Jumaat, 6 Ogos 2010

Solat sebagai benteng

Dicatat oleh kipem19 di 11:01 PTG 0 ulasan
Semasa Umar Al-Khattab r.a. menjadi khalifah, beliau telah mengeluarkan satu pengisytiharan kepada sekalian pegawai dalam kerajaannya iaitu:

"Aku melihat solat sebagai satu kewajipan yang paling utama. Seseorang yang memberi penuh perhatian pada solatnya, InsyaAllah akan menjaga suruhan agama yang lain. Tetapi jika dia meninggalkan solat, dengan mudah dia akan meninggalkan suruhan Allah dan agama yang lain."

Rabu, 7 Julai 2010

cabaran masa akan datang

Dicatat oleh kipem19 di 1:05 PG 2 ulasan
bismillahirrahmanirrahim

kepulangan kipem ke malaysia membawa seribu erti kepayahan pengajaran. terasa betapa kerdilnya diri ini dalam bidang dakwah apabila tanggungjawab yang dipikul selama ini selain hamba yang Esa, hanyalah musafir yang menceduk ilmu di perantauan. itupun sudah banyak keluhan eh ah uh akibat pertembungan jadual, keletihan kerana tak boleh tidur awal seperti biasa kerana ada perjumpaan di alam maya, banyak habiskan duit, tenaga dan itu, dan ini. bila pulang ke tanah air baru tersedar di dunia ini terlalu banyak tanggungjawab yang akan dipikul kipem di masa akan datang. mampukah kipem terus thabat(tabah)? harapan moga hingga saat nyawa terpisah daripada jasad dikekalkan di jalan ini. walau sesekali mengeluh tapi tak mampu dibayangkan apa akan jadi pada diri kerdil jika di hadapan mata ini tiada jalan, tapi hanya satu padang luas tanpa arah tuju yang terbentang. dengan kerja yang bakal di jawat, tanggungjawab dengan keluarga(ibu ayah adik-adik), masa dengan rakan dan mad'u, penyakit yang hanya muncul bila di malaysia. kena persiapkan mental dan fizikal daripada sekarang ni. dan sentiasa beri motivasi pada diri sendiri. kipem boleh!!insyaAllah~

artikel ini diterbitkan kerana tadi semasa menqada' bacaan email yang baru ingin membukit, dugaannya rabbi besar sungguh. baca email tanpa balas satu pun, mengambil masa 2 jam 30 minit. adik kecil masa itulah dia nak cekik kita, pijak, gigit, nak tarik mouse, nak tekan keyboard. kini baru boleh menaip dengan aman bila dia dah masuk bilik tidur. saat itu terbayangkan ikhwah akhwat yang dah ada anak. besarnya tanggungjawab dan perngorbanan antum...

surah at-taubah ayat 111-112 sangat menyentuh hati~

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.

Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman.

kipem: adik saya budak baik.

Isnin, 21 Jun 2010

to beloved girls out there

Dicatat oleh kipem19 di 12:45 PG 3 ulasan
Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah khamis minggu lepas semua peperiksaan semester 2 untuk tahun dua telah berkhir secara rasmi. Tahun dua sangat menggembirakan kipem kerana Allah telah kurniakan 3 teman perempuan dalam kelas yang sangat baik hati dan peramah(sebab dah tukar kelas selepas puas memujuk sonsaengnim di kaunter kigaesolgae, buat muka sedih nak nangis dan jasa Ann sonsaengnim yang kasihan tengok muka saya agaknya). Kalau sebelum ini setiap kali ingin ke kelas rasa susah hati sahaja tapi untuk semester ini agak kurang tekanan. Kerana kalau kipem tak tahu buat litar, atau tak faham apa-apa, saya tanya mereka dan mereka akan jelaskan terutama si comel 김예은. Kalau mereka tak faham mereka panggil saja sesiapa untuk ajarkan saya. ^^ Tak lupa juga pelajar Malaysia yang sekelas dengan saya yang banyak membantu dari segi pelajaran.

*selingan sahaja tadi tu~

Kali ini ingin kongsikan di “rumah” ini, tentang hikmah menutup aurat dengan sempurna. Ya, tahu saya pun masih belum sempurna (mudah-mudahan makin hari makin ke arah itu) tapi nak cerita kisah benar ini. Walaupun seperti membuka aib (cerita masa zaman jahil yang tak dulu sangat) tapi mudah-mudahan diambil iktibar dan menjadi ingatan buat diri yang hina ini dan rakan muslimah yang saya sangat cinta. Sama sekali saya tidak menyindir mana-mana pihak kerana fokus atau watak utama(주인공)cerita ini adalah saya jadi jangan fikir watak sampingan itu siapa, umur berapa dan sebagainya. Fokus pada saya sahaja. =)

Kisahnya begini, saya-kipem, terus terang katakan bukanlah baik, alim, juru(ikut bahasa fatin=P). Masa sekolah menengah dahulu pakaian biasa-biasa sahaja. Mungkin pada ketika itu, saya rasa sepertinya saya dah tutup aurat, pakai tudung tapi sebenarnya pakai baju t-shirt biasa dan walaupun tahu tak tutup aurat sempurna tapi entahlah, mungkin kerana suasana sekeliling saya sama saja dengan saya dan belum sampai masa saya dibukakan mata hati olehNya.

Waktu itu, kalau keluar di Malaysia, selalulah dikacau oleh lelaki. Kacau macam di(taktahu dalam bahasa malaysia) yang lelaki buat bunyi itu, apatah orang panggil. Waktu itu saya rasa memang itu perkara biasa. Maksud saya, saya tidaklah melayan apatah lagi memandang, sakit dan panas hati adalah tapi buat-buat tak tahu sahajalah kerana saya pasti mereka bukanlah serius dan mungkin itu memang aktiviti mereka yang tiada kerja, suka duduk tepi jalan sambil tengok orang lalu lalang. Saya sangat tak suka aktiviti mereka. Rasa nak marah dan suruh balik rumah tolong mak kan lagi bagus *selingan.
Kemudian dengan kehendak Allah sedikit demi sedikit diri mula berubah dari segi pemakaian tapi jujurnya saya tak rasa perubahan besar dalam diri ini. Saya tetap insan yang melihat persekitaran yang sama tetapi rupanya persekitaran tidak memandang saya sama seperti dahulu.

Kisahnya semasa pulang cuti musim panas tahun lepas(2009), saya ke Jalan TAR(rasanya) dengan dua muslimah. Bukanlah ingin menilai atau membeza-bezakan tapi ingin jelaskan situasi yang mereka pakai lebih kurang sama macam saya yang dahulu. Memakai tudung. Kemudian kami melintasi orang ramai dan beberapa orang lelaki yang mengedarkan risalah. Dan seperti biasa dikacau dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Waktu itu saya rasa nak marahlah(dalam hati) macam biasa kan, kemudian salah seorang daripada mereka berkata kepada kami “lawanye beeeg…” dengan nada yang menggoda(sila muntah sekarang juga ). Lagilah panas darah saya yang memang sedang panas jalan waktu tengah hari buta.
Selepas melintasi mereka salah seorang daripada kami mengadu, tangannya telah dipegang oleh lelaki yang saya tak tahu yang mana satu. Saya sangat pelik sebab muslimah itu tenang saja melintasi mereka, dan cerita lepas dah beredar sebab kalau saya mungkin dah hilang kesabaran kalau dah sampai berani pegang. Kat situ juga saya jerit agaknya.

Serta merta saya sedar, saya yakin yang kata-kata (lawanye beeeg) tadi itu sama sekali bukan untuk saya.

 Sebabnya saya tak bawa beg! ㅋㅋㅋ Mereka tidak memandang saya, tidak mengacau saya, dan tidak tujukan kata-kata menggelikan tekak itu kepada saya. Apa yang membezakan saya dengan mereka hingga saya dilayan sebegitu rupa tidak dilayan. Saya lihat diri saya waktu itu dalam keadaan bingung (dalam hati fikir tak lawa ke diri ini..iskisk).
Rupanya bukan sebab rupa (mana kipem tahu?? Teka je la kan, usnuzon kat diri sendiri yang saya tak buruk pun…ala rupa tak penting kan kan), tapi sebab waktu itu saya yang berbaju kurung, dikepit saudari berseluar jeans.

True story

Sekali lagi, saya bukan mahu mengata sesiapa  dan saya bukan nak maksudkan saya paling baik antara mereka. Tidak sama sekali(tolong jangan fikir seperti ini…)

Sekadar ingin menyedarkan diri sendiri dan muslimah diluar sana, jika kita menjaga maruah diri ini sebagai muslimah yang sebenar-benarnya dengan menutup aurat sempurna seperti kehendak syarak, insyaAllah yang di atas sana akan jaga kita daripada perkara munkar! Jangan fikir jika dikacau ditepi jalan kerana rupa kita yang diberikan Allah itu cantik melebihi orang lain, kita panas(hot) daripada orang lain, kita jadi tumpuan tapi fikirlah apa yang membuatkan mereka(kaum adam) sampai berani melontarkan kata-kata begitu, adakah terlalu murah diri ini di mata mereka? Tidakkah diri kita dapat membuatkan mereka merasa malu untuk berbuat perkara tak baik kepada kita?

Renungkan dan ayuh mula berubah hanya keranaNya~~

p/s: kerana dirimu begitu berharga =)

~sangat suka gambar ini(서울대공원.어리니날) kalau boleh edit warna gambar mesti cantik^^~

Jumaat, 4 Jun 2010

어머니 묘에 이불덮는 효자 (anak lelaki taat yang selimutkan kubur ibu)

Dicatat oleh kipem19 di 6:21 PTG 4 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

Kipem baru saja tengok video yang sangat menyentuh hati. Tentang ibu, mak, umi, omma. Selama ini saya ambil mudah agaknya. Tak muhasabah pun bagaimana dah layan mak. Ye la, kita tahu tak boleh melawan mak, kena patuh cakap mak selagi tak bertentangan dengan Islam, semua tu cuba ikut sedaya upaya(tapi masih juga….ㅠㅠ). Lepas tengok video tadi, terdetik di hati tugas sebagai seorang anak bukan itu sahaja. Apa lagi?

……………….(fikir, fikir, fikir)

Tugas seorang anak untuk mengembirakan ibunya, tunjukkan kasih sayang pada ibu kita.
Kenapa ya susah sangat nak cakap “sayang mak, rindu mak”?(ini soalan kipem betul-betul ni. Memang tak tahu jawapan)
Kalau nak sebut, tak boleh cakap depan-depan, sebab lepas cakap mesti nangis teruk-teruk. Kenapa perlu sedih sangat ya nak cakap perkataan yang mampu gembirakan ibu kita?(tak faahaaammT.T)

Ok lah mari kita tengok dulu video ya~

Pelik tak? Pakcik Atuk berusia 70 tahun, melawat kubur ibunya 2 kali sehari dan pada hari hujan atau salji lebih kerap dia datang. Tengok macammana dia layan ibu dia yang telah tiada, sedangkan kita yang hidup ini, ada ke layan ibu kita kita yang hidup seperti itu? Waktu ibunya hidup pergi kerja pun bawa. Ya Allah betapa kasihnya anak dan ibu ini. Tengok betapa mesranya dia dan ibunya dalam video rakaman. Dia layan mak dia macam puteri tapi dia tetap kata menyesal sebab tak dapat nak layan mak dia dengan baik. Sedangkan dia bukanlah beragama Islam. Agama kita tuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa tapi apa yang kita dah buat? Sakitkan hati ibu kita sepanjang masa.

46(Al-Ahqaf):15

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menangggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata : Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu)

Sebenarnya definisi ibu itu bukan setakat insan yang melahirkan kita sahaja. Semua wanita yang dah melahirkan anak adalah ibu. Saya rasa lepas ini perlu hargai semua ibu yang ada di dunia ini. Saya nak layan baik ibu kepada ibu bapa saya. Sebab merekalah adanya ibu bapa saya dan adanya saya. Dan akhirnya segala pujian dan syukur kembali kepada Allah kerana Dialah yang mengurniakan semua ini pada kita.

앞으로 제가 엄마한테 정말로 잘 해 드릴게요.

저 때문에 울지 마시고 웃는 모습만 보일 수 있게 노력할거예요.

평생 효녀 될수 있으면 좋겠다...

rindu mak~~

misteri tak mak kipem?(padahal takde orang gunggem punㅋ)

Wallahualam

kipem: siapa tengok video tadi nangis angkat tangan!

maaf mak sebab saya tak reti nak buat video yang terharu dan tak secumel budak ini . tapi perasaan saya sama macam dia. love you~

Sabtu, 29 Mei 2010

they left me.

Dicatat oleh kipem19 di 12:16 PG 0 ulasan
Bismillahirahmanirrahim

Recently I’ve been left by two great, wonderful and the most beautiful girls in the world.

Menyakitkan.

Dan terkilan.

Girl 1

Tidakku sangka gadis itu berasal dari bumi kanggaru kerana rupa parasnya persis gadis timur tengah.  Dia akan berada di sini 3 bulan. Dan menjadi guru bahasa inggeris di sebuah pusat pendidikan kanak-kanak muslim. Isnin lalu dia telah meninggalkan bumi sonata. Sedih rasanya hati ini. Mengapa aku tak menggunakan segala kesempatan yang diberiNya? Fasih berutur bahasa melayu. Sepatutnya ku dampinginya selalu, bertukar pendapat dan berkongsi tentang islam dan pengetahuan luas yang diperolehinya. Aku insan yang tergolong dalam golongan yang rugi. Sepatutnya dia menjadi tempat ku menceduk ilmu dunia dan akhirat. Selamat pulang ke pangkuan keluarga. Moga sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Girl 2

Bertambah sayu dan duka pabila salah seorang ahli keluarga 83 kami meninggalkan kami menghadap yang Esa pada hari rabu, 26 Mei 2010 bersamaan 12 Jamadilakhir 1431 Hijrah. Perginya tak kembali lagi. Sekali lagi ku tergolong dalam golongan orang–orang yang rugi pabila insan yang bersama-sama berjuang sepanjang hampir 3 tahun tidak ku damping sewaktu adanya. Beberapa ketika itu sangat singkat, tapi amat bermakna buatku. Dari saat dia dimasukkan ke hospital Guro (성신병원) hinggalah ketika dipindahkan ke hospital (순천향대학교병원). Dia telah meninggalkan ruang yang sangat besar dalam hati 82 ahli keluarga lain dan juga warga pelajar yang menuntut di Korea. Di saat ini begitu terasa kebesaranNya. Siapa yang mampu menahan jika Dia kehendakinya. Ku harap dengan pemergianmu melenyapkan segala derita yang ditanggungmu. Semangat belajar dan ingatan tentangmu sentiasa bersama kami. Akan kami teruskan perjuangan ini. Tabahkan hati rakan-rakan sekalian. Kita berpisah hanya untuk sementara. Redhakan pemergiannya dan jangan sekali-kali alpa dengan peringatan Allah ini kepada kita yang masih hidup di dunia fana. Orang yang sangat dekat dengan kita telah pergi, tak lama lagi kita pasti menyusuli dia. Moga kita senantiasa beringat dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai.

Girl 1: It was such a great moment having you here. I’m looking forward to meet you again, sister.

Girl 2: I really regret I didn’t have even a bite of your cupcake that you kept for me. You know why, dear. Your mother is really nice and loving person. I don’t know how to express deep meaning words (how much I want to know you better, to be the one you can lean on while we are stranded here in Korea) towards you. I know there will be no second chance for me. I’m too late, right? But I believe that eventually we will meet again…there, in Jannah insyaAllah. Ukhwah fillah Abadan abada. Love and miss you sis 

isn't she beautiful? i'll take care of her for you, as she is you....

Ahad, 28 Mac 2010

katakan ya

Dicatat oleh kipem19 di 11:43 PG 2 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim
Satu hari selepas pulang dari satu tempat di mana ilmu berkembang pesat , kawan kipem hulurkan satu risalah mingguan(mungkin) keluaran Universiti Hongik bertajuk “say yes” atau dalam bahasa Malaysia katakan ya.

Katakan ya untuk apa?

 Apabila anda mempunyai peluang atau diajak oleh rakan untuk menyertai kelab baru (seperti kelab menjaga bayi, atau kelab  bahasa korea), untuk mencuba aktiviti baru (bercakap bahasa inggeris bersama kawan korea, ke forum atau aktiviti yang dianjurkan mana-mana persatuan, berkelah, atau mendaki gunung-등산), atau menjelajah tempat baru, katakan ya.  Anda tidak tahu siapa yang bakal anda jumpa, atau apa yang bakal anda lihat, atau apa yang bakal anda pelajari. Jangan halang diri anda daripada memperoleh pengalaman yang mungkin membawa anda mengenali sesuatu yang baru tentang dunia, atau mungkin juga tentang diri anda. Anda tak tahu apa akan jadi jika anda katakan ya. Tapi anda pasti apa akan jadi jika anda kata tidak. Anda akan lakukan perkara yang sama, di tempat yang sama, bersama dengan orang yang sama berkali-kali.  Ianya mungkin  selesa dan menyenangkan, tapi ianya bukanlah cara untuk membangunkan diri anda.

Katakan ya. Ingatlah bahawa tiada siapa yang muhasabah tentang hidup mereka dan berkata “ saya rasa menyesal sebab saya lakukan banyak sangat perkara hebat”. Hiduplah dengan kehidupan yang penuh dengan kisah yang berbaloi diingati.

Sekian^^

lokasi: 명동
둘이 완전 귀엽다.

Isnin, 25 Januari 2010

insadong!

Dicatat oleh kipem19 di 1:42 PG 4 ulasan
bismillahirrahmanirrahim..

setelah sekian lama baru nak terbitkan artikel baru ya kipem?

saya menyepi bukan kerana tiada idea untuk menulis atau tiada masa..
saya tidak menulis kerana saya ada banyak sangat cerita untuk dikongsikan..sangat banyak hingga tak tahu nak tulis yang mana satu^^ saya kena menulis juga sebab saya tidak mempunyai memori yang baik untuk menyimpan setiap kenangan dan pengalaman baru setiap hari yang saya lalui...tak boleh tanguh lagi..

hari ini saya...
1.berjalan-jalan di insadong menaiki kereta untuk pertama kali..
bukan tak pernah naik kereta di korea ini, selalu juga naik teksi..tapi perasaan kali ini sungguh berbeza...
terasa seperti naik kereta abah keluar jalan-jalan di malaysia pula..lebih menarik bila jalan yang saya lalui adalah tempat-tempat yang saya biasa pergi menaiki perkhidmatan awam..명동, 종로, 동대문, 이화대, 광화문...kalau saya ada kereta dan lesen memandu tentu saya boleh ke mana-mana menaiki kereta di seoul.

2.kagum dengan orang korea untuk yang ke berapa kali..
antara dialog mereka

A: kita kena belajar hadith la..sebab hadith banyak kan jadi kita baca sorang satu ye..
B: kalau macam tu awak terjemah hadith tau..
A: saya sorang ke?(yang lain mengangguk)..kalau macam tu bukan nama belajar sama-sama+_+
B: na......(mereka selalu tak dapat sebut nama saya dengan betulㅠㅠ) minggu depan datang belajar hadith tau
kipem: baik~~ sambil mengangguk...(kenapa ajak saya? kamu semua nak belajar dalam bahasa korea, saya tak faham punㅠㅠ)

A: saya pernah baca tentang solat qiam...1/3 malam masa terbaik nak buat qiam..lepas saya tahu tu baru saya tahu saya dah rugi besar sebab tak buat qiam...sejak tu saya bangun buat qiam..
B: masyaAllah~~
kipem: luar senyap dan angguk saja..dalam hati (masyaAllah, subhanallah, dahsyatnya kakak ni, aku pun lama tak bangun qiamㅠㅠ)
B: saya ada dengar tentang seorang atuk kat malaysia ni..isteri dia selalu kejut dia untuk buat qiam..kadang-kadang ada juga masa dia rasa berat nak buat qiam...isteri dia cakap "kalau macam tu saya sorang lah masuk syurga"..serta merta dia bangun =)
A: bagus kan suami isteri bangun sama-sama buat qiam~

selama berada bersama mereka, sayalah yang paling senyap, diam (dan mungkin paling banyak buat muka bosan) maaf ya semua... sedangkan kalau bersama kawan-kawan, sayalah yang teruja bercakap dengan orang korea..
sebab apa saya senyap? sebab kalian bercakap korea dengan sangat hebat(memang la sebab orang korea kan)...maksud saya, yang berbangsa asing seperti saya...saya sering muhasabah diri saya bersama kalian...bagaimana saya mampu bercakap bahasa korea dengan hebat dan semulajadi sepertimana kalian? kena berkahwin dengan lelaki korea jugakah?(oooh tidak, menyimpang jauh ini)

3. telah menerima dengan hati yang terbuka bahawasanya saya layak dipanggil          mak cik, aunty, 이모(tapi bukan 아줌마 ye) =)

ilyas budak baik. sangat baik. budak kecil yang sangat beradab. saya tak kisah jadi mak cik sebab nak jadikan dia anak buah angkat pertama saya(macam dia nak saja)

disamping itu, suka juga respon orang dewasa bila saya beritahu umur saya..
contoh respon-respon mereka...
-kecil lagi rupanya..kesiannya kecil-kecil dah kena duduk jauh..
-tak macam budak korea yang umur sebaya la...korang nampak kecil lagi...macam anak ayam je(병아리 완전 귀엽지?^^ nasib baik tak kata comel macam anak anjing atau ba_._)...(waktu ini kami bertiga)
-you're a baby(yang ini saya paling suka^^,^^,)

gembira=kipem! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal