Rabu, 28 November 2012

p.e.n.a.t

Dicatat oleh kipem19 di 8:28 PTG 0 ulasan
Bismillahirahmanirrahim.

Dalam tempoh 2 minggu, insyaAllah kipem akan selesai perjalanan sebagai seorang pelajar undergraduate. Sungguh, semester ini berlalu dengan terlalu pantas! Bagai baru berlalu saat kipem, mak dan adik menjejakkan kaki kembali ke bumi kimchi.
Inilah semester yang paling banyak menguji kipem dalam semua aspek. Bukan kerana ianya semester akhir. Ada faktor lain yang akhirnya menyebabkan semester ini dilalui dengan begitu mencabar.

Berbicara soal ujian dengan teman serumah. Menurutnya, ada kata-kata orang putih

A : Life is hard.

B : Compare to what?

Hurainya, kita tidak pernah hadapi selain dari kehidupan, patutkah kita katakan bahawa hidup ini susah?

..................................................................

Ada juga kata-kata :

"Orang yang berjaya adalah orang yang berjaya menewaskan nafsunya."

Tepat sekali. Kipem lihat contoh terdekat dalam hidup Kipem. Dia dapat apa yang dia mahukan. Berjaya. Cemerlang. Tenang. Tidak kelam kabut menghadapi peperiksaan. Kefahaman mendalam dalam pelajaran. Dengan tetap teguh dan tidak mengikut kehendak nafsu.

Manusia pada fitrahnya memang sukakan kerehatan, kesenangan.

Kalau kita mampu untuk mengurus nafsu, pasti kita boleh berjaya.

Andai letih, susah, tidak berdaya..

Bersabarlah, tabahlah. Tetap teguh hingga akhirnya.

Tapi,

Kita manusia...salahkah kalau terasa berat beban yang dipikul, tidak tertanggung rasanya ujian yang bertandang?

Tidak sama sekali. Kembalilah padaNya. Allah sentiasa ada untuk mendengar rintihan dan tangisan kita.

Sesungguhnya, kita memang akan sentiasa diuji selagi mana kita hidup.

Kata ustaz Pahrol, dunia tempat berpenat. Di akhirat nanti kita berehat.

Kata Kipem, adakah penatku ini membawaku kepada kerehatan di syurga?

Pemandangan yang akan hilang 2 minggu dari sekarang, biiznillah.

Khamis, 9 Ogos 2012

Cerita Ramadhan

Dicatat oleh kipem19 di 7:28 PTG 1 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim..

Ramadhan mubarak..

Ramadhan kali ini berbeza bagiku. Diberi peluang bermusafir ke bumi di mana Allah menunjukkan tanda KekuasaanNya untuk menjadi peringatan buat seluruh umat dunia.

NAD-Bandung-Jakarta

Ahli jaulah berkesempatan singgah ke sebuah toko buku yang wajib disinggah oleh ikhwah akhawat yang mendokong risalah dakwah dan tarbiyah. Walau toko tersebut tidak sebesar ma’rad kutub yang dilawati awal tahun lalu, tapi disitu terkumpul kitab-kitab tarbiyah yang wajib dimiliki. Lebih menyeronokkan, ianya hasil terjemahan ilmuan Indonesia. Insan yang tidak memahami arab seperti saya dapat memborong banyak buku di situ (Di ma’rad kutub banyak tengok-tengok saja kerana tak faham kitab arab) kerana dicetak dalam bahasa serumpun, Bahasa Indonesia.

Terletak antara Jati Nagor dan Bandung, Mufti nama toko tersebut.

Saya dan sahabat sempat membuat kad ahli kerana potongan harga yang diberikan sangat lumayan. Kad perniagaan ikhwah pemilik kedai dihulurkan kepada saya, tertera gelaran Ir. dihadapan namanya.

Subhanallah, Allahuakbar.

Hati girang gembira menarik satu semi satu buku dari rak buku, namun kerisauan melanda bila melihat timbunan buku. Mana tidaknya, bagaimana mahu membawa pulang terbang ke Malaysia. Muatan ada hadnya.

Alhamdulillah tidak ada sebarang masalah dalam timbangan berat beg kami. Thummal hamdulillah.

Dalam menelusuri bait patah perkataan buku yang sedang dibaca, sangat tertarik untuk berkongsi satu bahagian, berkaitan huraian tentang visi.

“Penggambaran lima orang pekerja bangunan yang tengah bekerja membuat masjid sering menjadi contoh tepat dalam memahami urgensi visi. Ketika ditanya tentang “Apa yang anda kerjakan di sini?” orang pertama menjawab, “Seperti yang anda lihat. Saya mencampur berbagai bahan bangunan.” Orang kedua menjawab, “Saya bekerja mencari uang di sini.” Orang ketiga menjawab, ”Saya menyusun batu agar menjadi dinding.” Orang keempat menjawab, “ Saya bekerja membuat sebuah masjid.” Sedangkan orang kelima menjawab, “ Saya tengah membangun peradaban.”

Begitulah dalam dakwah dan tarbiyah. Bilamana visi yang diletakkan meluas, tinggi dan berwawasan, pasti akan lebih bersemangat dalam melakukan kerja. Tatkala sedang mencantumkan batu bata hingga menjadi masjid, akan terbayang sebuah masyarakat pendukung syariat Islam, bermula dari masjid.

Kipem : sedang membangun peradaban. 멋진 비젼이다.

Khamis, 28 Jun 2012

Masih ada percaya pada zaman ini..

Dicatat oleh kipem19 di 4:44 PG 2 ulasan
Bismillahirahmanirrahim..

"Tok wan, nak sudu satu."

"Sudu tak dak."

"Abis tu yang kat situ tu?"

"Hat ni bukan sudu, hat ni camca".

Gurauan tok wan menjengah kotak ingatan saat pakcik pemilik restoran menghulurkan  camca kepada saya. Benda yang sama, tetapi bila diterjemah kepada pelbagai bahasa membuatkan kita merasakan ianya benda yang sama sekali kita tidak ketahui.(Ok, sudu dan camca memang lain pun belah utara tapi orang KL/selangor dan seangkatan panggil camca tu sudu je.) Itulah yang berlaku semalam tatkala pemilik kedai bertanya mahu sudu lebih kah tetapi kurang difahami saya kerana dia menyebut sudu menggunakan bahasa Indonesia yang tidak dapat saya tangkap apakah perkataan tersebut.

*Muqaddimah saja tadi*

Semalam kami empat sahabat berkesempatan menjejakkan kaki ke Ansan di mana ramai penduduk warga Indonesia menetap dan membuka gerai di situ. Setelah kami menjamu selera pelbagai juadah Indonesia, kami berhasrat untuk menunaikan kewajipan rukun Islam kedua di Masjid Ansan.

"Assalamualaikum mbak, mahu bertanya masjid di mana ya?", tanya seorang ukhti kepada tukang masak restoran tersebut.

"Masjidnya ya jauh sekali. Mahu solat ya? Mahu ngak solat di rumah saya? Dekat aja dari sini. Depan sini aja", ujar kakak warganegara jiran tanah air kita.

Kami berpandangan. "Bisa ya?" Tiba-tiba saya pun terikut berbahasa Indonesia. 

"Iya bisa. Dekat sekali, mari ikutin aku. Suamiku juga ngak ada, lagi kerjaan. Anakku juga di sekolah."

Kami mengikuti kakak tersebut. Ternyata rumahnya dekat sahaja. Hanya seberang jalan. Tingkat satu.

Semasa menaiki tangga, ukht ngobror Jawa dengan kakak tadi. Kagum mendengar perbualan, malu juga kerana darah Jawa mengalir dalam diri tetapi sekadar beberapa perkataan asas saja yang saya tahu. 

"Di sini Qurannya. Lampu kamar mandi di situ. Kalau panas bukain aja (perkataan Indonesia bermaksud kipas).", terang kakak itu.

"Kuncinya gimana?". 
"Bawain saja ke sana(restoran) nanti", jawab kakak tersebut lalu meninggalkan kami berempat di rumahnya. Ya. Hanya kami. Warganegara berbeza. Baru beberapa minit berkenalan. Orang putih kata totally strangers.

"Berani kan kakak tu tinggal kita kat rumah dia".
"Sebab nampak kita baik kot".
"Tapi kalau orang Malaysia, akan bagi tak?".
"Kalau orang Malaysia tunggu la sampai kita habis solat".

Saya mengambil sejadah yang disediakan oleh kakak itu lalu dibentang. Semua kelengkapan disediakan cukup, termasuk telekung dan tasbih.

Allahu Allah... Sungguh baik dan luhur budi pekerti kakak ini. Usai solat kami berpatah kembali ke restoran dan memulangkan kunci. Sempat bertanyakan nama kakak yang baik hati itu.

Putih namanya.

Bagi saya, sungguh besar kepercayaan yang diberikan oleh Kak Putih kepada kami, di mana seperti yang sedia maklum, sebahagian rakyat Indonesia kurang menyenangi yang dinamakan warganegara Malaysia.

Bagi saya, saya percaya, amanah yang Kak Putih pacakkan kepada kami hanya semata berpayung atas akidah yang sama. Meskipun berbeda wilayah negara yang dipisahkan oleh dunia hari ini.

Masih wujud kepercayaan sebegini. Sungguh terharu diri saya apabila ada insan yang bertindak melangkaui pemikiran tipikal seorang anak cetakan pemikiran dunia pada zaman ini.

" Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." Surah Al-Hujurat: ayat 13
Looking forward for more touching episode in our next jaulah insyaAllah!

Sabtu, 16 Jun 2012

Jangan tanyakan tentang hidupku

Dicatat oleh kipem19 di 10:33 PTG 0 ulasan

Bismillahirahmanirrahim.

Sungguh lama saya mengenepikan blog ini. Dalam tempoh itu pelbagai perkara telah dilalui dan banyak pengajaran telah dipelajari oleh diri ini. Apabila saya tidak menulis, tahulah bahawa saya kurang membaca. Allah, sungguh lemah diri ini hanyut dengan laman hubungan sosial. Mungkin, ada yang beranggapan, di situ kita boleh sampaikan dakwah, malah konsisten untuk berkongsi dan menyebar dakwah saban hari dan ada yang lebih kerap. Saya sama sekali tidak meletakkan ianya sebagai satu perkara yang salah. Sudah pasti ianya salah satu medium yang kita boleh gunakan dan bermanfaat jika kita pandai menggunakannya sebaiknya. Cuma saya ingin mengajak kita berfikir sejenak, adakah benar bahawa niat utama kita melayari laman terbabit untuk mentarbiyah diri kita? Berjaya dan berkesankah dengan cara itu lalu menjadikan kita lebih bersemangat berjuang dan berdakwah?
InsyaAllah, dengan izin Allah diri ini ingin berubah menjadi lebih matang. Tak mahu lagi bersikap kebudak-budakan. Matang dari sudut peribadi dan tarbiyah. Isu dan buah bicara juga harus berkisar hal umat. Tak mahu lagi seperti yang sebelum ini. Sempena titik perubahan saya, ingin saya kongsikan bersama sebuah nasyid atau syair arab yang begitu terkesan di hati. Moga saja bait kata-kata ini menjadi impian dan cita-cita saya, dan juga kalian.

(Pencapaian terbaru. Saya dah tahu bagaimana nak post video. )

لا تسألوني عن حياتي                            Jangan tanyakan aku tentang hidupku
فهي أسرار الحياة
                                Ia adalah rahsia kehidupan
هي منحة هي محنة 
                             Ia adalah anugerah, ia adalah ujian
 هي عالم من أمنيات                            Ia adalah dunia yang penuh cita-cita
قد بعتها لله ثم مضيت في ركب الهداة
            Aku telah menjualnya kepada Allah. Kemudian aku berjalan                                                   dalam barisan para pembawa petunjuk
أما طريقي فهو قرآن وسيف وابتلاء
             Jalan hidupku adalah Al-Quran dan ujian
الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء
                Allah telah memberkatinya dan para Nabi telah                                                                                          mendahuluinya
و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء
            Para syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء
          Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya
أما مصيري فهو مايرضي الإله وما يريد
        Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang                                         meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
الفوز بالنصر المبين أو الشهادة والخلود
         Keuntungan dengan kemenangan yang nyata, atau                                                      kesyahidan dan keabadian
فإذا وجدت على الثرى والعمر محدود الحدود
  Jika engkau telah berada di bumi dan engkau tahu bahawa                                                    umurmu terbatas
فكن البطولة والهداية أو فيا بئس الوجود
        Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk, jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu.
Masjid Imam Shafie, Kaherah. Di atas kubah terdapat lambang bentuk kapal memceritakan  peribadi imam  Shafie yang suka belayar mencari ilmu.
"Allahumma bariklana fi Rajabi wa Sya'ban, Wa balighna Ramadhan, wa balighna Ramadhan, Wa balighna Ramadhan"

"Ya Allah, berkati kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikan kami pada Ramadhan"

Ayuh beramal!

Isnin, 4 Jun 2012

Kembara Firdausi 1

Dicatat oleh kipem19 di 1:44 PTG 0 ulasan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Cuti kali ini sangat bermakna buat kipem. Diberikan peluang dan nikmat tak terhingga bila disampaikan kaki hamba yang hina ini ke bumi penuh barakah tempat yang pernah menjadi saksi lahirnya insan-insan terpilih dan mulia. Hanya memikirkan kembali saat-saat itu membuatkan diri ini sangat sebak dan sedih. Belum lagi ke tanah suci. Mahupun bumi Al-Quds.

Kaherah : 27 Jan 2012
Iskandariah
Amman
Seoul : 18 feb 2012

Kembara Firdausi. Kembara ini bukan kembara kosong. Jelajah melihat negara orang, mencuba makanan dan melihat tradisi dan adat yang berlainan, mengambil gambar bersama mercu tanda bukti telah berjaya sampai ke situ dan akhir sekali pulang dengan gembira membawa buah tangan untuk dikongsi bersama kenalan. Bukan itu Kembara Firdausi kipem. Kembara ku kembara menuju syurga firdaus. Terlalu banyak rentetan kisah hingga tak tahu nak mula dari mana.

Kisah pertama yang ingin ku kongsikan adalah Ukhuwwah Fillah. Ini kisah ukhuwwah fillah ku.

“Nanti kan kita nak duduk rumah siapa? Nanti siapa nak bawa kita jalan? Dari airport tu macammana kita nak pergi rumah mereka?” antara soalan yang berlegar dalam fikiran ahli-ahli Kembara Firdausi. Jawapan hati kecilku, kita akan duduk rumah akhawat. Itu sahaja yang kipem tahu, selain itu kipem sendiri tak dapat merungkaikan persoalan-persoalan seterusnya. Kerana bagiku bertemu dengan akhawat itu satu anugerah yang tak terhingga. Tak bawa jalan pun tak mengapa. Cukup tinggal dan berukhuwwah dengan mereka (tapi kalau dapat berjalan itu satu bonus). Sungguh. Akhawat yang kipem kenal hanya 2 orang di bumi Mesir. Bumi Jordan= tiada. Berkat bantuan bekas pelajar Al-Azhar yang bermastautin di bumi sonata menjalinkan ukhuwwahku dengan seorang akhawat Jordan.

“Akhawat yang selama ini kita hanya berhubung melalui FB, hanya mendengar suara melalui telefon, kini akhawat yang kita nantikan untuk pertemuan fizikal akhirnya berada di hadapan kita”.
Sungguh saat itu sangat bermakna. Saat dua pemuda bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Tak mungkin dapat di mana-mana ceruk dunia ikatan seperti ini. Ikatan aqidah.

Sangat terharu dengan layanan mesra dan kehangatan kasih sayang mereka. Setiap kali dibantu dan dilimpahi kasih sayang mereka, membuatkan diri ini sangat sedih dan risau. “Allah, Allah.. Jika ditakdirkan mereka menziarahi kami di bumi Kimchi ini, tak mampu ku balas dan beri layanan sebaik ini..Tak mampu ku beri selimut setebal ini, tilam seempuk ini, makanan seenak ini, rumah sebesar ini, kasih sayang sehangat ini, senyuman semanis dan selebar ini, pengorbanan sehebat ini, ya Allah.”

Takkan kulupakan detik-detik di bumi anbiya’ yang telah kipem jejaki. Keistimewaannya bukan terletak kepada barakah bumi ini semata-mata, tapi jauh lebih istimewanya kembara ini kerana diberikan nikmat ukhuwah ini, mengenali sifat dan peribadi akhawat sangat terkesan di hati kipem.

Setiap seorang daripada mereka ingin ku semat nama dan senyuman ikhlas itu dalam sanubari kecil ini selamanya. Moga ikatan akidah ini terjalin hingga ke jannatul firdaus.

Inni uhibbukunna fillah~

gigitan ukhuwah^^ *rindu*

Ahad, 4 Disember 2011

Tak perlu malu promosi diri?

Dicatat oleh kipem19 di 11:13 PTG 3 ulasan
Bismillahirahmanirrahim..

“Jika ada soalan boleh kemukakan sekarang”. Dewan senyap seketika. Pertanyaan sama diulang sekali lagi. Selang beberapa ketika, “Ya silakan”. Semua mata tertumpu ke arah belakang. Rupa-rupanya pelajar yang bertanyakan soalan betul-betul berada di belakangku. “Ya, Dhia Syarafana(nama sebenar dirahsiakan) , pelajar perubatan tahun 4, di Monash University, Australia”. Terkesima. Selepas pelajar tersebut duduk dan soalannya telah dijawab, kipem menegurnya “Wah, hebatnya akak. Dr A kenal akak tu..” Dia tersenyum lalu mengajarku erti kehidupan dengan satu ayat ringkas.

Subhanallah… Peristiwa berlaku hampir setahun lalu masih segar di ingatan. Kak Dhia, seorang yang berperwatakan sangat lembut dan tenang. Tidak sama sekali ku sangka dia merupakan satu figura hebat hingga dikenali oleh seorang tokoh terkemuka seperti Dr A. Ku lihat sepertinya dia akan bersikap diam dan senyap dalam majlis yang dihadiri ikhwah dan akhawat itu tapi sikapnya berani tampil bangun menjadi orang pertama yang bangkit mengemukakan soalan sebelum disusuli seorang akhawat dan kemudiannya beberapa ikhwah begitu mengagumkan kipem. Kerana diri ini kalau ada soalan yang nak ditanya, sebelum bangun bersuara lagi jantung berdetak kencang, tangan berpeluh hinggakan akhirnya tak jadi nak tanya soalan(teruknya kipem niii). Dialah yang sanggup memberikan tempat tidurnya padaku di kem tersebut gara-gara kakiku mengalami kecederaan semasa selepas melakukan aktiviti di dalam hutan. Kak Dhia mengajarku erti menjadi seorang akhawat. Melalui ayat Kak Dhia, satu perkataan yang begitu berbekas pada diri ini, iaitu PROMOSI.

Melalui jawapannya, dapat ku ungkaikan bahawa seorang akhawat harus pandai promosikan diri. Tidak sama sekali untuk meraih populariti. Ketika itu ku masih kurang memahami konsep “promosi” dan kaitannya peribadi seorang akhawat. Bukankah akhawat perlu ada rasa malu? Ya! Memang sangat perlu. Hatta Rasulullah S.A.W juga sangat tebal sifat malunya hinggakan baginda lebih malu berbanding anak dara di sebalik tabir. Akan tetapi, jangan disalah tafsir erti malu wahai akhawat. Malu bukan bererti senyap seribu bahasa di saat pandangan dan suara kita diperlukan. Malu bukan bererti akhawat tidak didengari dan hanya menuruti tanpa sebarang budi bicara. Itu bukan malu yang diajar dalam islam!

Promosi. Perkataan yang sering berlegar dalam benak fikiranku sejak malam di mana perkataan itu diungkapkan Kak Dhia. Kadang hingga ketika ku melipat sejadah perkataan itu menjengah dan membuatku berfikir dalam. Dikenali kerana promosi diri dan popular kerana mencari publisiti dua perkara bagai langit dan lapisan teras bumi paling dalam. Daripada pengamatan kipem yang sangat kurang ilmu ini, untuk kita mempromosi sesuatu kita harus mempunyai kualiti dan keistimewaan yang tidak ada pada yang lain untuk diketengahkan. Lain pula dengan popular yang boleh diperoleh walau tanpa kualiti dan keistimewaan yang unik. Popular dinilai melalui lahiriah manakala pendekatan promosi dinilai melalui aspek tersendiri yang lebih menjurus kepada ciri dalaman luar biasa yang tidak dimiliki dalam kebanyakan.

Peristiwa itu membuatkan kipem merenung sikap diri sendiri. Dahulu, kipemlah orang yang malu tidak bertempat itu. Bila diminta pendapat, senyap. Bila ditanya soalan, senyum. Walhal orang yang bertanya ingin jawapan tapi kipem tak beri apa-apa respon langsung. Pastinya orang yang bertanya soalan sakit jiwa raga dengan sikap orang seperti kipem (kalau kena pada diri sendiri, kita tanya soalan orang tak jawab pasti kita juga mengalami perasaan yang sama bukan?).

Seorang akhawat harus menjadi yang paling malu sekali berbanding rakan-rakan perempuannya yang lain, dengan syarat, malu yang bertempat. Malu melakukan maksiat, malu berbual bergaul bebas, malu melakukan perbuatan haram, malu untuk menunjuk perhiasan diri pada yang bukan hak, malu untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah, malu jika tidak rasa tercabar jika rakan menghadap ilahi melebihi diri kita, malu jika kalamullah tidak dilazimi lidah dan sebagainya.
Lihatlah bagaimana akhawat di Palestin begitu bersemangat menceritakan kisah hidup mereka pada wartawan untuk membuka mata dunia tentang kekejaman zionis. Tidak sama sekali mereka menyorok di dapur dengan alasan malu.

Akan tetapi seorang akhawat tidak harus malu bangkit jika maruahnya diinjak, tidak harus malu berkongsi idea dan pandangannya, tidak harus malu untuk bangun bertanya, tidak harus malu dalam menuntut ilmu, dalam erti kata lain tidak harus malu pada tempat yang tidak sepatutnya! Tidak seharusnya seorang perempuan itu tanpa segan silu mempamerkan lenggok suaranya, gambar dan kecantikan perhiasannya pada yang bukan hak. Bukanlah kebebasan individu yang diperjuangkan sebenarnya tetapi hakikatnya minda telah terpenjara dan diri telah dieksploitasi oleh definisi kebebasan yang dicipta kamus Barat.

Maka kerana itu buanglah perasaan malu tidak pada tempatnya. Bersedia mempromosi diri dengan peribadi unik dan kebolehan diri anda! Usah dikisahkan komentar dan usikan nakal kerana yang paling penting adalah neraca Allah, bukan neraca manusia.

mari kita tonton videa ini yang bertajuk "malu yang dikeji" dan mengambil ibrah daripadanya^^

Wallahua’lam

love this picture as much as i love this cute little kid!

Sabtu, 22 Oktober 2011

saat terindah

Dicatat oleh kipem19 di 1:57 PG 3 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

“I miss Ramadhan and all the good that comes with it”

Kita telah ditinggalkan tetamu agung~ Apakah amalan di bulan mulia masih menjadi kebiasaan kita? Setelah melatih diri selama sebulan apakah tidak meninggalkan kesan agar istiqamah menjalankan ibadah padaNya?

Sungguh Ramadhan kali ini sangat bermakna. Sungguh. 내가 21년 사는 동안 라마단을  이렇게 흥미롭게 보낸 느낌 처음이다^_^

“나지라..언니가김밥싸왔다..이따가먹어~~”

“네!”

Lama dah tak makan 김밥..banyak pula tu kakak ni bawa..alhamdulillah rezeki~
malam 27 ramadhan sangat meriah..bercahaya dan hamba-hambaNya memanfaatkan masa sebaiknya dengan bacaan Quran serta solat dan bermunajat kepadaNya.

Lebih kurang dalam pukul 2, kulihat bekas Tupperware besar berisi kimbap tadi telah kosong..tinggal beberapa potong timun dan 무 di dalamnya..ku pandang sayu..tsktsk..kakak tadi datang, “애들 다 먹어 버렸네..” *ku mengangguk dengan muka sedih* tak ada rezeki rupanya..(kempunan sampai harini)

Ramadhan bulan di mana :

Masa nak buka facebook dan twitter tak ada..kerana rasa tak nak buang masa walau sesaat. Tak dinafikan ianya juga adalah salah satu medium dakwah tapi takut diri ini kecundang hingga terleka melayari melebihi keperluan.

Semasa menaiki 지히철, dapat tempat duduk, tangan terus menyeluk beg mencari-cari Al-Quran. Jarak satu stesen(2-3minit) boleh baca separuh muka(kalau orang boleh baca laju lagi dalam satu muka, hebat lagi dua muka.)

Bercakap dengan rakan dielakkan sebanyak mungkin. Takut kata-kata lebih membawa kepada kemudaratan(dan kerana ini mungkin ada rakan yang terasa hati ke, minta maaf banyak~)

Kalau nak buat apa pun mesti kira, berapa banyak masa akan dihabiskan.

Lepas ramadhan, ke mana sikap yang kita amalkan menghilang?

Dalam bulan ramadhan, sebulan boleh khatam 2, 3 kali. Sehari boleh baca 5, 6 juzuk, tapi mengapa lepas ramadhan, sehari 1 juzuk pun susah nak habis?

Dalam bulan ramadhan, setiap malam bangun hidupkan dengan ibadah dan munasabah diri mengapa lepas ramadhan tidak dilazimi rutin itu?

Selemah itukan iman kita, bila ramadhan pergi, syaitan yang terbelenggu mula menjalankan kembali tugas maka kita kembali menjadi kita yang lama sebelum ramadhan? Malah menjadi lebih teruk sebelum ramadhan..

Astaghfirullahal’azim….

Kita telah pun melalui eid fitr- yang mengembalikan kita kepada fitrah yang suci, mengapa terus menerus meruntuhkan iman dan taqwa yang dibina dalam madrasah ramadhan?

Disiplinkan diri…
Jangan dilayan kehendak nafsu,
Jangan dibelaskan keluhan hati mengadu lelah,
Jangan kecundang bisikan syaitan menodai hati..

Tetaplah dalam perjuanganmu..kembalikan dirimu kepada fitrah...berjuanglah diri ini!

Target : moga disampaikan pada ramadhan akan datang, kali ini dengan menaburi benih-benih tarbiyah di seluruh pelosok ladang dakwah yang mampu dicapai segala pancaindera..

ain't easy to ask for someone's favor unless in extremely desperate condition(never happen again insyaAllah)
정말부담시켰다내가ㅠ

*ditulis ketika bulan Syawal tapi lambat dipos(poswoman-diri sendiri- cuti raya)*

Jumaat, 26 Ogos 2011

Dicatat oleh kipem19 di 8:00 PG 4 ulasan

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ini malam 27 ramadhan..moga kita semua tingkatkan prestasi ibadah kita insyaAllah~

p/s : pagi tadi dalam perjalanan pulang ke rumah. Berjalan bertentangan dengan 2 lelaki korea. Lepas belok ke kiri, mendengar jeritan 덥다 진짜 덥다..지겹다..지겨워!

*왠지모르겠지만나에대한말인것같기두하구.말없이지나갔지만..감정을상했다ㅜㅜ*

teringat kisah rasulullah di bandar thaif. tak dapat nak bayangkan jika diri yang lemah ini yang diuji begitu..sungguh rasulullah insan terpuji~

apa yang kipem mampu buat adalah memanjatkan doa agar mereka diberi petunjuk oleh Allah 

sungai di ulu yam..bersih sampai ada ikan berenang-renang bersama kami(bukan sungai yang orang ramai selalu datang tapi yang eksklusifㅋㅋ)  *homesick mode*

Jumaat, 5 Ogos 2011

syukur 21

Dicatat oleh kipem19 di 1:00 PG 0 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini apakah perkara pertama yang kita fikirkan setelah membuka mata? Adakah kita baca doa bangun tidur dan tersenyum? Dan memikirkan bahawa inilah peluang baru untuk kita memperbaiki diri kita atau kita bangun dalam keadaan sedih, marah, geram bila teringatkan peristiwa semalam?

MANUSIA

Acapkali manusia tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan al-Wahhab. Sesungguhnya manusia itu tidak menghargai nikmat itu sehinggalah dia ditarik daripada nikmat tersebut.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

1.     Sihat sebelum sakit
2.     Muda sebelum tua
3.     Kaya sebelum miskin
4.     Lapang sebelum sempit
5.     Hidup sebelum mati

Hanya yang sakit bisa menghargai nikmat sihat dan nikmat beribadah kepada tuhanNya dengan tubuh yang masih gagah.
Hanya orang yang telah mati akan mengerti betapa berharganya kehidupan di dunia ini demi kebahagian akhirat. Betapa ramai manusia telah mati merayu kepada Allah agar dikembalikan ke dunia meskipun sebentar, semata-mata untuk memanfaatkan hidup dengan mencari bekalan menghadapNya.

Bersyukurlah, wahai ummat Muhammad.. Atas nikmat yang diperolehi mu. Usah dilihat pada yang tiada, usah diungkit apa yang telah hilang, usah dipersoalkan apa yang belum dikecapi.

Syukur itu, bukan hanya pada nikmat gembira yang Allah berikan pada kita. Tapi juga pada setiap dugaan dan musibah yang dihantar buat kita. Kerna pastinya setiap yang terjadi pada kita, bukan sia-sia. Andai ditimpa kehilangan, ingatlah, bersyukurlah.. Atas nikmat itu hingga diambil dari kita. Ingatkan diri, ianya memang bukan milik mutlak kita sejak dari awalnya. 

thank you Allah for 21 years of vivid and colourful world You gave me to see through it=)

Jumaat, 20 Mei 2011

Kata-kata Sang Murabbi KH Rahmat Abdullah

Dicatat oleh kipem19 di 7:06 PTG 2 ulasan
Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekadar sambilan apatah lagi hiburan
Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajipan bukan pilihan apalagi beban dan paksaan
Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan, bukan sekadar pelengkap pengisi program yang dipaksakan
Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, bukan sampingan
Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan, bukan su'udzon menjatuhkan
Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk dakwah ini
Aku rindu zaman ketika nasyid ghuraba menjadi lagu kebangsaan
Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian
Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi daurah dengan wang yang cukup-cukp dan peta yang tidak jelas
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berdakwah di desa sebelah
Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan alQuran terjemahan ditambah sedikit hafazan
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya
Aku rindu zaman ketika seorang murabbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya
Ya Rabb..
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami,
Ya Rabb....
Berikan kami keistiqamahan di jalan dakwah ini..

Isnin, 2 Mei 2011

5 minit yang mengubah 3 bulan

Dicatat oleh kipem19 di 8:23 PTG 2 ulasan
Bismillahirahmanirrahim

Kini, kipem telah berhijrah ke tempat baru. Berada dalam suasana baru amat mengujakan. Memang tidak dinafikan, letih dan banyak kerja bila dah berhijrah tapi hakikatnya letih itu yang membuatkan tidur 4-5 jam sungguh lena dan segar badan bila bangun untuk mulakan hari baru. Banyak kerja itu yang membuatkan kipem lebih mengutamakan perkara yang PERLU dibuat berbanding yang INGIN dibuat.(tiada siapa yang tanya perkembangan diri anda sila berhenti)

Apa yang ingin dikongsikan ada kaitan dengan muqadimah tadi. Masuk sem baru, bererti perlu mendaftar subjek. Seperti kata salah seorang senior, pendaftaran subjek bererti peperangan. Ya, memang benar, kipem hampir tewas dalam peperangan itu.
Di universiti tempat kipem belajar, maksimum jam kredit yang boleh didaftar setiap sem adalah 19. (tapi boleh ambil lebih 19 untuk kes-kes tertentu) Kipem berazam untuk ambil 18 jam kredit kali ini. Subjek-subjek dipilih dan bermula waktu mendaftar, jari gigih menekan tetikus. Alhamdulillah semua berjalan lancar kecuali untuk 1 subjek.
Sepanjang minggu kedua pendaftaran, subjek tersebut penuh. Harapan kipem hanya terhadap subjek itu kerana waktu tersebut sahaja yang padan dengan jadual kelas. Subjek lain bertindih dengan jadual waktu lain. Tarikh tutup pendaftaran adalah hari selasa, 12.00 tengah hari. Kelas yang ingin didaftar juga bermula selasa, 10.30 pagi. Dengan penuh kecekalan, proses percubaan berterusan pada hingga 1~2 pagi selasa.

“Mungkin budak korea tak tidur lagi kot. Cuba esok pagi lah”, pujuk hati. Kipem pun kunci jam pukul 4.00pagi untuk teruskan proses mencuba.

Pagi itu(rasa tak bangun pukul 4, pukul 5 rasanya kipem terbangun), terus bangun, buka komputer dan terus mengklik sambil membuat persiapan untuk solat subuh bersama rakan-rakan.
Usai solat dan mathurat, percubaan diteruskan hingga pukul 8 pagi. Jam hampir menunjukkan pukul 9. Hati ini hanya Allah yang tahu. Bertambah gundah gelana bila rakan kipem berjaya mendaftar subjek itu sejak malam semalam. Sedangan kipem yang ajak dia mendaftar kelas itu walhal dia tidaklah begitu beria nak ambil subjek itu(kerana dia ada pilihan lain).

Solat dhuha kejap lah.

…….

Usai solat, seperti biasa ke meja computer dan cuba mengklik dengan persiapan mental redha dengan ketentuan ilahi.

Klik..(baca-sekali klik sahaja)

“eh, biar betul”, sambil menggosok mata yang tidak gatal(tak gosok pun, mata buka besar2 je).

“Kenapa, apa yang terjadi?”, tanya rakan serumah kipem.

Alhamdulillah, tak percaya yang Allah kabulkan permintaan kipem. Dalam solat dhuha tadi, kipem mohon agar kipem dapat daftar subjek tersebut. Kipem sebutkan secara spesifik, nama dan kod subjek dalam doa kipem.

Alhamdulillah~

“Ada orang sibuk buat overtime berjam-jam untuk dapat rezeki lebih tapi, abaikan solat sunat dhuha yang beberapa minit tu”. Kata-kata ini pernah kipem dengari dari seorang sahabat.

Tepat sekali. Kita hanya percaya rezeki akan bertambah dengan OT yang kita buat, sedangkan solat sunat yang penuh dengan bermacam kelebihan, kita tak amalkan.

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Solat sunat dhuha boleh dilakukan lebih kurang 20 minit selepas terbit matahari hingga sebelum masuk waktu solat zuhur.

Sebelum ni kipem ingat kalau lepas pukul 11 pagi tu tak boleh buat dah rupa-rupanya sebelum masuk zuhur tu kita masih boleh lakukan.

Cara nak laksanakan?

Seperti solat sunat yang lain juga. cuma pastikan niat solat sunat dhuha, bukan solat maghrib.
sebenarnya bacaan dalam solat ni sesuatu yang subjektif, tak ada silibus pun jadi jangan takut untuk baca mana-mana surah-surah pilihan dalam quran.
(cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim))

Lepas, solat, bolehlah baca doa ini(disarankan):

" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.
Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

membaca doa di atas bukanlah kewajipan, boleh digantikan dengan doa sendiri atau kalau tak hafaz boleh baca doa ni dalam bahasa yang kita fahami.

Sama-samalah kita amalkan solat sunat witir dan solat sunat dhuha rakan2~

kipem: waiting...~

Rabu, 26 Januari 2011

cintanya tak dapat digambarkan~

Dicatat oleh kipem19 di 10:43 PG 0 ulasan
bismillahirrahmanirrahim

Tahu tak siapa yang menyayangi dan mencintai kita? tak lain tak bukan rasul Allah, Muhammad SAW. bacaan ini kipem dapat daripada majalah al islam keluaran september 2010. semua orang pasti pernah mendengarkan kisah ini, cuba kali ini, dibaca dengan mata hati, dan bayangkan kita berada di zaman itu, merasai segala yang sahabat baginda rasai.. insyaAllah pasti akan tersentuh dan cinta kita juga akan bertambah kepadanya, kerana merasai bahang cintanya pada kita. tiada kata yang dapat dinukilkan untuk gambarkan perasaan cintanya terhadap kita. selama ini mungkin kita sibuk cari perhatian dan kasih sayang sekeliling atau rasa sedih sebab tak disayangi(kipem la ni...perasan je kurang kasih sayang dan perhatian daripada mak abah masa tak matang dahulu..) sedangkan kita sangat terlupa atau mungkin tak pernah fikirkan sebelum kita lahir lagi insan agung ini begitu menyayangi kita. walaupun dunia ni buang kita, ingatlah Allah dan rasulNya sayang kat kita...

ok, tarik nafas dulu......pejam mata.....buka mata...(kalau nak lebih hayati, pastikan tidak baca dalam keadaan kenyang  atau baru lepas suka..ini cerita yang menyentuh jiwa dan air hangat bakal mengalir ke pipi kalian)

mulakan!

Pagi itu suasana cukup sunyi, hening dan terasa begitu sayu. Tidak pernah mereka merasakan sedemikian. Seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku. Namun seperti biasa, pagi itu mereka sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w akan mendengar satu khutbah yang akan disampaikan oleh baginda. Saidina Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan serta Ali bin Abi Talib, mengambil tempat masing- masing. Dan sampai masanya, Rasulullah s.a.w mengatur langkah kakinya menuju ke mimbar.

Rsulullah memulakan bicaraya dengan suara yang agak terbatas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan sejak beberapa hari lalu. Namun digagahi jua kerana baginda tahu, itulah satu-satunya peluang untuknya menyampaikan amanat terakhir kepada seluruh umatnya yang AMAT disayangi.

Rasulullah memulakan khutbahnya: "Wahai umat ku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taatlah dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Quran dan sunnahku. Barangsiapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Selesai ucapan tersebut, Rasulullah menatap wajah para sahabat sedalam-dalamnya. Tatkala Rasulullah memandang Abu Bakar, terlihat mata Abu Bakar berkaca-kaca menahan air matanya dari tumpah ke pipi. Manakala Umar Al-Khattab, dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman Al-Affan, menghela nafas panjang. Dan Ali, menantu Rasulullah s.a.w hanya menundukkan kepalanya, tidak sanggup untuk bertentangan mata.

ISYARAT ITU TELAH DATANG.

Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah cukup terkesan di hati para sahabat. Tanpa perlu diumumkan, masing-masing seolah-olah faham, saat perpisahan mereka dengan Rasulullah semakin hampir!

Matahari kian tinggi, pintu rumah Rasulullah masih tertutup rapat. Di dalam rumah tersebut, Rasulullah terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang mengucapkan salam. "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?" tanya suara lembut. Fatimah yang berada di sisi Rasulullah bingkas bangun dan berkata sesuatu kepada orag tersebut. "Maaf, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Fatimah mendapati semula ayahnya. Lalu rasulullah bertanya,"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku. Baru sekali aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Rasulullah menatap puterinya itu. Dengan perlahan Rasulullah berkata,"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan nikmat yang sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,". Sebaik mendengar kata-kata tersebut, dada Fatimah terus sebak. Dia cuba menahan ledakan tangisnya.
Akhirnya Rasulullah menyuruh Fatimah menjemput 'tetamu' tersebut. Malaikat maut datang menghampiri lalu Rasulullah bertanya, "Mengapa Malaikat Jibril tidak ikut sama menemani?". Malaikat Jibril dipanggil. Sebelumnya Jibril sudah siap sedia di atas langti dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" tanya Rasulullah s.a.w. "Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Jawapan yang diberikan seolah-olah tidak dapat menggembirakan Rasulullah. Lalu Jibril bertanya, "Wahai kekasih Allah, apakah tuan tidak gembira dengan berita ini?" Rasulullah lalu bertanya, "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?". "Jangan bimbang, wahai rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga bagi seisapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat. Sampai masanya Izrail melakukan tugasnya. Dengan cukup perlahan, roh Rasulullah ditarik. Ketika itu kelihatan peluh dingin merecik di dahi baginda. Urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini," perlahan rasulullah mengaduh. Fatimah yang berada di sisi ayahnya, memejamkan matanya. Tidak sanggup dia melihat ayahnya berada dalam kesakitan. Manakala Ali, terus menundukkan kepalanya menahan kesedihan. Jibril turut memalingkan mukanya.

"Jijikkah kau melihat ku hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah kepada pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. sebentar kemudian terdengar Rasulullah berkata, "Ya  Allah, dahsyatnya sakit maut ini. Timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, dan jangan kepada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan terlinganya.

"Peliharalah solat dan perliharalah orang-orang lemah di antara kamu," kata Rasulullah. Di luar rumah, tangisan para sahabat mula kedengaran. Sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummati, ummati, ummatiiiii". Sebaik sahaja lafaz itu diucapkan, berakhirlah hayat baginda. Dan Rasulullah telah meninggalkan umat Islam untuk selamanya.

(rakan serumah kipem buat penggera lagu ini untuk bangun tunaikan ibadah kepadaNya. rasa berkobar-kobar nak bangun lebih-lebih lagi bila dengar I pray to be close to you, on that day and see you smile when you see me...)

gembira=kipem! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal