Bismillahirahmanirrahim.
Sungguh lama saya mengenepikan blog ini. Dalam
tempoh itu pelbagai perkara telah dilalui dan banyak pengajaran telah
dipelajari oleh diri ini. Apabila saya tidak menulis, tahulah bahawa saya
kurang membaca. Allah, sungguh lemah diri ini hanyut dengan laman hubungan sosial.
Mungkin, ada yang beranggapan, di situ kita boleh sampaikan dakwah, malah
konsisten untuk berkongsi dan menyebar dakwah saban hari dan ada yang lebih
kerap. Saya sama sekali tidak meletakkan ianya sebagai satu perkara yang salah.
Sudah pasti ianya salah satu medium yang kita boleh gunakan dan bermanfaat jika
kita pandai menggunakannya sebaiknya. Cuma saya ingin mengajak kita berfikir
sejenak, adakah benar bahawa niat utama kita melayari laman terbabit untuk
mentarbiyah diri kita? Berjaya dan berkesankah dengan cara itu lalu menjadikan
kita lebih bersemangat berjuang dan berdakwah?
InsyaAllah, dengan izin Allah diri ini
ingin berubah menjadi lebih matang. Tak mahu lagi bersikap kebudak-budakan.
Matang dari sudut peribadi dan tarbiyah. Isu dan buah bicara juga harus
berkisar hal umat. Tak mahu lagi seperti yang sebelum ini. Sempena titik
perubahan saya, ingin saya kongsikan bersama sebuah nasyid atau syair arab yang
begitu terkesan di hati. Moga saja bait kata-kata ini menjadi impian dan
cita-cita saya, dan juga kalian.
(Pencapaian terbaru. Saya dah tahu bagaimana nak post video. )
لا تسألوني عن
حياتي Jangan
tanyakan aku tentang hidupku
فهي أسرار الحياة Ia adalah rahsia kehidupan
هي منحة هي محنة Ia adalah anugerah, ia adalah ujian
هي عالم من أمنيات Ia adalah dunia yang penuh cita-cita
قد بعتها لله ثم مضيت في ركب الهداة Aku telah menjualnya kepada Allah. Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk
أما طريقي فهو قرآن وسيف وابتلاء Jalan hidupku adalah Al-Quran dan ujian
الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء Allah telah memberkatinya dan para Nabi telah mendahuluinya
و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء Para syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya
أما مصيري فهو مايرضي الإله وما يريد Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
الفوز بالنصر المبين أو الشهادة والخلود Keuntungan dengan kemenangan yang nyata, atau kesyahidan dan keabadian
فإذا وجدت على الثرى والعمر محدود الحدود Jika engkau telah berada di bumi dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas
فكن البطولة والهداية أو فيا بئس الوجود Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk, jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu.

| Masjid Imam Shafie, Kaherah. Di atas kubah terdapat lambang bentuk kapal memceritakan peribadi imam Shafie yang suka belayar mencari ilmu. |
"Allahumma bariklana fi Rajabi wa Sya'ban, Wa balighna Ramadhan, wa balighna Ramadhan, Wa balighna Ramadhan"
"Ya Allah, berkati kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikan kami pada Ramadhan"
Ayuh beramal!

0 ulasan on "Jangan tanyakan tentang hidupku"
Catat Ulasan