Bismillahirahmanirrahim
Kini, kipem telah berhijrah ke tempat baru. Berada dalam suasana baru amat mengujakan. Memang tidak dinafikan, letih dan banyak kerja bila dah berhijrah tapi hakikatnya letih itu yang membuatkan tidur 4-5 jam sungguh lena dan segar badan bila bangun untuk mulakan hari baru. Banyak kerja itu yang membuatkan kipem lebih mengutamakan perkara yang PERLU dibuat berbanding yang INGIN dibuat.(tiada siapa yang tanya perkembangan diri anda sila berhenti)
Apa yang ingin dikongsikan ada kaitan dengan muqadimah tadi. Masuk sem baru, bererti perlu mendaftar subjek. Seperti kata salah seorang senior, pendaftaran subjek bererti peperangan. Ya, memang benar, kipem hampir tewas dalam peperangan itu.
Di universiti tempat kipem belajar, maksimum jam kredit yang boleh didaftar setiap sem adalah 19. (tapi boleh ambil lebih 19 untuk kes-kes tertentu) Kipem berazam untuk ambil 18 jam kredit kali ini. Subjek-subjek dipilih dan bermula waktu mendaftar, jari gigih menekan tetikus. Alhamdulillah semua berjalan lancar kecuali untuk 1 subjek.
Sepanjang minggu kedua pendaftaran, subjek tersebut penuh. Harapan kipem hanya terhadap subjek itu kerana waktu tersebut sahaja yang padan dengan jadual kelas. Subjek lain bertindih dengan jadual waktu lain. Tarikh tutup pendaftaran adalah hari selasa, 12.00 tengah hari. Kelas yang ingin didaftar juga bermula selasa, 10.30 pagi. Dengan penuh kecekalan, proses percubaan berterusan pada hingga 1~2 pagi selasa.
“Mungkin budak korea tak tidur lagi kot. Cuba esok pagi lah”, pujuk hati. Kipem pun kunci jam pukul 4.00pagi untuk teruskan proses mencuba.
Pagi itu(rasa tak bangun pukul 4, pukul 5 rasanya kipem terbangun), terus bangun, buka komputer dan terus mengklik sambil membuat persiapan untuk solat subuh bersama rakan-rakan.
Usai solat dan mathurat, percubaan diteruskan hingga pukul 8 pagi. Jam hampir menunjukkan pukul 9. Hati ini hanya Allah yang tahu. Bertambah gundah gelana bila rakan kipem berjaya mendaftar subjek itu sejak malam semalam. Sedangan kipem yang ajak dia mendaftar kelas itu walhal dia tidaklah begitu beria nak ambil subjek itu(kerana dia ada pilihan lain).
Solat dhuha kejap lah.
…….
Usai solat, seperti biasa ke meja computer dan cuba mengklik dengan persiapan mental redha dengan ketentuan ilahi.
Klik..(baca-sekali klik sahaja)
“eh, biar betul”, sambil menggosok mata yang tidak gatal(tak gosok pun, mata buka besar2 je).
“Kenapa, apa yang terjadi?”, tanya rakan serumah kipem.
Alhamdulillah, tak percaya yang Allah kabulkan permintaan kipem. Dalam solat dhuha tadi, kipem mohon agar kipem dapat daftar subjek tersebut. Kipem sebutkan secara spesifik, nama dan kod subjek dalam doa kipem.
Alhamdulillah~
“Ada orang sibuk buat overtime berjam-jam untuk dapat rezeki lebih tapi, abaikan solat sunat dhuha yang beberapa minit tu”. Kata-kata ini pernah kipem dengari dari seorang sahabat.
Tepat sekali. Kita hanya percaya rezeki akan bertambah dengan OT yang kita buat, sedangkan solat sunat yang penuh dengan bermacam kelebihan, kita tak amalkan.
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Solat sunat dhuha boleh dilakukan lebih kurang 20 minit selepas terbit matahari hingga sebelum masuk waktu solat zuhur.
Sebelum ni kipem ingat kalau lepas pukul 11 pagi tu tak boleh buat dah rupa-rupanya sebelum masuk zuhur tu kita masih boleh lakukan.
Cara nak laksanakan?
Seperti solat sunat yang lain juga. cuma pastikan niat solat sunat dhuha, bukan solat maghrib.
sebenarnya bacaan dalam solat ni sesuatu yang subjektif, tak ada silibus pun jadi jangan takut untuk baca mana-mana surah-surah pilihan dalam quran.
(cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim))
(cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim))
Lepas, solat, bolehlah baca doa ini(disarankan):
" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.
Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
Sama-samalah kita amalkan solat sunat witir dan solat sunat dhuha rakan2~
kipem: waiting...~



salam. best ukhi.! memang betul, haritu sy lupa letak passport kat mana. puas cari siap nak nanges rasa pastu benti jap solat dhuha. lepas doa je terus dpt ilham sorok passport kat mana. alhamdulillah..
waalaikumsalam..haah macam tahu je kehilangan passport ukhti tu. Alhamdulillah Allah maha berkuasa atas sesuatu. Moga kita mujahadah!