Isnin, 2 Mei 2011

5 minit yang mengubah 3 bulan

Dicatat oleh kipem19 di 8:23 PTG 2 ulasan
Bismillahirahmanirrahim

Kini, kipem telah berhijrah ke tempat baru. Berada dalam suasana baru amat mengujakan. Memang tidak dinafikan, letih dan banyak kerja bila dah berhijrah tapi hakikatnya letih itu yang membuatkan tidur 4-5 jam sungguh lena dan segar badan bila bangun untuk mulakan hari baru. Banyak kerja itu yang membuatkan kipem lebih mengutamakan perkara yang PERLU dibuat berbanding yang INGIN dibuat.(tiada siapa yang tanya perkembangan diri anda sila berhenti)

Apa yang ingin dikongsikan ada kaitan dengan muqadimah tadi. Masuk sem baru, bererti perlu mendaftar subjek. Seperti kata salah seorang senior, pendaftaran subjek bererti peperangan. Ya, memang benar, kipem hampir tewas dalam peperangan itu.
Di universiti tempat kipem belajar, maksimum jam kredit yang boleh didaftar setiap sem adalah 19. (tapi boleh ambil lebih 19 untuk kes-kes tertentu) Kipem berazam untuk ambil 18 jam kredit kali ini. Subjek-subjek dipilih dan bermula waktu mendaftar, jari gigih menekan tetikus. Alhamdulillah semua berjalan lancar kecuali untuk 1 subjek.
Sepanjang minggu kedua pendaftaran, subjek tersebut penuh. Harapan kipem hanya terhadap subjek itu kerana waktu tersebut sahaja yang padan dengan jadual kelas. Subjek lain bertindih dengan jadual waktu lain. Tarikh tutup pendaftaran adalah hari selasa, 12.00 tengah hari. Kelas yang ingin didaftar juga bermula selasa, 10.30 pagi. Dengan penuh kecekalan, proses percubaan berterusan pada hingga 1~2 pagi selasa.

“Mungkin budak korea tak tidur lagi kot. Cuba esok pagi lah”, pujuk hati. Kipem pun kunci jam pukul 4.00pagi untuk teruskan proses mencuba.

Pagi itu(rasa tak bangun pukul 4, pukul 5 rasanya kipem terbangun), terus bangun, buka komputer dan terus mengklik sambil membuat persiapan untuk solat subuh bersama rakan-rakan.
Usai solat dan mathurat, percubaan diteruskan hingga pukul 8 pagi. Jam hampir menunjukkan pukul 9. Hati ini hanya Allah yang tahu. Bertambah gundah gelana bila rakan kipem berjaya mendaftar subjek itu sejak malam semalam. Sedangan kipem yang ajak dia mendaftar kelas itu walhal dia tidaklah begitu beria nak ambil subjek itu(kerana dia ada pilihan lain).

Solat dhuha kejap lah.

…….

Usai solat, seperti biasa ke meja computer dan cuba mengklik dengan persiapan mental redha dengan ketentuan ilahi.

Klik..(baca-sekali klik sahaja)

“eh, biar betul”, sambil menggosok mata yang tidak gatal(tak gosok pun, mata buka besar2 je).

“Kenapa, apa yang terjadi?”, tanya rakan serumah kipem.

Alhamdulillah, tak percaya yang Allah kabulkan permintaan kipem. Dalam solat dhuha tadi, kipem mohon agar kipem dapat daftar subjek tersebut. Kipem sebutkan secara spesifik, nama dan kod subjek dalam doa kipem.

Alhamdulillah~

“Ada orang sibuk buat overtime berjam-jam untuk dapat rezeki lebih tapi, abaikan solat sunat dhuha yang beberapa minit tu”. Kata-kata ini pernah kipem dengari dari seorang sahabat.

Tepat sekali. Kita hanya percaya rezeki akan bertambah dengan OT yang kita buat, sedangkan solat sunat yang penuh dengan bermacam kelebihan, kita tak amalkan.

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Solat sunat dhuha boleh dilakukan lebih kurang 20 minit selepas terbit matahari hingga sebelum masuk waktu solat zuhur.

Sebelum ni kipem ingat kalau lepas pukul 11 pagi tu tak boleh buat dah rupa-rupanya sebelum masuk zuhur tu kita masih boleh lakukan.

Cara nak laksanakan?

Seperti solat sunat yang lain juga. cuma pastikan niat solat sunat dhuha, bukan solat maghrib.
sebenarnya bacaan dalam solat ni sesuatu yang subjektif, tak ada silibus pun jadi jangan takut untuk baca mana-mana surah-surah pilihan dalam quran.
(cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim))

Lepas, solat, bolehlah baca doa ini(disarankan):

" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.
Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

membaca doa di atas bukanlah kewajipan, boleh digantikan dengan doa sendiri atau kalau tak hafaz boleh baca doa ni dalam bahasa yang kita fahami.

Sama-samalah kita amalkan solat sunat witir dan solat sunat dhuha rakan2~

kipem: waiting...~

Rabu, 26 Januari 2011

cintanya tak dapat digambarkan~

Dicatat oleh kipem19 di 10:43 PG 0 ulasan
bismillahirrahmanirrahim

Tahu tak siapa yang menyayangi dan mencintai kita? tak lain tak bukan rasul Allah, Muhammad SAW. bacaan ini kipem dapat daripada majalah al islam keluaran september 2010. semua orang pasti pernah mendengarkan kisah ini, cuba kali ini, dibaca dengan mata hati, dan bayangkan kita berada di zaman itu, merasai segala yang sahabat baginda rasai.. insyaAllah pasti akan tersentuh dan cinta kita juga akan bertambah kepadanya, kerana merasai bahang cintanya pada kita. tiada kata yang dapat dinukilkan untuk gambarkan perasaan cintanya terhadap kita. selama ini mungkin kita sibuk cari perhatian dan kasih sayang sekeliling atau rasa sedih sebab tak disayangi(kipem la ni...perasan je kurang kasih sayang dan perhatian daripada mak abah masa tak matang dahulu..) sedangkan kita sangat terlupa atau mungkin tak pernah fikirkan sebelum kita lahir lagi insan agung ini begitu menyayangi kita. walaupun dunia ni buang kita, ingatlah Allah dan rasulNya sayang kat kita...

ok, tarik nafas dulu......pejam mata.....buka mata...(kalau nak lebih hayati, pastikan tidak baca dalam keadaan kenyang  atau baru lepas suka..ini cerita yang menyentuh jiwa dan air hangat bakal mengalir ke pipi kalian)

mulakan!

Pagi itu suasana cukup sunyi, hening dan terasa begitu sayu. Tidak pernah mereka merasakan sedemikian. Seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku. Namun seperti biasa, pagi itu mereka sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w akan mendengar satu khutbah yang akan disampaikan oleh baginda. Saidina Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan serta Ali bin Abi Talib, mengambil tempat masing- masing. Dan sampai masanya, Rasulullah s.a.w mengatur langkah kakinya menuju ke mimbar.

Rsulullah memulakan bicaraya dengan suara yang agak terbatas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan sejak beberapa hari lalu. Namun digagahi jua kerana baginda tahu, itulah satu-satunya peluang untuknya menyampaikan amanat terakhir kepada seluruh umatnya yang AMAT disayangi.

Rasulullah memulakan khutbahnya: "Wahai umat ku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taatlah dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Quran dan sunnahku. Barangsiapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Selesai ucapan tersebut, Rasulullah menatap wajah para sahabat sedalam-dalamnya. Tatkala Rasulullah memandang Abu Bakar, terlihat mata Abu Bakar berkaca-kaca menahan air matanya dari tumpah ke pipi. Manakala Umar Al-Khattab, dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman Al-Affan, menghela nafas panjang. Dan Ali, menantu Rasulullah s.a.w hanya menundukkan kepalanya, tidak sanggup untuk bertentangan mata.

ISYARAT ITU TELAH DATANG.

Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah cukup terkesan di hati para sahabat. Tanpa perlu diumumkan, masing-masing seolah-olah faham, saat perpisahan mereka dengan Rasulullah semakin hampir!

Matahari kian tinggi, pintu rumah Rasulullah masih tertutup rapat. Di dalam rumah tersebut, Rasulullah terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang mengucapkan salam. "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?" tanya suara lembut. Fatimah yang berada di sisi Rasulullah bingkas bangun dan berkata sesuatu kepada orag tersebut. "Maaf, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Fatimah mendapati semula ayahnya. Lalu rasulullah bertanya,"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku. Baru sekali aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Rasulullah menatap puterinya itu. Dengan perlahan Rasulullah berkata,"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan nikmat yang sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,". Sebaik mendengar kata-kata tersebut, dada Fatimah terus sebak. Dia cuba menahan ledakan tangisnya.
Akhirnya Rasulullah menyuruh Fatimah menjemput 'tetamu' tersebut. Malaikat maut datang menghampiri lalu Rasulullah bertanya, "Mengapa Malaikat Jibril tidak ikut sama menemani?". Malaikat Jibril dipanggil. Sebelumnya Jibril sudah siap sedia di atas langti dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" tanya Rasulullah s.a.w. "Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Jawapan yang diberikan seolah-olah tidak dapat menggembirakan Rasulullah. Lalu Jibril bertanya, "Wahai kekasih Allah, apakah tuan tidak gembira dengan berita ini?" Rasulullah lalu bertanya, "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?". "Jangan bimbang, wahai rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga bagi seisapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat. Sampai masanya Izrail melakukan tugasnya. Dengan cukup perlahan, roh Rasulullah ditarik. Ketika itu kelihatan peluh dingin merecik di dahi baginda. Urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini," perlahan rasulullah mengaduh. Fatimah yang berada di sisi ayahnya, memejamkan matanya. Tidak sanggup dia melihat ayahnya berada dalam kesakitan. Manakala Ali, terus menundukkan kepalanya menahan kesedihan. Jibril turut memalingkan mukanya.

"Jijikkah kau melihat ku hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah kepada pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. sebentar kemudian terdengar Rasulullah berkata, "Ya  Allah, dahsyatnya sakit maut ini. Timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, dan jangan kepada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan terlinganya.

"Peliharalah solat dan perliharalah orang-orang lemah di antara kamu," kata Rasulullah. Di luar rumah, tangisan para sahabat mula kedengaran. Sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummati, ummati, ummatiiiii". Sebaik sahaja lafaz itu diucapkan, berakhirlah hayat baginda. Dan Rasulullah telah meninggalkan umat Islam untuk selamanya.

(rakan serumah kipem buat penggera lagu ini untuk bangun tunaikan ibadah kepadaNya. rasa berkobar-kobar nak bangun lebih-lebih lagi bila dengar I pray to be close to you, on that day and see you smile when you see me...)

mata hati

Dicatat oleh kipem19 di 10:42 PG 0 ulasan
Rasulullah s.a.w mencium Hasan bin Ali, dan di sisinya al-Akra' bin Habis al-Tamimi, maka al-akra' berkata:
"Sesungguhnya saya ada 10 orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka". Maka rasulullah memandangnya kemudian berkata: "Sesiapa yang tidak memberi kasih sayang tidak akan diberi kasih sayang."
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan abu Daud)

  • Kasihlah kerana Allah, itulah kasih yang sejati dan abadi.
  • Kasihi dahulu, kemudian baru dikasihi.
  • Kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pengorbanan kasih tiada akan berpanjangan.
  • Jangan mengharap balasan. Kasih yang suci tidak menuntut balasan.
  • Jangan bimbang jika tidak dikasihi, tetapi bimbanglah jika kita tidak boleh mengasihi.
kipem: kagum sangat dengan sahabat yang cakap "i love you" kat mak dan adik-adiknya setiap kali bercakap telefon. 

넘넘 귀여워 애기야~

Jumaat, 3 Disember 2010

Recipe for making duaa the right way

Dicatat oleh kipem19 di 9:33 PG 3 ulasan
bismillahirahmanirrahim

kipem dah terjemah bahasa malaysia sebab kipem lagi suka baca artikel yang panjang dalam bahasa malaysia  berbanding bahasa lainㅋㅋ

jom kita cuba resipi ni kawan-kawan!~

1.      Mesti ada “yakin” semasa berdoa. 100% yakin yang Allah dengar doa kita dan dia akan makbulkan doa tersebut. YAQIN~

2.      Rendahkan dan hinakan diri kita dihadapanNya.
-cakap yang kita ni lemah, tidak berdaya tanpa kuasaNya. Kita bukan siapa-siapa dan bukan apa-apa tanpaNya. Segalanya bergantung padaNya. Kita tak mampu buat apa pun tanpa keizinanNya. Rendahkan diri serendah yang mungkin. Pasrah dan serahkan diri kita kepada Allah…

3.      Ambil kesempatan pada masa-masa istimewa berdoa contohnya:

l  Ketika hujan
l  Musafir (dengan TUJUAN yang baik dan TAK lakukan maksiat dan perkara haram di perjalanan)
l  Sujud
l  Di antara selepas membaca surah al-fatihah dan sebelum membaca surah pilihan.
l  Sebelum mengucapkan salam ketika solat
l  Antara azan hingga sebelum iqamah
l  Doa ibu bapa kepada anak-anaknya. Minta mak ayah kita doakan kita banyak–banyak.(hadiah paling best daripada mak ayah-doa)
l  Semasa berpuasa(terutama sebelum berbuka puasa)
l  Hari Arafah
l  10 hari pertama Dzul Hijjah
l  10 hari terakhir Ramadhan
l  Lailatul Qadr
l  2/3 SETIAP malam(dalam 2-3 jam sebelum subuh)
l  Semasa tentera perang nak bertembung dengan musuh

4.      Angkat tangan semasa berdoa. Kita kena jaga etika dan adab kita semasa meminta. Tak kisah la semasa meminta kepada ibu bapa, guru, keluarga, sahabat apatah lagi kepada TUHAN kita.

5.      Jangan teragak-agak bersedekah. Bersedekahlah banyak-banyak-banyak.

6.      Berwudu’. Kekalkanlah wudu’ kita selalu bukan setakat semasa hendak solat tapi sentiasa dalam keadaan suci^^

7.      Menghadap kiblat. Ini pun etika dan adab=)

8.      Mulakan dengan memuji Allah, mengucapkan syukur kepadaNya. Dan guna nama-nama Allah. Bukan hanya tahu dan hafaz nama-nama Allah. Tapi cuba beramal dengan nama-nama tu. Contoh: Al-wahhab(Maha Pemurah). Kita takkan dapat jadi sepemurah Allah tapi cubalah untuk mudah memberi. Allah suka orang yang tak kedekut…

9.      Berselawat kepada nabi saw. selawat+doa+selawat. Semasa kita doakan kesejahteraan nabi Muhammad, rasulullah tahu dan dia pun akan doakan kita. Bayangkan kekasih Allah doakan kita! Doa kekasih mestilah yakin dan pasti akan dimakbulkan kan kan?

10.   Istighfar BANYAK-BANYAK-BANYAK. Astaghfirullah~ Aku meminta keampunan dari Allah~ di mana saja anda berada(kecuali tandas la kan) dan bila-bila masa saja(tunggu bas, keretapi, waktu rehat dalam kelas, dalam lif, turun tangga, depan computer, buat kerja sekolah) anywhere, anytime!

11.   Berdoalah! Mintalah apa sahaja yang kita inginkan, ASALKAN bukan doa yang haram (contoh: nak benda tak baik atau doa untuk menganiaya orang)

12.   U.L.A.N.G bukan U.D.A.N.G(ada kisah disebalik ni=p). Ulang doa kita sebanyak yang mungkin, sepaanjang masa

13.   Pastikan kita tidak terlibat dengan perkara haram yang memungkinkan doa kita terhalang daripada dimakbulkan oleh Allah

14.   Dan pastikan kita sebut, jika ianya baik untukku. Di akhir doa kita.

Selamat berdoa!

*kipem nak pergi berdoa supaya Allah bagi rezeki makan cheesecake![to be spesific homemade soufle cheesecake]*

nyum nyum!

Isnin, 22 November 2010

nikmat ukhuwah sangat indah

Dicatat oleh kipem19 di 2:46 PG 0 ulasan
Nikmat ukhuwah sangat indah.

Setelah lama tidak berpeluang merasai nikmat ukhuwah, hari ini alhamdulillah Allah beri juga peluang kepada kipem.

Sangat lama.

Terlalu banyak luahan rasa dan kata yang kami kongsikan. Malu pun ada kerana buat pertama kali kipem menceritakan sedikit sejarah hidup kipem kepada kakak M.

Hati yang keras ini, begitu tersentuh dengan perkongsian yang disampaikan kakak S.

Hari ini dalam sejarah

Allah pertemukan kipem yang bukan apa-apa dengan insan yang menetap di bumi yang sangat bertuah dan barakah. Bumi yang menjadi rebutan hingga kini. Mana lagi kalau bukan Palestin.

Kesungguhannya menyampaikan Islam benar-benar menakjubkan. Kepetahannya berbahasa Inggeris membuatkan otakku berfikir sedalamnya. Kakak ni, belajar bahasa Inggeris, kemudian sampaikan dakwah. Begitu juga kak S(dari Mesir) yang menggunakan bahasa Korea sebagai medium untuk menyampaikan dakwah.

Kipem? Belajar bahasa asing, bahasa Inggeris dan bahasa Korea. Apa kipem ada gunakan ilmu tersebut untuk berdakwah? Belajar untuk apa ni? Di mana kipem gunakan bahasa asing kipem?

1.     Untuk lulus periksa dan titik noktah?

2.     Untuk bercakap tentang orang lain di mana orang itu tak faham bahasa yang kita tuturkan?

3.     Untuk mendengar lagu-lagu  yang berlambak di Korea ni? Yang bukan sahaja lagha, tapi boleh menjurus kepada maksiat?

4.     Untuk faham tengok cerita-cerita cinta tanpa sarikata?

Minta sangat dijauhkan daripada sebab-sebab di atas… nauzubillah…

Di mana sebenarnya peranan kipem bila orang makan kimchi ni minta penjelasan tentang Islam?

1.     Hanya senyum? Tanpa ayat yang meyakinkan dan menjawab persoalan hati mereka?

2.     “Ala…diorang tu banyak sangat tanya..biar la diorang tu…saja je…jangan layan je..”

3.     “Tanya dalam bahasa korea mana la saya reti nak jawab. Lepas tu saya diam je la”

Hurm…… Mesti ada silap sesuatu di sini.. di mana tu? Pada diri kipem lah..

1.     Kenapa kipem tak usaha untuk buat skema jawapan pada persoalan yang selalu orang korea tanya ya?

2.     Kalau soalan tu kipem sendiri tak tahu jawapannya, (sebab dapat islam keturunan, selalunya kipem hanya guna konsep kami dengar dan kami patuh. Lain dengan orang korea ni, mereka jelajah sesuatu macam budak kecil nak kenal dunia) kenapa kipem tak berusaha cari jawapan ya?

해야 할 일이 많다는 생각이 들었다. 난 학생인데 공부도 해야 되고 이런것도 해야 되나?

내가?? 다른 사람 아니구? 기계과 학생 말이야? 이슬람에 대한 전공을 공부하는 학생 아니구?

왜 나야? 왜…..?

왜냐하면 ~~~~~~>

l  잔나에서….이슬람에 관련 된 전공을 공부하는 사람들만 들어갈 수 있는 게 아니니까...

l  그들만 잔나 들어가고 싶은 사람이 아니니까…

l  나두 내 인생의 목적이 잔나야.. 노력해야 목표를 달성할 수 있겠지.

잔나는…개으른 사람의 곳이 아니다!!

74 ; 1-2

Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)

Lama sangat dah kipem dalam ibul. Lama sangat dah hidup dalam zon selesa.

Tiada cabaran

tiada kepenatan maksima

tiada kesakitan

tiada kekecewaan

bangkitlah, bangunlah… serta beri peringatan

tapi sebelum beri peringatan kepada orang lain, peringatan tersebut semuanya untuk diri kipem dahulu.

Sebab itu semua persoalan ditujukan kepada kipem sendiri dan bukan “kita”

Pada kalian pula, tukarlah nama kipem dalam persoalan di atas dengan nama spesifik masing-masing^^

wallahualam

Jumaat, 15 Oktober 2010

insan hebat 1

Dicatat oleh kipem19 di 10:12 PG 5 ulasan
bismillahirrahmanirrahim

seronoknya baca blog orang. dakwah di sana sini. sedangkan diri ini tak pandai untuk menyusun kata berdakwah melalui tulisan seperti kalian. tak bererti kerana itu kipem tak layak menulis. kali ini nak kongsikan pertemuan dengan insan hebat dalam hidup yang singkat ini. insyaAllah akan dikeluarkan secara bersiri kerana terlampau ramai insan hebat dan nak simpan kemas-kemas segala kenangan agar menjadi penyubur semangat di kala terleka.

kak ally

seorang cina warganegara Malaysia yang tinggal di Singapura selama 8 tahun. datang ke Korea menunaikan tuntutan kerja. Fikir kipem, tentu sekali dia mampu untuk tinggal di hotel tapi dia memilih untuk mengembara bawa beg galas dan melihat kehidupan warga Korea bukan dari sudut pelancong kelas atasan. Dia tinggal di rumah kawan kipem di Inha. Semasa dia berjumpa dengan kami yang kesemuanya melayu, dia bersusah payah menggunakan bahasa Malaysia yang katanya dah lama tidak dituturkannya. Orangnya sangat merendah diri. Dari segi penampilan dan gaya percakapan anda tak akan dapat menduga dia memiliki syarikat yang sangat besar. Bukanlah kerana memandang rendah kepadanya tapi kalau anda jumpa dengan dia pasti anda akan tahu. Dia berkawan rapat dengan salah seorang pelajar Malaysia di sini. Kata kawannya, rumah kak ally ni kalah rumah perdana menteri Singapura. Balas kak ally, itu bukan rumahnya, tapi rumah maknya. Lama-lama baru tahu rumah tu dia hadiahkan kepada mak dia. Hebatnya kak ally ni~ Terdetik di hati, mampukah kipem membalas jasa mak abah kipem seperti dia? Mahu sangat menjadi anak yang berbakti di dunia dan akhirat. Banyak sangat kipem belajar dengan kak ally. Antara dialog yang kipem ingat adalah(sebab jumpa dia setahun yang lepas kot, banyak dah lupa)

"Saya boleh duduk minum kopi dekat itu kerusi sangat kicik tepi jalan berjam-jam, tengok itu manusia jalan depan saya"

Ketika itu dia cerita tentang pengalaman dia di negara orang. Dia suka melancong untuk tengok budaya sesuatu negara. Melalui cara dia yang tersendiri.

"Saya tak malu kata saya rajin. Sebab memang saya kerja manyak kuat"

"Bila sulah graduate, jangan terus balik. Cari pengalaman dulu dekat luar negara. Kalau u balik terus, apa beza u dengan student yang belajar kdi Malaysia yang baru grad?"

"Kalau mau kerja boleh cari saya, tapi kena metul-metul boleh kerja la. Baru saya berani kasi kerja"

(kepada cik farah kalau ada tambahan dialog dialu-alukan)

kak ally sangatlah berwawasan. Bersemangat sangat lepas jumpa dia. InsyaAllah nak sangat ikut jejak seperti dia. Majulah mukminun di dunia dan akhirat. 

kak ally ni comel sangat. walaupun jumpa kipem sekali saja, dikirimnya buah tangan sebelum dia balik melalui kawan kipem*terharu*

ini adalah sebuah bekas pensel. (masih cuba memujuk diri untuk tidak cemburu kawan dapat warna merah jambu yang jauh lebih comel)bersyukurlah kipem+_+~

kalau diberi kesempatan nak sangat pergi melawat rumah dia yang hebat tu. dia ada ajak juga ke rumahnya kalau ke Singapura. mungkin anda tak rasa kehebatan kak ally melalui cerita busan saya. apa kata lihat sendiri di sini ^^

Selasa, 14 September 2010

alkisah

Dicatat oleh kipem19 di 2:33 PG 7 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

Lama betul kipem tak duduk depan komputer dalam jangka masa lama hingga membenarkan kipem menghantar artikel(tiputiputipu..ampun~)

Banyak sangat perkara yang dilalui sepanjang kehilangan kipem di teratak ini. Pulang ke Malaysia, main dengan adik-adik, lepas rindu dengan mak abah nyai tok tokwan makcik paksu mak usu kak sham kak bila mira apit yang sangat comel, ramadhan yang sangat best(puas hati sangat dan berazam tahun depan nak lagi best!) , ukhwah dengan saudari seislam yang sangat nikmat, tak lupa kawan kecil kipem yang dari kuantan sampai gombak tak berhenti bersembang dan gelak sama-sama(sepanjang perkenalan selama 5 tahun, kami baru berjumpa 4 kali), macam-macam-macam lagi lah!

Dalam banyak banyak banyak cerita kali ini kipem rasa nak kongsikan cerita masa kipem kecil-kecil dulu. Sebab balik kali ini lepas tinggalkan sekolah menengah buat kali pertama kipem pergi ziarah cikgu-cikgu. Kipem di sekolah seorang yang sangat la senyap jadi malu nak ke sekolah seorang diri, nanti cikgu semua pandang pelik je. “sape pulak budak ni?” tertanya-tanya mereka pula nanti. Kipem memang sangat tak terkenal di sekolah. Tak tahulah kenapa cikgu kan(termasuk pelajar yang satu sekolah yang tak kenal kipem sangat) mesti tak dapat sebut nama kipem dengan betul. Bila rakan-rakan lain cuti, kami berkesempatan ke sekolah bersama-sama, tak adalah malu sangat, sebab pergi dengan kawan-kawan yang memang terkenal. hehe

Satu peristiwa yang buat diri ni sangat terharu bila guru kelas kipem(cikgu kelas pun salah sebut nama tauㅜㅜ.nangis skit je tapi sebab dia buat kipem terharu) tanya kat kipem.

Cikgu kelas: “Nadirah, awak masa belajar dalam kelas macam ni lagi ke?(sambil buat gaya orang nangis).”

Kipem : “eh, cikgu ingat lagi??(muka macam tak percaya sangat.tergamam) Dah tak dah cikgu.”

Cikgu kelas: “pastu yang ni? Sambil jari telunjuknya menunjukkan satu persatu jari(dulu kipem ada tabiat yang orang kata sangat pelik. Bukan gigit jari tau!)

Kawan-kawan dan kipem : cikgu ingat? Waahh..hebat nye..dahsyatnye(macam-macam perkataan keluar)

Kipem: Yang tu kadang-kadang buat juga…

Kipem selalunya akan banyak bercakap bila menjalani hidup dengan orang tu je(tinggal serumah, sekolah sama dan sebagainya). Bila lama tak jumpa, senyap balik. Dan jumpa cikgu tak tahu nak tanya apa. Tengok atas mejanya ada buku Biologi. Kipem pun buka mulut kunun nak berbasi-basi.

Kipem : “cikgu ajar Bio lagi ke?”

Cikgu kelas : “ooo tak…saya ajar Biologi.”

Kipem :  ternganga. Dah malas nak perah otak cari soalan nak tanya cikgu.

Ada seorang cikgu ni, pesan kepada kami semua.

Cikgu: “awak semua ni nanti, janganlah lupa hantar kad kat kami kat sini tau……….(macam-macam cikgu cakap ayat simpati tapi tak ingat)”

Kawan-kawan: dia ni dulu cikgu. dia, dia.(semua tunjuk kipem)

Kipem angguk dengan bersungguh-sungguh.

Bila balik rumah, kipem pun berfikir dengan lebih mendalam.

“Cikgu nak kad raya kan? Kenapa semua orang tunjuk aku eh? Orang lain tak bagi pun takpe ke? Dah la aku bukan jenis selalu sembang-sembang dan baik dengan cikgu-cikgu ni. Ke sebab aku jauh cikgu nak setem korea?” harap betul la kad raya. Tapi maafkan saya cikgu saya ni tak tahulah kenapa ucap selamat hari raya dekat orang yang jumpa je, dengan mak ayah keluarga dan kawan 2 orang. Kad raya tak terbeliTT..ampun…

Sewaktu sekolah rendah, kipem nakal sangat kot. Kipem pernah berdepan dengan cikgu disiplin yang sangat garang yang pernah menampar pelajar perempuan di perhimpunan. Bila teringat balik pun kipem jadi takut sendiri. Kenapa kipem berani bertindak sedemikian rupa. Takutt..

Dalam matapelajaran bahasa Malaysia, cikgu ada sekali tu ajar tentang simbol, tulisan isyarat Mesir, yang hanya difahami oleh sesetengah orang sahaja. Ingat lagi. Ada gambar helang, ular, mata. Lepas kelas tu, kipem dan kawan-kawan rapat buat la kod tulisan sendiri. Setiap seorang reka, dan buat dalam 4, 5 salinan, beri pada kawan supaya nanti dia boleh rujuk bila nak tukar kod kepada tulisan roman.

Masa masuk kelas kajian tempatan(subjek yang diajar guru disiplin lelaki garang. Tapi sebenarnya dengan kelas kami dia tak garang, dan dia sangat baik dengan pelajar perempuan kelas kami dan ramai yang digelar sebagai isteri dia. Dia yang gelar. ), kipem sibuk menulis surat untuk diberi pada akak yang tak sama sekolah rendah dengan kipem, tapi sekolah agama sama. Kipem kan jahat waktu tu, kipem tulis tentang kawan kelas sekolah rendah, mengadu la konon.

Cikgu KT: “Nadzirah(cikgu sekolah rendah sebut betul^^), awak buat apa tu?” mana cikgu tak tanya, kipem duduk betul-betul bertentangan dengan dia tapi jauh sikit kat belakang. Dia tengah mengajar yang kita ni tengah sibuk menulis, sedangkan dia tak ajar menggunakan buku atau suruh salin nota pun.

Kipem: terus letak pensil dan tutup kertas dengan tangan. “Tak ada apa-apalah.”

Cikgu KT pun sambung mengajar.  Dan kipem pun sambung tulis kod dengan sangat bersungguh-sungguh.

Cikgu KT mengulang pertanyaan sama dengan muka nak tahu dan kipem beri jawapan sama.

Cikgu KT: “cuba bagi kertas tu kat saya meh saya tengok.” Kipem pun hulur pada kawan,  dan sampai ke tangan cikgu. Kipem tenang je ketika tu sebab cikgu memang takkan faham punya. Dalam hati gelak-gelak je. Kikiki

Cikgu KT: “eh, bahasa apa ni?” Sambil terbalikkan kertas cuba membaca dari pelbagai sudut.

Kipem:hehehe(dalam hati)

Tiba-tiba:

“cikgu, saya ada rujukan abc kod rahsia tu.”kawan kipem menawarkan untuk bagi kertas rujukan yang kipem beri pada dia sebelum tu.
Waktu tu, jantung kipem berdegup dengan lajunya. Mana taknya, kipem bercerita tentang kawan yang ada dalam kelas tu dalam surat tersebut.

Dupdapdupdap……………………..

Satu persatu huruf cikgu rungkaikan.

Cikgu KT : “k a k a i n, n a k  t a u t a k, t a d i k a n, s a y a…”

Tak boleh jadi ni, kipem harus buat sesuatu, nanti tak pasal-pasal kawan yang kipem maksudkan dalam surat tu kecil hati kipem cerita buruk tentang dia. Kipem tengok kiri kanan. Hah, Ada tong sampah!

Kipem terus pergi depan kat cikgu, rampas kertas tu dari tangan cikgu, koyak-koyak jadi kecil dan buang dalam tong sampah. Fuh, cikgu tak sempat baca. Semua orang tergamam termasuk cikgu garang tu.

Kipem dah cuak dah.  “Alamak cikgu ni pernah tampar anak orang, camne ni? Nanti aku pun kena ke?” dalam hati bermonolog sendirian.

Kemudian cikgu tu menambah. “Nadzirah tulis, kak ain, nak tau tak, tadi kan, saya dating dengan izzudin dekat bawah pokok tauge”

Satu kelas gelak besar.

Dalam hati kipem lega sebab cikgu tak marah, dan dia tak sempat baca. Tapi terkilan juga ada ke gosipkan kipem dengan izzudin yang nerd sangat tu. Tak apalah, tak kisah pun, yang penting tak terbongkar.

Kesimpulan: jangan mengumpat walau dengan apa cara sekalipun!

gembira=kipem! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal