kipem kecil-kecil dulu. Sebab balik kali ini lepas tinggalkan sekolah menengah buat kali pertama kipem pergi ziarah cikgu-cikgu. Kipem di sekolah seorang yang sangat la senyap jadi malu nak ke sekolah seorang diri, nanti cikgu semua pandang pelik je. “sape pulak budak ni?” tertanya-tanya mereka pula nanti. Kipem memang sangat tak terkenal di sekolah. Tak tahulah kenapa cikgu kan(termasuk pelajar yang satu sekolah yang tak kenal kipem sangat) mesti tak dapat sebut nama kipem dengan betul. Bila rakan-rakan lain cuti, kami berkesempatan ke sekolah bersama-sama, tak adalah malu sangat, sebab pergi dengan kawan-kawan yang memang terkenal. hehe
Satu peristiwa yang buat diri ni sangat terharu bila guru kelas kipem(cikgu kelas pun salah sebut nama tauㅜㅜ.nangis skit je tapi sebab dia buat kipem terharu) tanya kat kipem.
Cikgu kelas: “Nadirah, awak masa belajar dalam kelas macam ni lagi ke?(sambil buat gaya orang nangis).”
Kipem : “eh, cikgu ingat lagi??(muka macam tak percaya sangat.tergamam) Dah tak dah cikgu.”
Cikgu kelas: “pastu yang ni? Sambil jari telunjuknya menunjukkan satu persatu jari(dulu kipem ada tabiat yang orang kata sangat pelik. Bukan gigit jari tau!)
Kawan-kawan dan kipem : cikgu ingat? Waahh..hebat nye..dahsyatnye(macam-macam perkataan keluar)
Kipem: Yang tu kadang-kadang buat juga…
Kipem selalunya akan banyak bercakap bila menjalani hidup dengan orang tu je(tinggal serumah, sekolah sama dan sebagainya). Bila lama tak jumpa, senyap balik. Dan jumpa cikgu tak tahu nak tanya apa. Tengok atas mejanya ada buku Biologi. Kipem pun buka mulut kunun nak berbasi-basi.
Kipem : “cikgu ajar Bio lagi ke?”
Cikgu kelas : “ooo tak…saya ajar Biologi.”
Kipem : ternganga. Dah malas nak perah otak cari soalan nak tanya cikgu.
Ada seorang cikgu ni, pesan kepada kami semua.
Cikgu: “awak semua ni nanti, janganlah lupa hantar kad kat kami kat sini tau……….(macam-macam cikgu cakap ayat simpati tapi tak ingat)”
Kawan-kawan: dia ni dulu cikgu. dia, dia.(semua tunjuk kipem)
Kipem angguk dengan bersungguh-sungguh.
Bila balik rumah, kipem pun berfikir dengan lebih mendalam.
“Cikgu nak kad raya kan? Kenapa semua orang tunjuk aku eh? Orang lain tak bagi pun takpe ke? Dah la aku bukan jenis selalu sembang-sembang dan baik dengan cikgu-cikgu ni. Ke sebab aku jauh cikgu nak setem korea?” harap betul la kad raya. Tapi maafkan saya cikgu saya ni tak tahulah kenapa ucap selamat hari raya dekat orang yang jumpa je, dengan mak ayah keluarga dan kawan 2 orang. Kad raya tak terbeliTT..ampun…
Sewaktu sekolah rendah, kipem nakal sangat kot. Kipem pernah berdepan dengan cikgu disiplin yang sangat garang yang pernah menampar pelajar perempuan di perhimpunan. Bila teringat balik pun kipem jadi takut sendiri. Kenapa kipem berani bertindak sedemikian rupa. Takutt..
Dalam matapelajaran bahasa Malaysia, cikgu ada sekali tu ajar tentang simbol, tulisan isyarat Mesir, yang hanya difahami oleh sesetengah orang sahaja. Ingat lagi. Ada gambar helang, ular, mata. Lepas kelas tu, kipem dan kawan-kawan rapat buat la kod tulisan sendiri. Setiap seorang reka, dan buat dalam 4, 5 salinan, beri pada kawan supaya nanti dia boleh rujuk bila nak tukar kod kepada tulisan roman.
Masa masuk kelas kajian tempatan(subjek yang diajar guru disiplin lelaki garang. Tapi sebenarnya dengan kelas kami dia tak garang, dan dia sangat baik dengan pelajar perempuan kelas kami dan ramai yang digelar sebagai isteri dia. Dia yang gelar. ), kipem sibuk menulis surat untuk diberi pada akak yang tak sama sekolah rendah dengan kipem, tapi sekolah agama sama. Kipem kan jahat waktu tu, kipem tulis tentang kawan kelas sekolah rendah, mengadu la konon.
Cikgu KT: “Nadzirah(cikgu sekolah rendah sebut betul^^), awak buat apa tu?” mana cikgu tak tanya, kipem duduk betul-betul bertentangan dengan dia tapi jauh sikit kat belakang. Dia tengah mengajar yang kita ni tengah sibuk menulis, sedangkan dia tak ajar menggunakan buku atau suruh salin nota pun.
Kipem: terus letak pensil dan tutup kertas dengan tangan. “Tak ada apa-apalah.”
Cikgu KT pun sambung mengajar. Dan kipem pun sambung tulis kod dengan sangat bersungguh-sungguh.
Cikgu KT mengulang pertanyaan sama dengan muka nak tahu dan kipem beri jawapan sama.
Cikgu KT: “cuba bagi kertas tu kat saya meh saya tengok.” Kipem pun hulur pada kawan, dan sampai ke tangan cikgu. Kipem tenang je ketika tu sebab cikgu memang takkan faham punya. Dalam hati gelak-gelak je. Kikiki
Cikgu KT: “eh, bahasa apa ni?” Sambil terbalikkan kertas cuba membaca dari pelbagai sudut.
Kipem:hehehe(dalam hati)
Tiba-tiba:
“cikgu, saya ada rujukan abc kod rahsia tu.”kawan kipem menawarkan untuk bagi kertas rujukan yang kipem beri pada dia sebelum tu.
Waktu tu, jantung kipem berdegup dengan lajunya. Mana taknya, kipem bercerita tentang kawan yang ada dalam kelas tu dalam surat tersebut.
Dupdapdupdap……………………..
Satu persatu huruf cikgu rungkaikan.
Cikgu KT : “k a k a i n, n a k t a u t a k, t a d i k a n, s a y a…”
Tak boleh jadi ni, kipem harus buat sesuatu, nanti tak pasal-pasal kawan yang kipem maksudkan dalam surat tu kecil hati kipem cerita buruk tentang dia. Kipem tengok kiri kanan. Hah, Ada tong sampah!
Kipem terus pergi depan kat cikgu, rampas kertas tu dari tangan cikgu, koyak-koyak jadi kecil dan buang dalam tong sampah. Fuh, cikgu tak sempat baca. Semua orang tergamam termasuk cikgu garang tu.
Kipem dah cuak dah. “Alamak cikgu ni pernah tampar anak orang, camne ni? Nanti aku pun kena ke?” dalam hati bermonolog sendirian.
Kemudian cikgu tu menambah. “Nadzirah tulis, kak ain, nak tau tak, tadi kan, saya dating dengan izzudin dekat bawah pokok tauge”
Satu kelas gelak besar.
Dalam hati kipem lega sebab cikgu tak marah, dan dia tak sempat baca. Tapi terkilan juga ada ke gosipkan kipem dengan izzudin yang nerd sangat tu. Tak apalah, tak kisah pun, yang penting tak terbongkar.
Kesimpulan: jangan mengumpat walau dengan apa cara sekalipun!


panjang lebar crte dia tpi xpe kesimpulan yang menarik..haa..jgn duk ngumpat2~.hee..:)
heee...baik~!
hahaha...nice2. kelakar2 tp ade point.
Nadzirah.. cikgu nak kad kawen !!!
FarahLee
saya pun agak macamtu bila dah fikir balik rumah...tapi macam terperasan sendiri pula kan kalau fikir camtu sorang2...heee
comelllllllllllllnya kawan siapa lah niee :)
-rye-
hee..kawan dia lagi comel kot. =)