Isnin, 22 November 2010

nikmat ukhuwah sangat indah

Dicatat oleh kipem19 di 2:46 PG 0 ulasan
Nikmat ukhuwah sangat indah.

Setelah lama tidak berpeluang merasai nikmat ukhuwah, hari ini alhamdulillah Allah beri juga peluang kepada kipem.

Sangat lama.

Terlalu banyak luahan rasa dan kata yang kami kongsikan. Malu pun ada kerana buat pertama kali kipem menceritakan sedikit sejarah hidup kipem kepada kakak M.

Hati yang keras ini, begitu tersentuh dengan perkongsian yang disampaikan kakak S.

Hari ini dalam sejarah

Allah pertemukan kipem yang bukan apa-apa dengan insan yang menetap di bumi yang sangat bertuah dan barakah. Bumi yang menjadi rebutan hingga kini. Mana lagi kalau bukan Palestin.

Kesungguhannya menyampaikan Islam benar-benar menakjubkan. Kepetahannya berbahasa Inggeris membuatkan otakku berfikir sedalamnya. Kakak ni, belajar bahasa Inggeris, kemudian sampaikan dakwah. Begitu juga kak S(dari Mesir) yang menggunakan bahasa Korea sebagai medium untuk menyampaikan dakwah.

Kipem? Belajar bahasa asing, bahasa Inggeris dan bahasa Korea. Apa kipem ada gunakan ilmu tersebut untuk berdakwah? Belajar untuk apa ni? Di mana kipem gunakan bahasa asing kipem?

1.     Untuk lulus periksa dan titik noktah?

2.     Untuk bercakap tentang orang lain di mana orang itu tak faham bahasa yang kita tuturkan?

3.     Untuk mendengar lagu-lagu  yang berlambak di Korea ni? Yang bukan sahaja lagha, tapi boleh menjurus kepada maksiat?

4.     Untuk faham tengok cerita-cerita cinta tanpa sarikata?

Minta sangat dijauhkan daripada sebab-sebab di atas… nauzubillah…

Di mana sebenarnya peranan kipem bila orang makan kimchi ni minta penjelasan tentang Islam?

1.     Hanya senyum? Tanpa ayat yang meyakinkan dan menjawab persoalan hati mereka?

2.     “Ala…diorang tu banyak sangat tanya..biar la diorang tu…saja je…jangan layan je..”

3.     “Tanya dalam bahasa korea mana la saya reti nak jawab. Lepas tu saya diam je la”

Hurm…… Mesti ada silap sesuatu di sini.. di mana tu? Pada diri kipem lah..

1.     Kenapa kipem tak usaha untuk buat skema jawapan pada persoalan yang selalu orang korea tanya ya?

2.     Kalau soalan tu kipem sendiri tak tahu jawapannya, (sebab dapat islam keturunan, selalunya kipem hanya guna konsep kami dengar dan kami patuh. Lain dengan orang korea ni, mereka jelajah sesuatu macam budak kecil nak kenal dunia) kenapa kipem tak berusaha cari jawapan ya?

해야 할 일이 많다는 생각이 들었다. 난 학생인데 공부도 해야 되고 이런것도 해야 되나?

내가?? 다른 사람 아니구? 기계과 학생 말이야? 이슬람에 대한 전공을 공부하는 학생 아니구?

왜 나야? 왜…..?

왜냐하면 ~~~~~~>

l  잔나에서….이슬람에 관련 된 전공을 공부하는 사람들만 들어갈 수 있는 게 아니니까...

l  그들만 잔나 들어가고 싶은 사람이 아니니까…

l  나두 내 인생의 목적이 잔나야.. 노력해야 목표를 달성할 수 있겠지.

잔나는…개으른 사람의 곳이 아니다!!

74 ; 1-2

Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)

Lama sangat dah kipem dalam ibul. Lama sangat dah hidup dalam zon selesa.

Tiada cabaran

tiada kepenatan maksima

tiada kesakitan

tiada kekecewaan

bangkitlah, bangunlah… serta beri peringatan

tapi sebelum beri peringatan kepada orang lain, peringatan tersebut semuanya untuk diri kipem dahulu.

Sebab itu semua persoalan ditujukan kepada kipem sendiri dan bukan “kita”

Pada kalian pula, tukarlah nama kipem dalam persoalan di atas dengan nama spesifik masing-masing^^

wallahualam

Jumaat, 15 Oktober 2010

insan hebat 1

Dicatat oleh kipem19 di 10:12 PG 5 ulasan
bismillahirrahmanirrahim

seronoknya baca blog orang. dakwah di sana sini. sedangkan diri ini tak pandai untuk menyusun kata berdakwah melalui tulisan seperti kalian. tak bererti kerana itu kipem tak layak menulis. kali ini nak kongsikan pertemuan dengan insan hebat dalam hidup yang singkat ini. insyaAllah akan dikeluarkan secara bersiri kerana terlampau ramai insan hebat dan nak simpan kemas-kemas segala kenangan agar menjadi penyubur semangat di kala terleka.

kak ally

seorang cina warganegara Malaysia yang tinggal di Singapura selama 8 tahun. datang ke Korea menunaikan tuntutan kerja. Fikir kipem, tentu sekali dia mampu untuk tinggal di hotel tapi dia memilih untuk mengembara bawa beg galas dan melihat kehidupan warga Korea bukan dari sudut pelancong kelas atasan. Dia tinggal di rumah kawan kipem di Inha. Semasa dia berjumpa dengan kami yang kesemuanya melayu, dia bersusah payah menggunakan bahasa Malaysia yang katanya dah lama tidak dituturkannya. Orangnya sangat merendah diri. Dari segi penampilan dan gaya percakapan anda tak akan dapat menduga dia memiliki syarikat yang sangat besar. Bukanlah kerana memandang rendah kepadanya tapi kalau anda jumpa dengan dia pasti anda akan tahu. Dia berkawan rapat dengan salah seorang pelajar Malaysia di sini. Kata kawannya, rumah kak ally ni kalah rumah perdana menteri Singapura. Balas kak ally, itu bukan rumahnya, tapi rumah maknya. Lama-lama baru tahu rumah tu dia hadiahkan kepada mak dia. Hebatnya kak ally ni~ Terdetik di hati, mampukah kipem membalas jasa mak abah kipem seperti dia? Mahu sangat menjadi anak yang berbakti di dunia dan akhirat. Banyak sangat kipem belajar dengan kak ally. Antara dialog yang kipem ingat adalah(sebab jumpa dia setahun yang lepas kot, banyak dah lupa)

"Saya boleh duduk minum kopi dekat itu kerusi sangat kicik tepi jalan berjam-jam, tengok itu manusia jalan depan saya"

Ketika itu dia cerita tentang pengalaman dia di negara orang. Dia suka melancong untuk tengok budaya sesuatu negara. Melalui cara dia yang tersendiri.

"Saya tak malu kata saya rajin. Sebab memang saya kerja manyak kuat"

"Bila sulah graduate, jangan terus balik. Cari pengalaman dulu dekat luar negara. Kalau u balik terus, apa beza u dengan student yang belajar kdi Malaysia yang baru grad?"

"Kalau mau kerja boleh cari saya, tapi kena metul-metul boleh kerja la. Baru saya berani kasi kerja"

(kepada cik farah kalau ada tambahan dialog dialu-alukan)

kak ally sangatlah berwawasan. Bersemangat sangat lepas jumpa dia. InsyaAllah nak sangat ikut jejak seperti dia. Majulah mukminun di dunia dan akhirat. 

kak ally ni comel sangat. walaupun jumpa kipem sekali saja, dikirimnya buah tangan sebelum dia balik melalui kawan kipem*terharu*

ini adalah sebuah bekas pensel. (masih cuba memujuk diri untuk tidak cemburu kawan dapat warna merah jambu yang jauh lebih comel)bersyukurlah kipem+_+~

kalau diberi kesempatan nak sangat pergi melawat rumah dia yang hebat tu. dia ada ajak juga ke rumahnya kalau ke Singapura. mungkin anda tak rasa kehebatan kak ally melalui cerita busan saya. apa kata lihat sendiri di sini ^^

Selasa, 14 September 2010

alkisah

Dicatat oleh kipem19 di 2:33 PG 7 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

Lama betul kipem tak duduk depan komputer dalam jangka masa lama hingga membenarkan kipem menghantar artikel(tiputiputipu..ampun~)

Banyak sangat perkara yang dilalui sepanjang kehilangan kipem di teratak ini. Pulang ke Malaysia, main dengan adik-adik, lepas rindu dengan mak abah nyai tok tokwan makcik paksu mak usu kak sham kak bila mira apit yang sangat comel, ramadhan yang sangat best(puas hati sangat dan berazam tahun depan nak lagi best!) , ukhwah dengan saudari seislam yang sangat nikmat, tak lupa kawan kecil kipem yang dari kuantan sampai gombak tak berhenti bersembang dan gelak sama-sama(sepanjang perkenalan selama 5 tahun, kami baru berjumpa 4 kali), macam-macam-macam lagi lah!

Dalam banyak banyak banyak cerita kali ini kipem rasa nak kongsikan cerita masa kipem kecil-kecil dulu. Sebab balik kali ini lepas tinggalkan sekolah menengah buat kali pertama kipem pergi ziarah cikgu-cikgu. Kipem di sekolah seorang yang sangat la senyap jadi malu nak ke sekolah seorang diri, nanti cikgu semua pandang pelik je. “sape pulak budak ni?” tertanya-tanya mereka pula nanti. Kipem memang sangat tak terkenal di sekolah. Tak tahulah kenapa cikgu kan(termasuk pelajar yang satu sekolah yang tak kenal kipem sangat) mesti tak dapat sebut nama kipem dengan betul. Bila rakan-rakan lain cuti, kami berkesempatan ke sekolah bersama-sama, tak adalah malu sangat, sebab pergi dengan kawan-kawan yang memang terkenal. hehe

Satu peristiwa yang buat diri ni sangat terharu bila guru kelas kipem(cikgu kelas pun salah sebut nama tauㅜㅜ.nangis skit je tapi sebab dia buat kipem terharu) tanya kat kipem.

Cikgu kelas: “Nadirah, awak masa belajar dalam kelas macam ni lagi ke?(sambil buat gaya orang nangis).”

Kipem : “eh, cikgu ingat lagi??(muka macam tak percaya sangat.tergamam) Dah tak dah cikgu.”

Cikgu kelas: “pastu yang ni? Sambil jari telunjuknya menunjukkan satu persatu jari(dulu kipem ada tabiat yang orang kata sangat pelik. Bukan gigit jari tau!)

Kawan-kawan dan kipem : cikgu ingat? Waahh..hebat nye..dahsyatnye(macam-macam perkataan keluar)

Kipem: Yang tu kadang-kadang buat juga…

Kipem selalunya akan banyak bercakap bila menjalani hidup dengan orang tu je(tinggal serumah, sekolah sama dan sebagainya). Bila lama tak jumpa, senyap balik. Dan jumpa cikgu tak tahu nak tanya apa. Tengok atas mejanya ada buku Biologi. Kipem pun buka mulut kunun nak berbasi-basi.

Kipem : “cikgu ajar Bio lagi ke?”

Cikgu kelas : “ooo tak…saya ajar Biologi.”

Kipem :  ternganga. Dah malas nak perah otak cari soalan nak tanya cikgu.

Ada seorang cikgu ni, pesan kepada kami semua.

Cikgu: “awak semua ni nanti, janganlah lupa hantar kad kat kami kat sini tau……….(macam-macam cikgu cakap ayat simpati tapi tak ingat)”

Kawan-kawan: dia ni dulu cikgu. dia, dia.(semua tunjuk kipem)

Kipem angguk dengan bersungguh-sungguh.

Bila balik rumah, kipem pun berfikir dengan lebih mendalam.

“Cikgu nak kad raya kan? Kenapa semua orang tunjuk aku eh? Orang lain tak bagi pun takpe ke? Dah la aku bukan jenis selalu sembang-sembang dan baik dengan cikgu-cikgu ni. Ke sebab aku jauh cikgu nak setem korea?” harap betul la kad raya. Tapi maafkan saya cikgu saya ni tak tahulah kenapa ucap selamat hari raya dekat orang yang jumpa je, dengan mak ayah keluarga dan kawan 2 orang. Kad raya tak terbeliTT..ampun…

Sewaktu sekolah rendah, kipem nakal sangat kot. Kipem pernah berdepan dengan cikgu disiplin yang sangat garang yang pernah menampar pelajar perempuan di perhimpunan. Bila teringat balik pun kipem jadi takut sendiri. Kenapa kipem berani bertindak sedemikian rupa. Takutt..

Dalam matapelajaran bahasa Malaysia, cikgu ada sekali tu ajar tentang simbol, tulisan isyarat Mesir, yang hanya difahami oleh sesetengah orang sahaja. Ingat lagi. Ada gambar helang, ular, mata. Lepas kelas tu, kipem dan kawan-kawan rapat buat la kod tulisan sendiri. Setiap seorang reka, dan buat dalam 4, 5 salinan, beri pada kawan supaya nanti dia boleh rujuk bila nak tukar kod kepada tulisan roman.

Masa masuk kelas kajian tempatan(subjek yang diajar guru disiplin lelaki garang. Tapi sebenarnya dengan kelas kami dia tak garang, dan dia sangat baik dengan pelajar perempuan kelas kami dan ramai yang digelar sebagai isteri dia. Dia yang gelar. ), kipem sibuk menulis surat untuk diberi pada akak yang tak sama sekolah rendah dengan kipem, tapi sekolah agama sama. Kipem kan jahat waktu tu, kipem tulis tentang kawan kelas sekolah rendah, mengadu la konon.

Cikgu KT: “Nadzirah(cikgu sekolah rendah sebut betul^^), awak buat apa tu?” mana cikgu tak tanya, kipem duduk betul-betul bertentangan dengan dia tapi jauh sikit kat belakang. Dia tengah mengajar yang kita ni tengah sibuk menulis, sedangkan dia tak ajar menggunakan buku atau suruh salin nota pun.

Kipem: terus letak pensil dan tutup kertas dengan tangan. “Tak ada apa-apalah.”

Cikgu KT pun sambung mengajar.  Dan kipem pun sambung tulis kod dengan sangat bersungguh-sungguh.

Cikgu KT mengulang pertanyaan sama dengan muka nak tahu dan kipem beri jawapan sama.

Cikgu KT: “cuba bagi kertas tu kat saya meh saya tengok.” Kipem pun hulur pada kawan,  dan sampai ke tangan cikgu. Kipem tenang je ketika tu sebab cikgu memang takkan faham punya. Dalam hati gelak-gelak je. Kikiki

Cikgu KT: “eh, bahasa apa ni?” Sambil terbalikkan kertas cuba membaca dari pelbagai sudut.

Kipem:hehehe(dalam hati)

Tiba-tiba:

“cikgu, saya ada rujukan abc kod rahsia tu.”kawan kipem menawarkan untuk bagi kertas rujukan yang kipem beri pada dia sebelum tu.
Waktu tu, jantung kipem berdegup dengan lajunya. Mana taknya, kipem bercerita tentang kawan yang ada dalam kelas tu dalam surat tersebut.

Dupdapdupdap……………………..

Satu persatu huruf cikgu rungkaikan.

Cikgu KT : “k a k a i n, n a k  t a u t a k, t a d i k a n, s a y a…”

Tak boleh jadi ni, kipem harus buat sesuatu, nanti tak pasal-pasal kawan yang kipem maksudkan dalam surat tu kecil hati kipem cerita buruk tentang dia. Kipem tengok kiri kanan. Hah, Ada tong sampah!

Kipem terus pergi depan kat cikgu, rampas kertas tu dari tangan cikgu, koyak-koyak jadi kecil dan buang dalam tong sampah. Fuh, cikgu tak sempat baca. Semua orang tergamam termasuk cikgu garang tu.

Kipem dah cuak dah.  “Alamak cikgu ni pernah tampar anak orang, camne ni? Nanti aku pun kena ke?” dalam hati bermonolog sendirian.

Kemudian cikgu tu menambah. “Nadzirah tulis, kak ain, nak tau tak, tadi kan, saya dating dengan izzudin dekat bawah pokok tauge”

Satu kelas gelak besar.

Dalam hati kipem lega sebab cikgu tak marah, dan dia tak sempat baca. Tapi terkilan juga ada ke gosipkan kipem dengan izzudin yang nerd sangat tu. Tak apalah, tak kisah pun, yang penting tak terbongkar.

Kesimpulan: jangan mengumpat walau dengan apa cara sekalipun!

Jumaat, 6 Ogos 2010

Solat sebagai benteng

Dicatat oleh kipem19 di 11:01 PTG 0 ulasan
Semasa Umar Al-Khattab r.a. menjadi khalifah, beliau telah mengeluarkan satu pengisytiharan kepada sekalian pegawai dalam kerajaannya iaitu:

"Aku melihat solat sebagai satu kewajipan yang paling utama. Seseorang yang memberi penuh perhatian pada solatnya, InsyaAllah akan menjaga suruhan agama yang lain. Tetapi jika dia meninggalkan solat, dengan mudah dia akan meninggalkan suruhan Allah dan agama yang lain."

Rabu, 7 Julai 2010

cabaran masa akan datang

Dicatat oleh kipem19 di 1:05 PG 2 ulasan
bismillahirrahmanirrahim

kepulangan kipem ke malaysia membawa seribu erti kepayahan pengajaran. terasa betapa kerdilnya diri ini dalam bidang dakwah apabila tanggungjawab yang dipikul selama ini selain hamba yang Esa, hanyalah musafir yang menceduk ilmu di perantauan. itupun sudah banyak keluhan eh ah uh akibat pertembungan jadual, keletihan kerana tak boleh tidur awal seperti biasa kerana ada perjumpaan di alam maya, banyak habiskan duit, tenaga dan itu, dan ini. bila pulang ke tanah air baru tersedar di dunia ini terlalu banyak tanggungjawab yang akan dipikul kipem di masa akan datang. mampukah kipem terus thabat(tabah)? harapan moga hingga saat nyawa terpisah daripada jasad dikekalkan di jalan ini. walau sesekali mengeluh tapi tak mampu dibayangkan apa akan jadi pada diri kerdil jika di hadapan mata ini tiada jalan, tapi hanya satu padang luas tanpa arah tuju yang terbentang. dengan kerja yang bakal di jawat, tanggungjawab dengan keluarga(ibu ayah adik-adik), masa dengan rakan dan mad'u, penyakit yang hanya muncul bila di malaysia. kena persiapkan mental dan fizikal daripada sekarang ni. dan sentiasa beri motivasi pada diri sendiri. kipem boleh!!insyaAllah~

artikel ini diterbitkan kerana tadi semasa menqada' bacaan email yang baru ingin membukit, dugaannya rabbi besar sungguh. baca email tanpa balas satu pun, mengambil masa 2 jam 30 minit. adik kecil masa itulah dia nak cekik kita, pijak, gigit, nak tarik mouse, nak tekan keyboard. kini baru boleh menaip dengan aman bila dia dah masuk bilik tidur. saat itu terbayangkan ikhwah akhwat yang dah ada anak. besarnya tanggungjawab dan perngorbanan antum...

surah at-taubah ayat 111-112 sangat menyentuh hati~

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.

Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman.

kipem: adik saya budak baik.

Isnin, 21 Jun 2010

to beloved girls out there

Dicatat oleh kipem19 di 12:45 PG 3 ulasan
Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah khamis minggu lepas semua peperiksaan semester 2 untuk tahun dua telah berkhir secara rasmi. Tahun dua sangat menggembirakan kipem kerana Allah telah kurniakan 3 teman perempuan dalam kelas yang sangat baik hati dan peramah(sebab dah tukar kelas selepas puas memujuk sonsaengnim di kaunter kigaesolgae, buat muka sedih nak nangis dan jasa Ann sonsaengnim yang kasihan tengok muka saya agaknya). Kalau sebelum ini setiap kali ingin ke kelas rasa susah hati sahaja tapi untuk semester ini agak kurang tekanan. Kerana kalau kipem tak tahu buat litar, atau tak faham apa-apa, saya tanya mereka dan mereka akan jelaskan terutama si comel 김예은. Kalau mereka tak faham mereka panggil saja sesiapa untuk ajarkan saya. ^^ Tak lupa juga pelajar Malaysia yang sekelas dengan saya yang banyak membantu dari segi pelajaran.

*selingan sahaja tadi tu~

Kali ini ingin kongsikan di “rumah” ini, tentang hikmah menutup aurat dengan sempurna. Ya, tahu saya pun masih belum sempurna (mudah-mudahan makin hari makin ke arah itu) tapi nak cerita kisah benar ini. Walaupun seperti membuka aib (cerita masa zaman jahil yang tak dulu sangat) tapi mudah-mudahan diambil iktibar dan menjadi ingatan buat diri yang hina ini dan rakan muslimah yang saya sangat cinta. Sama sekali saya tidak menyindir mana-mana pihak kerana fokus atau watak utama(주인공)cerita ini adalah saya jadi jangan fikir watak sampingan itu siapa, umur berapa dan sebagainya. Fokus pada saya sahaja. =)

Kisahnya begini, saya-kipem, terus terang katakan bukanlah baik, alim, juru(ikut bahasa fatin=P). Masa sekolah menengah dahulu pakaian biasa-biasa sahaja. Mungkin pada ketika itu, saya rasa sepertinya saya dah tutup aurat, pakai tudung tapi sebenarnya pakai baju t-shirt biasa dan walaupun tahu tak tutup aurat sempurna tapi entahlah, mungkin kerana suasana sekeliling saya sama saja dengan saya dan belum sampai masa saya dibukakan mata hati olehNya.

Waktu itu, kalau keluar di Malaysia, selalulah dikacau oleh lelaki. Kacau macam di(taktahu dalam bahasa malaysia) yang lelaki buat bunyi itu, apatah orang panggil. Waktu itu saya rasa memang itu perkara biasa. Maksud saya, saya tidaklah melayan apatah lagi memandang, sakit dan panas hati adalah tapi buat-buat tak tahu sahajalah kerana saya pasti mereka bukanlah serius dan mungkin itu memang aktiviti mereka yang tiada kerja, suka duduk tepi jalan sambil tengok orang lalu lalang. Saya sangat tak suka aktiviti mereka. Rasa nak marah dan suruh balik rumah tolong mak kan lagi bagus *selingan.
Kemudian dengan kehendak Allah sedikit demi sedikit diri mula berubah dari segi pemakaian tapi jujurnya saya tak rasa perubahan besar dalam diri ini. Saya tetap insan yang melihat persekitaran yang sama tetapi rupanya persekitaran tidak memandang saya sama seperti dahulu.

Kisahnya semasa pulang cuti musim panas tahun lepas(2009), saya ke Jalan TAR(rasanya) dengan dua muslimah. Bukanlah ingin menilai atau membeza-bezakan tapi ingin jelaskan situasi yang mereka pakai lebih kurang sama macam saya yang dahulu. Memakai tudung. Kemudian kami melintasi orang ramai dan beberapa orang lelaki yang mengedarkan risalah. Dan seperti biasa dikacau dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Waktu itu saya rasa nak marahlah(dalam hati) macam biasa kan, kemudian salah seorang daripada mereka berkata kepada kami “lawanye beeeg…” dengan nada yang menggoda(sila muntah sekarang juga ). Lagilah panas darah saya yang memang sedang panas jalan waktu tengah hari buta.
Selepas melintasi mereka salah seorang daripada kami mengadu, tangannya telah dipegang oleh lelaki yang saya tak tahu yang mana satu. Saya sangat pelik sebab muslimah itu tenang saja melintasi mereka, dan cerita lepas dah beredar sebab kalau saya mungkin dah hilang kesabaran kalau dah sampai berani pegang. Kat situ juga saya jerit agaknya.

Serta merta saya sedar, saya yakin yang kata-kata (lawanye beeeg) tadi itu sama sekali bukan untuk saya.

 Sebabnya saya tak bawa beg! ㅋㅋㅋ Mereka tidak memandang saya, tidak mengacau saya, dan tidak tujukan kata-kata menggelikan tekak itu kepada saya. Apa yang membezakan saya dengan mereka hingga saya dilayan sebegitu rupa tidak dilayan. Saya lihat diri saya waktu itu dalam keadaan bingung (dalam hati fikir tak lawa ke diri ini..iskisk).
Rupanya bukan sebab rupa (mana kipem tahu?? Teka je la kan, usnuzon kat diri sendiri yang saya tak buruk pun…ala rupa tak penting kan kan), tapi sebab waktu itu saya yang berbaju kurung, dikepit saudari berseluar jeans.

True story

Sekali lagi, saya bukan mahu mengata sesiapa  dan saya bukan nak maksudkan saya paling baik antara mereka. Tidak sama sekali(tolong jangan fikir seperti ini…)

Sekadar ingin menyedarkan diri sendiri dan muslimah diluar sana, jika kita menjaga maruah diri ini sebagai muslimah yang sebenar-benarnya dengan menutup aurat sempurna seperti kehendak syarak, insyaAllah yang di atas sana akan jaga kita daripada perkara munkar! Jangan fikir jika dikacau ditepi jalan kerana rupa kita yang diberikan Allah itu cantik melebihi orang lain, kita panas(hot) daripada orang lain, kita jadi tumpuan tapi fikirlah apa yang membuatkan mereka(kaum adam) sampai berani melontarkan kata-kata begitu, adakah terlalu murah diri ini di mata mereka? Tidakkah diri kita dapat membuatkan mereka merasa malu untuk berbuat perkara tak baik kepada kita?

Renungkan dan ayuh mula berubah hanya keranaNya~~

p/s: kerana dirimu begitu berharga =)

~sangat suka gambar ini(서울대공원.어리니날) kalau boleh edit warna gambar mesti cantik^^~

Jumaat, 4 Jun 2010

어머니 묘에 이불덮는 효자 (anak lelaki taat yang selimutkan kubur ibu)

Dicatat oleh kipem19 di 6:21 PTG 4 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

Kipem baru saja tengok video yang sangat menyentuh hati. Tentang ibu, mak, umi, omma. Selama ini saya ambil mudah agaknya. Tak muhasabah pun bagaimana dah layan mak. Ye la, kita tahu tak boleh melawan mak, kena patuh cakap mak selagi tak bertentangan dengan Islam, semua tu cuba ikut sedaya upaya(tapi masih juga….ㅠㅠ). Lepas tengok video tadi, terdetik di hati tugas sebagai seorang anak bukan itu sahaja. Apa lagi?

……………….(fikir, fikir, fikir)

Tugas seorang anak untuk mengembirakan ibunya, tunjukkan kasih sayang pada ibu kita.
Kenapa ya susah sangat nak cakap “sayang mak, rindu mak”?(ini soalan kipem betul-betul ni. Memang tak tahu jawapan)
Kalau nak sebut, tak boleh cakap depan-depan, sebab lepas cakap mesti nangis teruk-teruk. Kenapa perlu sedih sangat ya nak cakap perkataan yang mampu gembirakan ibu kita?(tak faahaaammT.T)

Ok lah mari kita tengok dulu video ya~

Pelik tak? Pakcik Atuk berusia 70 tahun, melawat kubur ibunya 2 kali sehari dan pada hari hujan atau salji lebih kerap dia datang. Tengok macammana dia layan ibu dia yang telah tiada, sedangkan kita yang hidup ini, ada ke layan ibu kita kita yang hidup seperti itu? Waktu ibunya hidup pergi kerja pun bawa. Ya Allah betapa kasihnya anak dan ibu ini. Tengok betapa mesranya dia dan ibunya dalam video rakaman. Dia layan mak dia macam puteri tapi dia tetap kata menyesal sebab tak dapat nak layan mak dia dengan baik. Sedangkan dia bukanlah beragama Islam. Agama kita tuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa tapi apa yang kita dah buat? Sakitkan hati ibu kita sepanjang masa.

46(Al-Ahqaf):15

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menangggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata : Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu)

Sebenarnya definisi ibu itu bukan setakat insan yang melahirkan kita sahaja. Semua wanita yang dah melahirkan anak adalah ibu. Saya rasa lepas ini perlu hargai semua ibu yang ada di dunia ini. Saya nak layan baik ibu kepada ibu bapa saya. Sebab merekalah adanya ibu bapa saya dan adanya saya. Dan akhirnya segala pujian dan syukur kembali kepada Allah kerana Dialah yang mengurniakan semua ini pada kita.

앞으로 제가 엄마한테 정말로 잘 해 드릴게요.

저 때문에 울지 마시고 웃는 모습만 보일 수 있게 노력할거예요.

평생 효녀 될수 있으면 좋겠다...

rindu mak~~

misteri tak mak kipem?(padahal takde orang gunggem punㅋ)

Wallahualam

kipem: siapa tengok video tadi nangis angkat tangan!

maaf mak sebab saya tak reti nak buat video yang terharu dan tak secumel budak ini . tapi perasaan saya sama macam dia. love you~

gembira=kipem! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal