bismillahirrahmanirrahim..
(rasa bersalah pula nak teruskan)
cerita tentang makanan lagi(mengeluh). saya rasa nak kongsikan di sini sebab baru-baru ni saya diberikan nikmat makan oleh Allah dan saya bersyukur sangat padanya kerana beri saya peluang merasa semua itu.
jumaat-
kepala sangat serabut hari itu. selepas periksa, rasa tak bermaya, letih sangat. kawan ajak pergi myeong dong, tapi saya tak nak ikut. lepas solat di rumah aina, dia pula ajak keluar. dah cakap dah pada fad tak nak ikut, tapi akhirnya ikut juga. kalau tak ikut, mungkin saya masih belum dapat selera saya lagi sampai hari ini. fad belanja makanan kegemaran saya kat korea ni- haemultokchim. saya memang gilakan benda ini^^. cawangan myoeng dong(dah tutup) terbaik tapi sekarang makan di hongdae pula.
sabtu-
ini terbaik. makan mahal, sesuatu yang baru, dan paling menarik tak keluarkan duit dari poket sendiri. =D nama makanan tu 회(ikan mentah) dan 꽝매기(ikan mentah juga dan cara makan macam 삼겹살). tak tahu pun makanan ini mahal sehinggalah mendengar perbualan rakan sekelas
A: 아...회 먹고싶다.argh..rasa nak makan hwe.
B: 나는 별로. 먹어 본 적이 없었어. 몇번 밖에 못 먹어. 비싸잖아.
aku biasa-biasa je. tak pernah makan pun. berapa kali je pernah. kan mahal.
C: 롯떼마트 가서 7000원짜리 사 먹어. ㅋㅋ
gi lotte mart beli la yang harga 7000won tu, makan. hehe
wah, baru tersedar yang 회 tu mahal. alhamdulillah, bersyukur padaNya. di saat diduga sebegini, diberikannya sesuatu untuk memujuk hati ini. berat sebenarnya untuk saya tempuhi, tapi Allah sayang saya (ya, Dia sayang^^), dia beri kawan-kawan yang gembirakan hati saya saat berduka, yang ingatkan saya saat terleka, yang peluk saya erat saat diri ini lemah memerlukan semangat kalian. Dia beri kakak yang percaya saya tak seperti orang lain, yang saya mampu harungi badai ini(melalut pulaㅜㅜ).
petang kami ke myoeng dong, cuba waffle di sana(tak tahu nama kedai). agak mahal juga. sekeping waffle, 3 gelas air, 2 keping roti berharga 39,900won atau lebih kurang rm120. fuh...bersyukur lagi, kerana bukan duit sendiri^^ asyik dibelanja saja. terima kasih ya rabbi.
ahad-
malam ini ada grand annual ppmk. makan sedap lagi. kali ini saya tak ambil tahu namanya, makan saja. =p ada makanan jepun dan korea rasanya. makan makan juga, tapi fikiran melayang entah ke mana.ㅠㅠ
isnin-
jalan-jalan ke idae. pukul 9.30malam jumpa lee sun mi sonsaengnim dan dia belanja makan. 콩불고기(nama saja ada daging tapi sotong) kedai makan itu pemiliknya seorang pengacara di sbs?, kami tak teruja pun jumpa dia. lepas balik rumah dan cari di naver, baru teruja.
waffle
nak cerita tentang waffle sedikit memandangkan saya sudah menggilai waffle selepas haemultokchim. waffle di sini sedap, kalau di beans bins, ada kacang walnut di dalam waffle, suka sangat! tak sabar rasanya hari ini nak ke myoeng dong, cuba waffle beans bins di cawangan sana pula(rasa sama saja sebenarnya). ada kawan di malaysia yang saya nak belanja waffle di sini kalau dia datang. dia suka waffle juga^^
ini gambar 회(hwe).untuk pengetahuan gambar ini bukan diambil oleh kami, hanya cari di naver, sebab tu ada air tu. saya tak minum. =)
waffle beans bins(makan tahun lepas masa 5 geb)
ini waffle di myeong dong. siap dapat 3 potong kek percuma^^
kesimpulan:
saya hanya nak menghargai betapa besar nikmatNya yang diberi. mudah-mudahan tak lupa yang saya pernah kecapi semua ini. jangan merungut sedih, mengeluh pilu ya kipem! awak kuat semangat. ingat prinsip~