Ramadhan mubarak..
Ramadhan kali ini berbeza bagiku.
Diberi peluang bermusafir ke bumi di mana Allah menunjukkan tanda KekuasaanNya
untuk menjadi peringatan buat seluruh umat dunia.
NAD-Bandung-Jakarta
Ahli jaulah berkesempatan singgah ke
sebuah toko buku yang wajib disinggah oleh ikhwah akhawat yang mendokong
risalah dakwah dan tarbiyah. Walau toko tersebut tidak sebesar ma’rad kutub
yang dilawati awal tahun lalu, tapi disitu terkumpul kitab-kitab tarbiyah yang
wajib dimiliki. Lebih menyeronokkan, ianya hasil terjemahan ilmuan Indonesia.
Insan yang tidak memahami arab seperti saya dapat memborong banyak buku di
situ (Di ma’rad kutub banyak tengok-tengok saja kerana tak faham kitab arab)
kerana dicetak dalam bahasa serumpun, Bahasa Indonesia.
Terletak antara Jati Nagor dan
Bandung, Mufti nama toko tersebut.
Saya dan sahabat sempat membuat kad ahli
kerana potongan harga yang diberikan sangat lumayan. Kad perniagaan ikhwah
pemilik kedai dihulurkan kepada saya, tertera gelaran Ir. dihadapan namanya.
Subhanallah, Allahuakbar.
Hati girang gembira menarik satu
semi satu buku dari rak buku, namun kerisauan melanda bila melihat timbunan
buku. Mana tidaknya, bagaimana mahu membawa pulang terbang ke Malaysia. Muatan
ada hadnya.
Alhamdulillah tidak ada sebarang
masalah dalam timbangan berat beg kami. Thummal hamdulillah.
Dalam menelusuri bait patah
perkataan buku yang sedang dibaca, sangat tertarik untuk berkongsi satu
bahagian, berkaitan huraian tentang visi.
“Penggambaran lima orang pekerja
bangunan yang tengah bekerja membuat masjid sering menjadi contoh tepat dalam
memahami urgensi visi. Ketika ditanya tentang “Apa yang anda kerjakan di sini?”
orang pertama menjawab, “Seperti yang anda lihat. Saya mencampur berbagai bahan
bangunan.” Orang kedua menjawab, “Saya bekerja mencari uang di sini.” Orang
ketiga menjawab, ”Saya menyusun batu agar menjadi dinding.” Orang keempat
menjawab, “ Saya bekerja membuat sebuah masjid.” Sedangkan orang kelima
menjawab, “ Saya tengah membangun peradaban.”
Begitulah dalam dakwah dan tarbiyah.
Bilamana visi yang diletakkan meluas, tinggi dan berwawasan, pasti akan lebih
bersemangat dalam melakukan kerja. Tatkala sedang mencantumkan batu bata hingga
menjadi masjid, akan terbayang sebuah masyarakat pendukung syariat Islam,
bermula dari masjid.
Kipem : sedang membangun peradaban. 멋진 비젼이다.


1 ulasan on "Cerita Ramadhan"
Catat Ulasan