bismillahirahmanirrahim
kipem dah terjemah bahasa malaysia sebab kipem lagi suka baca artikel yang panjang dalam bahasa malaysia berbanding bahasa lainㅋㅋ
jom kita cuba resipi ni kawan-kawan!~
1. Mesti ada “yakin” semasa berdoa. 100% yakin yang Allah dengar doa kita dan dia akan makbulkan doa tersebut. YAQIN~
2. Rendahkan dan hinakan diri kita dihadapanNya.
-cakap yang kita ni lemah, tidak berdaya tanpa kuasaNya. Kita bukan siapa-siapa dan bukan apa-apa tanpaNya. Segalanya bergantung padaNya. Kita tak mampu buat apa pun tanpa keizinanNya. Rendahkan diri serendah yang mungkin. Pasrah dan serahkan diri kita kepada Allah…
3. Ambil kesempatan pada masa-masa istimewa berdoa contohnya:
l Ketika hujan
l Musafir (dengan TUJUAN yang baik dan TAK lakukan maksiat dan perkara haram di perjalanan)
l Sujud
l Di antara selepas membaca surah al-fatihah dan sebelum membaca surah pilihan.
l Sebelum mengucapkan salam ketika solat
l Antara azan hingga sebelum iqamah
l Doa ibu bapa kepada anak-anaknya. Minta mak ayah kita doakan kita banyak–banyak.(hadiah paling best daripada mak ayah-doa)
l Semasa berpuasa(terutama sebelum berbuka puasa)
l Hari Arafah
l 10 hari pertama Dzul Hijjah
l 10 hari terakhir Ramadhan
l Lailatul Qadr
l 2/3 SETIAP malam(dalam 2-3 jam sebelum subuh)
l Semasa tentera perang nak bertembung dengan musuh
4. Angkat tangan semasa berdoa. Kita kena jaga etika dan adab kita semasa meminta. Tak kisah la semasa meminta kepada ibu bapa, guru, keluarga, sahabat apatah lagi kepada TUHAN kita.
5. Jangan teragak-agak bersedekah. Bersedekahlah banyak-banyak-banyak.
6. Berwudu’. Kekalkanlah wudu’ kita selalu bukan setakat semasa hendak solat tapi sentiasa dalam keadaan suci^^
7. Menghadap kiblat. Ini pun etika dan adab=)
8. Mulakan dengan memuji Allah, mengucapkan syukur kepadaNya. Dan guna nama-nama Allah. Bukan hanya tahu dan hafaz nama-nama Allah. Tapi cuba beramal dengan nama-nama tu. Contoh: Al-wahhab(Maha Pemurah). Kita takkan dapat jadi sepemurah Allah tapi cubalah untuk mudah memberi. Allah suka orang yang tak kedekut…
9. Berselawat kepada nabi saw. selawat+doa+selawat. Semasa kita doakan kesejahteraan nabi Muhammad, rasulullah tahu dan dia pun akan doakan kita. Bayangkan kekasih Allah doakan kita! Doa kekasih mestilah yakin dan pasti akan dimakbulkan kan kan?
10. Istighfar BANYAK-BANYAK-BANYAK. Astaghfirullah~ Aku meminta keampunan dari Allah~ di mana saja anda berada(kecuali tandas la kan) dan bila-bila masa saja(tunggu bas, keretapi, waktu rehat dalam kelas, dalam lif, turun tangga, depan computer, buat kerja sekolah) anywhere, anytime!
11. Berdoalah! Mintalah apa sahaja yang kita inginkan, ASALKAN bukan doa yang haram (contoh: nak benda tak baik atau doa untuk menganiaya orang)
12. U.L.A.N.G bukan U.D.A.N.G(ada kisah disebalik ni=p). Ulang doa kita sebanyak yang mungkin, sepaanjang masa
13. Pastikan kita tidak terlibat dengan perkara haram yang memungkinkan doa kita terhalang daripada dimakbulkan oleh Allah
14. Dan pastikan kita sebut, jika ianya baik untukku. Di akhir doa kita.
Selamat berdoa!
*kipem nak pergi berdoa supaya Allah bagi rezeki makan cheesecake![to be spesific homemade soufle cheesecake]*
nyum nyum!


thanks for the sharing^^
nyum nyum...chesecake tu cm sedap je...bila nk masak utk saya ni nad?heeheh~~~~
saya nak berdoa supaya cis kek ni ada lagi time saya melawat rumah awak sabtu ni. hikhik..
Nadzipah
aah sedap sedap^^(sebab resipi dia memang sedap)
boleh je masak untuk awak~ betul ni...bagitahu bila awak nak datang insyaAllah saya buatkan=)
FarahLee
farah....kek ni saya ambil gambar dah lama dah..baru je upload=( mian...다음엔 케이크를 만들면 연락할게!